Pengalaman Dengan Skim Pelaburan Emas :Part 2

Berakhirkah Etika Emas ?

Ikuti sambungan cerita kali ini..

Selepas 3 bulan kami menerima pulangan bulanan dari Etika Emas,bulan 7 tahun 2009 kami agak terkejut dengan berita Etika Emas diserbu oleh BNM atas dakwaan mengutip deposit haram.Ketika itu,Presiden Etika Emas membuat pengumuman di akhbar dan juga di televisyen bahawa semuanya akan selesai dan ia hanyalah salah faham.Pada bulan itu,kami masih menerima bayaran bulanan/hibah  sebanyak RM300 sebulan.Namun bulan berikutnya kami tidak menerima lagi bayaran disebabkan masalah dalaman yang dihadapi Etika Emas yang masih disiasat oleh BNM.

Bagaimana Etika Emas menjalankan modus operandinya sebelum itu?

Berikut ialah kertas yang diberi kepada saya dahulu,lakaran bagaimana Etika Emas menggunakan ar rahnu di peringkat awal penubuhannya sekitar tahun 2008:

Di awalnya mereka memperkenalkan skim beli 1 Pamp suisse 100g dapat 2 ketul Pamp suisse 100g.Kemudian mereka menukarkannya kepada Beli 1 dapat 1.Contoh adalah seperti di bawah :

1.Membayar harga emas Pamp suisse 100g  1 unit =rm12800

2.Mereka akan membawa pelabur ke Ar rahnu Bank Rakyat,dan membuat pajakan emas milik pelabur sekeping ditambah 1 lagi emas yang diberi oleh syarikat.Diberi?Sebenarnya tidak,kerana hasil pajakan 2 ketul tadi,pelabur akan menyerahkan hasil pinjaman yang diberi oleh ar rahnu sepenuhnya kepada pihak Etika Emas Estet.Ini bermakna Etika Emas sudah mendapat bayaran untuk 2 ketul hasil pajakan emas itu tadi.

Mereka mampu membayar bulan-bulan kerana mereka menggunakan hasil caj harga emas yang lebih mahal dan hasil pendeposit yang kemudian selepas pelabur.Jadi mereka agak bergantung kepada pelabur baru dan agen-agen agak giat mencari pelabur baru kerana komisen yang ditawarkan lumayan.

Sebenarnya saya sempat menjadi agen Etika Emas.Tapi,Alhamdulillah hanya beberapa minggu sahaja kerana tidak lama kemudian ia dibeku oleh Bank Negara Malaysia.

Saya juga kerugian RM300 sebagai bayaran untuk menjadi agen,dan dapat sebuah buku tentang emas penulisan En.Amin Supian,owner EEE.Banyak juga info dalam buku itu tentang emas,tapi saya dah kehilangan buku tersebut,mungkin saya dah membuangnya di saat saya sedang kecewa dengan apa yang berlaku..saya tak pasti..

Saya tak menyalahkan agen yang membimbing saya dan suami untuk menjadi agen,kerana dia juga seperti kami..tak sangka akan berlaku demikian.Kami selalu bertanya perkembangan tentang Etika Emas kerana risaukan emas di ar rahnu yang dikatakan akan dilelong jika tidak ditebus.Saya kurang jelas tentang ar rahnu,dan merasa beban untuk menyambung surat.Bila difikir semula,sepatutnya saya sambung surat sahaja dan tebus sedikit demi sedikit.Oleh kerana mengharapkan selepas 6 bulan Etika akan tebuskan kerana pilihan di tangan kami,saya tak terfikirkan alternatif lain.

Pada masa inilah agen yang menjadi kawan kami memperkenalkan alternatif dengan menyertai sebuah syarikat yang kononnya hendak membantu pelabur Etika Emas dari kemelut ini.Setelah berbincang,kami setuju dan bermulalah episod ‘keluar mulut harimau masuk mulut buaya’.

Inilah syarikat yang kononnya ingin membantu tetapi telah melesapkan emas kami selepas menabur janji:

Ini pula individu dalam syarikat ini yang memberi debriefing kepada kami selepas emas kami ditebus oleh mereka.Kami dikenakan syarat perlu menyimpan emas selama 8 bulan sahaja dan tidak boleh sambung.Bayaran bulanan diberikan sama seperti Etika juga iaitu RM300 sebulan.Apabila saya memohon agar emas tersebut diserahkan dan kami tidak ingin pulangan bulanan dan sebagainya,kata wanita ini tidak boleh.Kami tidak ada pilihan kerana cetek ilmu,dan hanya mengikut T&C yang ditetapkan.Kami diberi surat perjanjian yang kelihatan meyakinkan.Dalam perjanjian itu,selepas 8 bulan,kami akan mendapat semula modal emas 100g yang kami labur dengan Etika dulu,lebih kurang RM12800

Tenangkah hati si penipu ini?

Sebagaimana ketika mengenali Etika Emas,saya berpeluang pergi ke cawangan utama Etika Emas berdekatan Hotel Holiday Villa di Megan Embassy.Di sana terdapat beberapa outlet yang menggunakan nama Etika Emas seperti Etika Emas Restaurant,Etika Emas Travel  dan beberapaoutlet  lagi.Siapa sangka syarikat yang disangka bagus ini akan tersungkur kerana BNM?Syarikat Fajar Permata di Cheras juga mempunyai wisma dan kelihatan gah.Siapa pun tidak sangka mereka akan menipu.Owner syarikat ini pula ialah En.Wahab yang akhirnya menghilangkan diri setelah ditekan oleh bekas2 pelabur yang rasa tertipu.Bayaran RM300 diterima selama 4 bulan sahaja dan akhirnya macam-macam helah pihak syarikat sehingga akhirnya mereka seolah-olah dapat lepaskan diri.Agak menyakitkan hati kerana pernah mendapat gambar En.Wahab,Pn.Anita dan 2 orang rakannya yang bergambar dalam keadaan yang ‘happy’ selepas menipu kami dan dengari cerita mereka mengubah lokasi tetapi sehingga tahun lepas,pekerja mereka masih ada di alamat atas.Sekarang saya tidak pasti.

Bekas agen Etika Emas yang memperkenalkan kami dengan Fajar Permata mengambil langkah menyatukan semua mangsa penipuan Fajar Permata dalam yahoo group dan kami banyak berhubung melalui email.Kasihan membaca email itu kerana masing-masing merintih,mengeluh,berdoa dan yang memaki hamun pun ada.Masing-masing meluahkan perasaan,namun tindakan agak terbatas kerana bimbang jika membuat laporan di BNM syarikat akan kena beku,dan langsung tiada harapan nak dapat semula,sama macam Etika Emas.

Sehingga kini pun,Etika Emas masih disiasat oleh BNM.Mengapa ia masih tidak dapat didakwa sedangkan telah dibekukan sejak 2009 lagi?Perlu tahu sebab ia disiasat untuk mengetahui jawapannya.

Saya difahamkan,pihak syarikat tidak dapat didakwa kerana ia disiasat berikutan terdapat agen yang mengutip deposit dan lambat menyerahkan emas.Masalahnya yang bersalah ialah agen,kenapa syarikat yang didakwa?

Sehingga kini,saya tidak menyalahkan owner syarikat ini 100%,ini kerana beliau memainkan peranan yang agak besar juga sebenarnya dari segi memberi kesedaran tentang emas kepada masyarakat di negara ini.Beliau cuba menjalankan skim yang telah dijalankan di Eropah selama 40 tahun,tapi beliau silap kerana tidak mengkaji yang di Malaysia ini kita ada 1 badan yang tak suka masyarakat simpan emas,kerana perdagangannya adalah wang kertas.Tapi ini tidak bermakna saya menyokong beliau,sebaliknya saya cuba memberi pendapat secara rasional dan telus atas pengalaman sendiri.Sepatutnya beliau tidak menjanjikan pulangan bulanan,tapi beliau ada pendapatnya sendiri:

“Orang Malaysia ini,kita nak suruh simpan emas,tak faham,tapi bila kita janjikan pulangan,barulah mereka nak simpan emas.Ini salah satu cara kita untuk tarik mereka dan menggalakkan simpanan emas di kalangan rakyat dan seterusnya menambah rezab negara”

Niat yang murni,tapi caranya pula tidak kena.


Apakah yang saya lakukan untuk mendapatkan hak saya semula?

Etika Emas kembali menjelma kini..

Nantikan sambungan artikel ini dalam Part 3 pula

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge