Kesudahannya..
Apakah yang saya lakukan untuk cuba dapatkan kembali hak saya,selepas Etika Emas dibekukan Bank Negara dan tertipu pula dengan syarikat yang mengambil emas saya dan menyepikan diri begitu sahaja?
Sebenarnya saya mengikuti perkembangan mengenai syarikat Fajar Permata melalui email yang menghubungkan kami semua.Saya dapat tahu,ada yang mengamuk di ofis Fajar Permata dan owner serta penipu yang menipu kami semua semakin jarang berada di ofis di Cheras itu.
Pengajaran besar yang diperolehi,jangan mudah percaya jika :
1.Anda diberi surat perjanjian-ini semua belum menjanjikan atau menjamin apa
2.Anda melihat sesuatu syarikat itu mempunyai pejabat/bangunan sendiri-belum tentu bangunan itu milik mereka atau digunakan hanya untuk mengaburi mata para pelabur
3.Anda diberi jaminan pulangan bulanan-skim ini salah di sisi undang-undang dan agama,jangan terpedaya untuk cepat kaya dan ingatlah kata “bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah”
Saya sukar juga menerima hakikat yang kami kerugian hampir RM13k.Apa yang saya cuba buat ialah :
1.Menghubungi pihak BNM,dan bertanyakan tentang Etika Emas yang pada masa itu masih dibeku dan dalam siasatan.Saya menceritakan tentang Fajar Permata,mereka minta saya buat laporan.
Saya serba salah,kerana bimbang Fajar Permata juga akan dibekukan juga seperti Etika Emas.
Dan lebih dikesalkan,sebelum itu seramai hampir 20 orang bekas pelabur EEE (Etika Emas Estet) membuat laporan yang sama kepada pihak Fajar Permata,dan owner syarikat iaitu En.Wahab telah berjanji dalam masa 3 bulan akan membayar kepada kami di hadapan polis.Namun janji hanya tinggal janji,selepas 3 bulan,beliau minta dilanjutkan,dan kami semua mulai sedar yang kami bermain dengan penipu besar rupanya.
2.Saya cuba menghubungi pihak KPDNKK setelah dinasihati oleh BNM,dan menerima surat jawapan dari mereka agar membuat laporan polis.
Saya sudah mula rasa bosan kerana terfikir yang sebanyak 20 orang telah buat laporan pun tak memberi kesan,inikan pula laporan saya seorang.
3.Saya cuba ikhtiar dengan menghubungi PPIM dan diminta oleh mereka untuk datang ke ofis mereka.Pergi ke sana,saya diminta menulis laporan,memberikan bukti dan sebagainya dalam bentuk salinan.Namun hingga kini saya belum terima apa-apa berita.Saya sempat menjadi ahli PPIM dengan sedikit bayaran.
Saya agak kecewa kerana usaha saya tidak memberikan hasil,sebaliknya kesibukan saya telah melenyapkan terus keinginan untuk berjuang mendapatkan hak saya
Oh ye,saya pernah hantar mesej kepada Menteri yang berkaitan di facebook,tapi tak taula Pak Menteri itu baca atau tidak.Apa tujuan facebook tersebut diwujudkan kalau tak boleh nak dengar suara rakyat?
Kini Etika Emas kembali menjelma?
Ya,saya mendapat maklumat bahawa Serambi Emas yang ada kini adalah serpihan dari orang kuat Etika Emas dahulu,En.Amin Supian.Kalau sekali dua saya mendengarnya mungkin ianya tak betul,tapi kalau dah selalu dikatakan dan yang menyatakannya juga bukan calang-calang,Tokey Emas tersohor juga yang ada syarikat sendiri.Serambi Emas mendapat ilham dari Etika Emas dan pengasasnya orang yang sama tetapi menggunakan orang lain sebagai dalang.Moto mereka “Serambi Emas Ar rahnu adalah perniagaan “.Di sini pun dah jelas salah,dan kerana mereka inilah antara punca Ar Rahnu Agrobank membekukan dinar dan gold bar kerana menjalankan sistem 30/70 yang memang tidak menepati syariat.
Teringat saya satu panggilan telefon yang menanyakan saya tentang Etika Emas,katanya Etika Emas tak salah.Rupanya beliau ialah orang “Serambi Emas” dan beliau juga mengatakan kepada saya,yang sifunya untung berpuluh-puluh juta meniaga emas.Barulah saya faham,siapakah ‘sifu’ yang dimaksudkan..
Pandai betul mereka menggunakan artis sebagai duta/jurucakap dan selalu masuk akhbar,yang terbaru siap bergambar dengan Timbalan Perdana Menteri lagi..Hebat!
Nak tolong belia nak celikkan tentang emas katanya.Tolong tak salah..jangan buat skim atau sistem yang bukan-bukan ok..pastikan beli emas dapat emas,dan sila jual dengan harga yang munasabah.
Kesibukan apakah yang menyebabkan saya semakin berjaya melupakan kerugian akibat skim ini?
Saya kembali mengingati Public Gold,di mana kali terakhir saya membaca mengenainya di web Jutawanemas lewat tahun 2008.Kebetulan saya membaca akhbar Kosmo dan terpampang wajah En.Syukor Hashim dan saya kembali mencari maklumat mengenai Public Gold,dan terkejut dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai dalam tempoh beberapa tahun sahaja.
Kali terakhir saya pernah menghubungi En.Syukor ialah ketika masih melabur dalam Etika Emas.Beliau sendiri pernah menghubungi saya dan menasihatkan agar cepat-cepat keluar dari Etika Emas.Dan barulah saya tahu,beliau juga antara orang yang pernah menyertai EEE di awalnya,tapi menarik diri seteleh meragui syarikat ini.
Biasalah,orang tengah seronok dapat duit bulan-bulan dan nak untung ,mana nak dengar cakap orang lain.Akhirnya saya akui yang saya telah tersalah langkah.
Alhamdulillah,benarlah kata orang,ada hikmah yang besar di sebalik kegagalan.Memang saya kerugian wang ringgit,tapi rupanya ada ilmu berguna yang saya dapat selepas itu.Saya belajar lebih lagi tentang emas dan perak,dan ilmu itu tidaklah saya dapat sekaligus,sebaliknya melalui fasa satu demi satu.
Disebabkan fobia dengan skim ,saya pastikan yang kali ini saya beli emas,dapat di tangan.Ternyata Public Gold satu pilihan yang bijak kerana ia sama seperti kedai emas,beli emas dan dapat emas.Tak kisahla tak dapat pulangan bulanan sebaliknya menyimpan emas pun dah menguntungkan.
Ringkasannya ialah saya bermula sebagai penyimpan emas > peniaga emas > penyokong DnD..dan sehingga kini saya terus menimba ilmu baru setiap hari dan tiap kali ada peluang dan cuba membimbing agen2 yang memilih saya sebagai introducer.Semoga saya boleh menjadi mentor yang baik,insyaAllah..
taktik bergambar dengan timbalan perdana menteri tu lah dulu skim Platinum di Kulim ( bangunan biru kat simpang Kelang Lama)telah berjaya menipu ribuan orang. Masa tu TPM masih lagi menteri pengguna..ramai yang percaya.. sudah sudah la tu tan sri. takkan nak cakap tak tahu jugak macam dulu. Mustahil menteri tak tahu. BNM menyerbu 2 minggu selepas risalah platinum bergambar tan sri keluar. tan sri senyum orang lain rugi berjuta..tokey kononnya lari ke siam.
nice info..hrp dpt dijadikan iktibar kpd kita smua dan tlglah kwn2 kita yg lain jugak yg terjebak dgn skim..byk yg bergerak snyap skrg ni..tumbuh bagai cendawan
Tak sangka masih ada pihak (org melayu) yang masih tak serik2 buat kerja yang boleh mengkayakan satu pihak dan satu pihak “terduduk” Baru ini saya telah berjumpa denga kawan lama (bengang gila sbb tipu skim) so dia introduce mengenai emas yang di jual syarikat dia iaitu Smart Success Gold yang proses membeli dan menjual emas adalah sama seperti yang dipraktikan oleh syarikat Serambi Emas. Tapi yang musykilnya tang bayaran ansuran yang boleh dibayar mengikut suka hati kita sedangkan jumlah bayaran ansuran bulanan telah dinyatakan didalam resit yang dikeluarkan oleh Agrobank mengikut sistem ar rahnu. Just imagine beli emas 1 kg ; RM 200,000.00. Bayar hanya 35% @ RM 70,000.00 dan bakinya dibayar dengan gadaian dari ar rahnu di agrobank. Bayaran ansuran adalah lebih kurang RM 8,++++ sebulan. Persoalan kat cini mcmana kalau kita tak mampu bayar bayaran ansuran bulanan? Boleh dia cakap bayar ikut kemampuan kita RM 50.00 ke RM 100.00 ke…Boleh caya ke? Satu lagi syarikat ini dia kata MERCHANT DENGAN SERAMBI EMAS. Musykil2…
ORANG MELAYU MEMANG BIJAK PANDAI DAN KREATIF TETAPI KEPANDAI DAN KEKREATIFAN TERSEBUT DIGUNAKAN UNTUK MEMPERDAYAKAN SATU PIHAK LAGI IAITU ORANG MELAYU SENDIRI. SEBABNYA………”BAGI KENAL KAT ORANG MELAYU DULU KALAU BANGSA LAIN TAHU HABISLAH KITA SEBAB DIA ORANG AKAN MASUK BANYAK2″ AYAT YANG BIASA KITA DENGAR DARI MULUT UPLINE ATAU INTRODUCER….
Kalau ikuti artikel ini dari part 1-akhir..pasti dpt lihat modus operandi yg digunakan iaitu ar rahnu.persoalannya,mngapa simpanan emas harus libatkan ar rahnu?sdgkan ar rahnu hanyalah tmpt utk memajak jika terdesak/susah.Lebih jelas lagi dengan moto Serambi Emas sendiri ” ar rahnu adalah perniagaan”.mmg jelas mereka ni tak faham peranan ar rahnu dan menyalahgunakannya pulak.
siapa yg menjdi mangsa?tentulah mereka yg berurusan dgn agen2 yg hnya mengaut untung bersih..sdgkan si pembeli masih ada urusan belum selesai dgn ar rahnu.dlm kes saudara,mmg blh byr ansuran tu sikit2..tp perlu diingat..rate semakin naik,pinjaman pun semakin bertambah,kecuali anda tidak overlapping.tp klulah yg dimksdkan agro,mmg wajib overlapping..klu smua bertmbh,masa bila nk tebus?
jadi nasihat sy,jgnlah terpedaya dgn helah sebgini.ada duit beli emas,tk ada,kumpul sikit2 dan beli..ada rezeki lbh..tmbh..jgn jadi tamak.peringatan utk diri sy sendiri juga..
mmg saya pun dha jumpa pengasas dia..seorang kapten bersara saya hampir2 nak masuk 70k..nasib biak tak jd..sama je taktik dia..dia kata kalau org cina tau habis la kita dia org masuk2 ramai ramai..pandai siap tunjuk slip ada org yg dpat keuntungan sebanyak 27k
nasib tuan baik..kesian pd yg dh terjebak dan yg dh rugi…
Aku tertipu dengan pertolongan FAJAR PERMATA dan EPISOD MESRA. Aku tidak menghalalkan sesen pun wang yang diambil baik didunia mau pun akhirat kelak.Kepada orang yang merancang begitu rapi penipu ini. Sedar lah. x kan tenang hati kamu dan keluarga kamu. Sehingga wang aku dikembalikan. Allah telah mengurniakan kepandaian kepada kamu tetapi telah menggunakan dengan cara yang salah. cukup-cukup merugikan. Aku dah x percaya dengan semua orang terutama orang yang baru aku kenal.
sedih baca luahan hati saudara/i..
sbb sy slh sorang yg terkena..sy fhm..mmg take time untuk lupakan..since dah buat simpanan/perniagaan emas fizikal ni..dh blh buat saya lupa..pada perkara yg lpas..sy anggap ni dugaan utk buat sy lbh kuat dan maju ke depan lagi..tnpa toleh ke belakang lagi..
saya cadangkan, cuba usha AMSYIQGOLD.COM….mungkin ada perubahan yg baik…dikendalikan oleh ustaz Othman hamzah.
Amsyiqgold punyer sistem mmg bagus dari segi spread yg rendah dan kaedah ‘rempit emas’,tetapi,sepanjang sy berurusan dgn mereka ia amat mengecewakan..nak lock harga lambat reply,bl kol ust. layanan tidak mesra dgn x jwb panggilan dgn salamnye,harga kitco naik,harga mereka x naik2..bl harga kitco jatuh,mereka suke2 naikkan harga..Pernah 1 situasi yg pling truk pernah sy terkena,kite lock harga lain,tp suke2 die bg harga tinggi..bl kite inquiry die ckp ade kes2 terpencil berlaku kat komputer kite dimane harga x tally ngan harga server..bleh trime ke alasan tu?memang sy rase amat tertindas la.dgn kelirukan kite kaedah GKA la..ingat kan semua step dapat dealer diskaun..rupenye sampai step 2 je..step strusnye 1%..kalo kire2 blik sebenarnye kite rugi..
Jangan lupa bayar zakat..sesungguhnya zakat akan melindungi harta kita. 🙂
betul tu saudara..selain melindungi harta..zakat juga menyuburkan harta dan jiwan kita..insyaAllah
salam, saya sebenarnya baru jer tau pasal serambi emas ini. ini pun baru semalam sahaja ayah saya tetiba msg berkenaan tawaran untuk beli emas serambi emas. Saya ingatkan dia baru terfikir, rupa2nya dah tertipu dengan beli emas harga mahal dan dicagarkan di arrahnu agro bank. Boleh plak diorang tipu ayah saya mengatakan bayar berapa sahaja boleh, bila2 masa saja. kalau mcm ni semua orang dah kaya…huhu…apa boleh buat. sekarang saya cuma mampu mintak betul2 jawapan dan bulanan ansuran yang patut dibayar dan nasihatkan ayah saya jangan beli lagi….
biasalah nak niaga nak untung , semua kata dia bagus ,hakikatnya orang dot dot……yang untung,orang melayu beli dekat dot dot….waktu harga tinggi,orang dot dot …….beli kat oarang melayu waktu rendah…..hahahahahah semua sudah kene….utk pengetahuan beli emas merugikan kalau tak tau ilmu trade yang sebnar benarnya….tuntulah ilmu dulu….yang punye blog ni pun ilmu sebesar semut,tapi tunjuk gah macam semua dah pandai….kalau rasa dah pandai buka kedai emas sendiri bantu rakyat melayu beli harga spot beli pun harga spot….utk pengetahuan dulu saya pun macam anda tapi kini tidak lagi…rupa rupanya beli emas boleh beli harga spot ikut saat,dan jual pun ikut saat,cuba anda bayangkan semurah mana dia jual pun kalau dah rm 10 segram kalau 100 gram dah berapa,lepas tu dia beli beli balik pun ada untung….bila kita nak kaya asyik org lain je lebih untung…jadi untuk pembaca di malaysia ni banyak peniaga emas yang beli dan jual ikut harga spot,cuma di rahsiakan oleh mereka,mudah pula nak dapat…tanya jutawan gold pasti dia jawab kalau dia tak jawab dan tak beri peluang ini kepada anda ,anda tahulah kenapa…..
Salam semua,
Saya wakil dari salah seorang pengadu fajar permata sdn bhd.
Jika ada sesiapa ingin menyertai atau memberi maklumat mengenai
fajar permata atau sekutunya sila email ke saya di shahidulrafiq@gmail.com
Kami akan berkerjasama dgn pihak polis dr unit jenayah komersial bukit aman
utk pastikan mereka yg terlibat didakwa.
wsalam..menarik tu tuan..
wpun dh lama..tp kalaulah blh dpt balik hak2 sy dan org lain yg tertipu tu..bgus jugak..sy cuma ada mklumat seperti yg ada dlm blog ini..hrp tuan blh update perkembangan kt sini..