Pengalaman Dengan Skim Pelaburan Emas-Part 1

Sebagaimana yang saya pernah ceritakan dahulu,ketika di awal saya ingin menyimpan emas,saya pernah terjebak dengan Skim Pelaburan Emas.Ianya adalah skim oleh Syarikat Etika Emas Estet yang diketuai oleh En.Amin Supian.Sebenarnya saya minat emas dahulu,baru kenal Skim ini.Ketika itu,sekitar tahun 2009,tak banyak maklumat mengenai skim pelaburan terutamanya emas maka pendedahan mengenai kurang sebaliknya syarikat ini mula mendapat perhatian para pelabur.

Owner Etika Emas Estet dalam flyers yang 'cukup menarik'

Saya akui,pada waktu itu ilmu tentang emas sangat cetek.Berpandukan kepada artikel di surat khabar tempatan yang membuka mata saya tentang simpanan emas yang lebih baik dari simpanan wang kertas,blog yang ada tentang emas ialah Jutawanemas.com.Walaupun artikel di Jutawanemas banyak menyentuh tentang emas secara umum,saya terpengaruh untuk menyertai Etika Emas akibat terpengaruh dengan media massa yang menyiarkan iklannya antaranya Kosmo dan Mingguan Wanita.Biasalah,kita lebih mudah percaya dengan sesuatu produk yang dipaparkan iklannya di akhbar-akhbar dan majalah tersohor.Di sinilah Etika Emas memanipulasikan iklan untuk meyakinkan pelanggannya.

Iklan Etika Emas di Mingguan Wanita

Rentetan itu,saya menghubungi wakil Etika Emas di Bentong,iaitu Koperasi Kowaja.Saya diberikan maklumat ringkas mengenai Skim ini.Saya antara orang lemah yang mudah tertarik dengan pulangan atau istilah islamiknya ‘Hibah’ bulanan yang dijanjikan.Saya diminta masukkan sejumlah wang untuk emas 100g pamp suisse yang saya beli.Saya tidak sedar dan tidak faham caj premium yang mereka kenakan menyebabkan harga emas pamp suisse berharga RM11k+ menjadi RM12800,dan terus masukkan wang tersebut.


Bisnes kad salah seorang agen Etika Emas yang masih disimpan


Mereka berjanji akan datang untuk uruskan penyimpanan di Bank Rakyat.Saya tidak tahu apa itu ar rahnu dan saya fikir pada masa itu,emas saya disimpan di satu tempat yang selamat.Setelah hampir sebulan,pihak pengurusan Etika Emas mengambil masa yang lama untuk datang ke tempat saya kerana saya merupakan pelabur pertama di sini.Di saat inilah saya menghubungi seorang agen Etika Emas yang saya dapat namanya di internet.Beliaulah yang membantu menyelesaikan masalah kami.

Antara bahagian-bahagian dalam flyers Etika Emas yg di print dengan kertas berkualiti dan dengan design yang menarik :

Rupanya Etika Emas ini bekerjasama dengan Koperasi tertentu dan cawangan Bank Rakyat yang tertentu sahaja yang menerima emas Pamp Suisse ini.T&C juga asyik berubah juga menunjukkan yang ia bakal mempunyai masalah.Bayangkan,ketika staf mereka datang dan kami pergi ke Bank Rakyat berdekatan,pegawai ar rahnu di sini berkeras tidak mahu terima wafer 100g.Beli 1 kami dapat 1 percuma,tapi pegawai itu hanya mahu menerima satu sahaja jika kami nak.Maka petang itu,kami terpaksa bergegas mengikut staf Etika Emas ke Ar rahnu Bank Rakyat di Ampang.Di sana katanya memang confirm terima.Sampai di sana,saya lihat di pintu Ar Rahnu ada terlekat nota “Staf Etika Emas dilarang masuk bersama pelanggan”.Ini menunjukkan urusniaga ini berlaku rancak di sini sehingga BR terpaksa tampal nota tersebut.

Saya lihat ada beberapa orang agen bersama client mereka.Membawa beg yang berisi wang.Rupanya pemandangan ini adalah biasa di cawangan ini dan beberapa cawangan lain.Agen yang membantu kami itu,memaklumkan bahawa BR di tempat kami tidak mengikut arahan.Ini kerana mengikut Owner Etika Emas,Pengarah Bank Rakyat telah mengeluarkan memo untuk semua cawangan agar menerima Etika Emas Estet.

Selepas 3 bulan kami mendapat pulangan sebanyak RM300 ke dalam akaun,kami terkejut dengan berita Etika Emas antara syarikat yang disiasat oleh BNM bersama beberapa syarikat lain iaitu Geneva.

Bagaimanakah operasi Etika Emas?

Apakah yang berlaku seterusnya?

Nantikan sambungan Artikel saya..jumpa lagi..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge