Setelah mengenali Public Gold sejak 2008,saya hanya membeli produk mereka pada tahun lepas -2010.Mengapa begitu lama baru beli produk PG?Pembaca setia blog ini pasti tau jawapannya.Mengorak langkah dengan membeli emas sejumlah RM48k melayakkan kami suami isteri menjadi dealer dengan niat asal untuk simpanan sendiri sahaja.Pembelian pertama saya sebelum itu ialah 2 keping dinar PG yang mana saya terkejut melihat saiznya yang comel,tapi berharga-untuk dihadiahkan kepada suami sempena hari lahir beliau.
Dengan RM48k pada tahun lepas,saya mendapat 2 keping gold bar 100g ,sekeping 50g,sekeping 20g,sekeping 10 dinar dan sekeping 5 dinar.Pada masa itu,manipulasi untuk gandakan emas sangat popular.Kerana terpengaruh dan tak sedar ianya salah di sisi agama,saya pun memajak kesemua emas tersebut dan beli lagi 2 keping 100g dan beberapa keping dinar.Pada masa itu saya difahamkan O/L atau overlap hanya akan dilakukan jika kita hendak-selebihnya bergantung kepada kita.Saya pun membuat kira-kira dan perancangan untuk mengeluarkan emas tersebut dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Pajakan ini dilakukan di Agrobank dan perlu sambung surat setiap 6-3-2 bulan .Selepas tempoh ini rupanya,nak atau tak nak,saya perlu overlap mengikut rate yang baru yang lebih tinggi.Saya mendapat lebihan RM10k selepas upah simpan ditolak.Bagi yang inginkan wang,pasti suka.Tapi saya lebih inginkan emas saya selamat,maka saya mengambil keputusan untuk menebus semua emas saya secepat yang mungkin kerana tak sanggup untuk menanggung pinjaman yang bertambah dan upah simpan yang semakin meningkat
Saya juga rimas dengan prosedur bank yang melecehkan dan agak membuang masa saya sedangkan masa itu EMAS.Selepas menebus kesemua emas tersebut minggu lepas,hati saya semakin tenang.Kini hasil keuntungan perniagaan,saya buat beli emas-emas saya bertambah juga..dengan caranya yang lebih semulajadi.Tak perlu manipulasi,atau rempit.Saya tak perlu sibuk-sibuk ke bank,hadir ke seminar-seminar manipulasi emas dan tak perlu memantau harga emas setiap masa.Beli-simpan-niagakan-restock..inilah yang sedang saya lakukan sekarang.Hati pun lebih tenang dan senang sebab hutanh dah tak ada.
Inilah kesilapan paling besar dalam simpanan emas yang saya pernah lakukan dan saya akan pastikan ianya tak berulang-kepada diri saya atau pun orang lain.
Pajaklah bila dalam keperluan sahaja dan kesusahan.Atau sebagai modal untuk bisnes,tapi pastikan dalam tempoh yang pendek sahaja dan berusahalah untuk tebus secepat mungkin.
Ramai yang baru nak kenal emas-terus tanya tentang pajak-ar rahnu dan yang berkaitan.Bukan salah mereka,tapi salah sifu2 emas yang pernah promosikan tentang manipulasi emas ini.Ada yang cerdik bertanya “bagaimana kami hendak menebus emas-emas yang telah dipajak untuk tambah emas itu” ..Ya..memang anda harus menanggung kos-guna duit sendiri.Melainkan anda meniaga bagai nak rak -boleh tebus emas dalam masa beberapa bulan.Tapi pokoknya,saya dimaklumkan bahawa memajak dengan niat untuk meraih keuntungan dan menambah emas adalah salah di sisi agama.Maka elakkanlah dari terjerumus.
Bayangkan nanti ar rahnu tidak terima barang kemas pula kerana kehabisan dana untuk dipinjamkan kepada yang benar-benar memerlukan.Kasihan mereka yang benar-benar susah dan perlukan pinjaman bercagarkan emas tak dapat memajak dek ketamakan orang yang ingin tambah emas ini.Fikir-fikirkanlah!
salm.. dah2 kita nak buat camane?? mksud tuan kita hanya simpan sampai satu masa.. kita perlukan duit.. baru kita jual..
salam..
ye..back to basic..beli-simpan-dan jual hanya bila perlu..cth :
1.beli rumah
2.hartanah
3.bisnes
4.beli emas jugak (cth nk tukar bar ke brg kemas)
5.keperluan terdesak
klu brg kemas..blhla pajak dulu..dan tebus..paling tdk dpt gunakan ar rahnu utk jalan yg betul..
artikel yg mantop n berani. syabas.
sy ade bbrp soklan:
1. merempit gold adalah salah disisi agama. bole bg link, ustaz mana or dalil2 secara jelas dan tepat?
2. apa maksud after 6-3-2, “nak ke tak nak” kena overlap ??? kenapa x rendahkan kadar pinjaman kpd 20% ke 40% drpd 70%? so hutang awak masih maintain atau mengurang? ar-rahnu mana yg paksaambik max 70% ni? kalo benar bagai dikata, bole bwk kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna ni.
3. kenapa nk merempit kena hadir seminar? prosedur bank melecehkan? tapi agak logik sbb kalau kita bawak 10 barang pelik2, then nk dapatkan ketulenan spt yg tertera di barang tu..agak rumit la terutamanya utk org2 baru?
4. manipulasi sehingga ar-rahnu kering duit? agak melucukan. kawan baik sy di bank rakyat AR – disebabkan terlalu bagus permintaan ar-rahnu, maka telah dibuka ArRahnu Xchange – konsep francais yang kaunternya HANYA utk transaksi ARRAHNU sahaja.. jadi, di mana kering duit nya sbb ini adalah satu cara perniagaan Bank Rakyat yng mendapat keuntungan daripada upah simpan? Tahukah kita bahawa banyak bank2 di Kelantan sudah membuka cawangan ARRAHNU? kenapa agak2 ya? Tu tak disebut lg kerajaan2 negeri yang mempunyai perniagaan/kaunter ar-rahnu sendiri?
5. 30:70 – konsep perniagaan/pemilikan ini berbahaya. adakah ini yang dimaksudkan?
kalau tak keberatan boleh bagi no phone utk sy faham lagi artikel ini. insya allah…
wsslm, jzkk.
byk sungguh persoalan saudara…bgus..sy tertarik dgn ayat akhir sekali..sbb lbh mudah rsanya berbncg mulut ke mulut dgn org yg byk pertanyaan 🙂 no hp sy rata2 ada kat blog ni..usaha tangga kejayaan..:)
untuk kebaikan semua pihak yang membaca, boleh tuan jawab soalan penting no.1, 4? sebab web ni adalah dari link kawan sy yang ingin kepastian. biar tuan jelaskan secara bertulis.
terimakasih.
Assalamualaikum..
Saya juga tertarik dan ingin tahu,apakah benar pajak emas untuk beli emas,adalah salah disisi agama,sbb saya pun ada juga melakukan sistem seperti itu.Boleh saya dapatkan dalil yang mengatakan cara tersebut salah disisi agama.harap dapat perhatian cikgusimple..saya benar2 ingin mengetahuinya..Terima kasih
wsalam..
pertama sekali..sy nk nyatakan..tk smua perkara ada dalili tuan..nnt sy akan komen selanjutnya..agak sibuk skrg..nnt bila dh lega sikit..sy akan berikah hujah2 sy..
hrp dpt luangkan masa baca di sini..sini ada sumber yg sahih..wpun tk dinyatakan dgn jelas..tp penerangan ttg peranan dan fungsi ar rahnu yg sbnr sgt jelas..ada jugak disebut manipulasi..tp huraianga ringkas ttg itu..selebihnya blh baca di sini :http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1023/AR-RAHNU-PAJAK-GADAI-ISLAM-PERTAMA-DI-DUNIA
jika tk dpt baca..sy akan kupas dlm artikel sy akn dtg..
ini pula pndangan kwn2 sy :
1.dalam islam kita ada 4 uslub dalam menentukan hukum
1 alquran
2 hadith/sunnah
3 ijma` ulama
4 qias
so .. yg kita dok gaduh2kan sangat diakhir2 ni aialah kerana ijma` ulama` semasa dan qias
2.kita sebenarnya mecari2 dalil utk “menghalalkan” apa yg kita buat. bukan mengikuti apa yg agama suruh
3.dalam menentukan hukum .. ulama yg salah dalam memberi ijtihad masih dapat satu pahala.. tetapi kalau betul dia akn dapat 2 pahala ..wallahu alam
4.pajak emas tujuannya ialah untuk peroleh wang FIAT untuk beli emas kan? Ada atau tidak nawaitu untuk bermuamalah? Sekadar bertanya (sila fikirkan mksd soalan ini)
kesan pada manipulasi emas menggunakan sistem ar rahnu yang bleh sya lihat:
-goldbar dan dinar xleh dah digunakan untuk ar rahnu(agrobank kat perlis,kat tmpt len xtau la).kalo memanipulasi dpt membantu sistem ar rahnu pasti depa terima dinar dan goldbar…masa akan datang mungkin lebih susah nak ar rahnu..kesannya pada semua tambah2 pada mereka yang memerlukan….
Bab bab nak menjana kekayaan ni memang banyak la pantang larang dan titik bengiknya…!!! Tu yang Melayu susah nak maju…
agama ttp no 1 bro..yg tk blh maju ni..yg berfikiran sempit..dan mmbelakangkan agama…so far sy tgk..rmi je melayu yg sukses..
sy ni nk blaja cara yg islam punya….klo kite bli emas kite nk simpan kt mane yg slamat ye?kt rumah takut kene curi.Beli-simpan-niagakan-restock.simpan kt ar rahnu sesuai ker…sementara nk niagakan
simpan di rumah..tp ada caranya..dan kena kreatif..
ada juga yg simpan di ar rahnu semata2 utk nk simpan je..just byr upah simpan..
sy stuju dgn ustazah..matlamat tidak menghalalkan cara.. siapa yg mengejar akhirat..dia akan dpt kedua-duanya,dunia dan akhirat..siapa yg hanya mengejar dunia tanpa mengira halal dan haram..maka dia akan dpt dunia yg dia mahu..tpi di akhirat dia yg sengsara.. hidup ni biar ada keberkatan~