Pengalaman dengan Emas :Bagaimana Bermula

Bagaimana semuanya bermula?

Semuanya bermula pada suatu hari..saya membaca sebuah akhbar.Saya memang suka membaca lebih-lebih lagi bahan-bahan ilmiah dan artikel-artikel di suratkhabar.Saya tak ingat tajuknya,tetapi artikel itu menceritakan tentang simpanan emas secara umum tanpa merujuk kepada masa-mana syarikat.

Contoh yang diberikan membuatkan saya lebih memahami artikel tersebut.Pada waktu itu sekitar penghujung tahun 2008,kebetulan sedang mengandungkan  anak ketiga saya (perempuan ),saya sangat minat kepada pakaian cantik-cantik dan barang kemas.Cerita tentang emas itu menarik minat saya.Penulis mengatakan emas yang dibeli pada tahun 2000 yang berharga rm800 bernilai rm3500 pada tahun 2008.Kenaikan 4 kali ganda dalam masa lebih kurang 8-9 tahun.Wow!!

Itu barang kemas,dan saya yakin beliau merujuk harga dengan pekedai emas di mana susut nilai biasanya sekitar 20%-35%.Susut nilai barang kemas agak tinggi,semasa membeli kita telah membeli dengan harga yang lebih mahal dari harga semasa kerana ada kos upah (workmanship).

Jadi emas apakah yang terbaik untuk disimpan?Saya pun cuba melayari internet dan cuba mencari info tentang emas.Pada waktu itu hanya ada satu blog yang sangat banyak info tentang emas iaitu www.jutawanemas.com.Anda boleh baca artikel yang saya baca buat pertama kali beberapa tahun lepas sewaktu baru mengenali emas di page “Artikel My Sifu:Admin@JutawanEmas.com”  di web saya (dengan izin dari En.Syukor Hashim saya dapat link terus ke artikel-artikel beliau).Pada waktu itu saya tak jemu-jemu membaca berulang kali supaya lebih faham dan akhirnya saya membuat keputusan untuk membuat loan dan membeli emas.

Silapnya saya ketika itu saya terjebak dengan skim pelaburan emas yang saya terbaca di sebuah majalah.Waktu itu ilmu saya sangat tipis dan saya tidak ada mentor yang boleh membantu saya untuk membuat keputusan pilihan yang terbaik.Semasa menyertai skim tersebut selama beberapa bulan,saya ada menghubungi En.Syukor Hashim untuk meminta pendapat beliau.Beliau memaklumkan,beliau juga ada menyertai syarikat tersebut tetapi menarik diri apabila mendapati ada yang tak kena.Saya mempertahankan syarikat tersebut..hehe.Kelakar pula bila saya ingat.Akhirnya syarikat Etika Emas Estet yang saya sertai diserbu oleh Bank Negara Malaysia (sampai ke hari ini belum dapat didakwa).Banyak isu sebenarnya,saya akan bincangkan dalam artikel lain nanti tentang syarikat ini.

Akhirnya,kerana terpedaya dengan pulangan bulanan yang menarik,akhirnya saya kerugian hampir rm13k.Sebelum itu emas saya diletakkan di ar rahnu Bank Rakyat.Tapi waktu itu saya tak tahu apa fungsi sebenar ar rahnu dan kelebihannya.Jika saya tahu saya tidak akan menyerahkan emas  saya kepada sebuah syarikat lain yang membuat skim yang sama macam Etika Emas Estet buat.Syarikat Fajar Permata juga telah menipu kami dan senyap sehingga ke hari ini.Hampir 100 orang bekas pelabur EEE yang menyertai syarikat ini dan laporan polis telah dibuat,tetapi tiada apa-apa tindakan sehingga ke hari ini.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini berurusan dengan BNM,saya membuat laporan kepada mereka dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).Tiada khabar berita dan saya pun tak follow up lagi dengan mereka.Maybe saya akan menghubungi Presiden mereka sendiri dan cuba mendapatkan hak saya semula.

Saya menyepikan diri seketika dan hanya membaca tentang emas ala kadar sahaja.Sehinggalah suatu masa saya terdetik kembali untuk kembali menyimpan emas.Bagaimana episod kedua bermula..ikuti sambungan cerita saya nanti

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge