Penipuan terhebat Wang Kertas

Asal wang kertas dijadikan untuk memudahkan pertukaran bilamana terdapat barangan yang bernilai kecil yang sukar dipecahkan melalui nilaian dirham/daniq dan wang kertas disandarkan pada rezab emas yang ada, pada masa ini wang kertas masih bersifat numismatik dan hukum riba, zakat, muamalat terpakai sepertimana emas dan perak. Ini kerana wang kertas tersebut boleh ditukarkan dengan emas pada masa itu.

Setelah lambakan wang kertas berlaku maka era penipuan wang kertas terjadi apabila ianya tidak lagi disandarkan lagi pada rezab emas tetapi kepada ekonomi negara itu sendiri yang mana hukum yang terdapat keatasnya yang diqiaskan pada emas dan perak sewajarnya tidak terpakai lagi.

Selepas era inilah penipuan wang kertas semakin berleluasa dan tidak layak digelar wang sebaliknya sebagai hutang nilai kertas yang tertera pada cetakannya (akujanji pemerintah). Demi mengaut keuntungan pihak yahudi/penjajah memaksa semua negara jajahannya menggunakan wang kertas dan mereka mengambil semua emas dan perak kerana mereka tahu emas dan perak lagi berharga dari kertas tetapi negara jajahan mengikut sahaja kerana wang kertas mudah dibahagikan berbanding emas dan perak, negara jajahan telah diasuh dan dididik menggunakan wang kertas dalam setiap urusan dan lupakan pasal nilai emas dan perak.

Bila rezab emas tinggal sedikit pihak penjajah akan beredar dalam istilah kemerdekaan tetapi meninggalkan dan memaksa negara jajahan menggunapakai sistem wang kertasnya. Oleh kerana sebahagian besar emas dan perak telah dikaut dan sistem kewangannya digunakan maka pihak penjajah masih boleh meneruskan penjajahannya walaupun tanpa menduduki negara tersebut. Bila semua pemerintah Islam telah lupa pada emas dan perak dan DnD sebagai wang, maka ada pihak menqiaskan wang kertas kepada emas dan perak dalam keadaan dharurat kerana sumber DnD tidak mencukupi.

Tetapi adakah ia mengambilkira FRB (penipuan terbesar) yang berlaku dalam cetakan dan penghasilan wang kertas sebelum menggenakan hukum penggunaannya?

Dalam Islam transaksi jual beli harus memenuhi 3 syarat (1) sukarela – antaroddin minkum, (2) setara – mithlan bi mithlin, (3) kecairan – yaddan bi yaddin. Secara logiknya wang kertas tidak memenuhi syarat tersebut nilainya dipaksa oleh pemerintah atas nilai cetakannya, nilainya tidak setara bagi setiap negara, kecairan tidak diperakui bagi negara yang berlainan.

Logiknya ia tidak wajar digelar wang tetapi hanyalah kertas hutang yang diperakui oleh pemerintah negara tersebut. Penyewelengan penggunaan dinar dan dirham di negara arab dilakukan semasa pemerintahan Liga Arab (Saudi Arabia) yang bersekutu dengan Amerika dalam menjatuhkan kerajaan Utsmaniah. Raja Sa’ud bin Abdul Aziz telah mendirikan bank sentral yang bernama: Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) dan menerbitkan wang kertas riyal pada tahun 1961.

Ini kerana Raja terpesona menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak (dirham) dan dinar. Isu yang pertama wang kertas yang berleluasa pada asalnya wujud atas dasar penipuan dan penyelewangan untuk menafikan peranan keseimbangan DnD, mencipta ilusi kekayaan diluar batasan, menganiaya orang/negara lain, memudahkan penjajahan hanya melalui peperangan dan sekatan ekonomi.

Namun kerana mereka memegang kuasa jajahan dan kemudahan penciptaan wang kertas, maka wang kertas tersebar luas walaupun berpaksikan penipuan dan penyelewengan. Wajarkah kita katakan transaksi penipuan, penyelewengan dan kewujudan wang kertas ini telah haram penggunaannya? Isu yang kedua setelah isu yang pertama telah kuat bertapak, atas dasar dharurat, penyelewengan wang kertas terus dilakukan oleh pemerintah dan hukum keatasnya dikenakan seperti mana emas dan perak oleh pemerintah Islam/Raja/penjajah yang menyeleweng ini dan wajib diikuti oleh semua rakyat/negara/pemerintah yang dijajah/diperintah secara rela paksa.

Bilamana rela paksa ini berterusan, lama kelamaan maka semua orang terbiasa walaupun membelakangkan hukum Islam yang terawal. Wajarkah kita gunakannya sebagaimana akujanji pemerintah dalam keterpaksaan? Wajarkah penyelewengan yang kedua ini kita letakkan hukum yang tertentu bilamana isu pokok kepada permasalahan yang pertama tidak diambil kira atau diselesaikan terlebih dahulu? Adakah wajar kita kembali kepada DnD untuk menyelesaikan isu kedua-dua diatas dalam kaedah penyelesaian? Adakah dengan menggunakan wang kertas pada hari ini kita terlepas dari hukum isu yang pertama dan perlukah kita menyokongnya? Adakah wang kertas masih bersifat numismatik dan wajar diqiaskan dengan hukum emas dan perak? Wajarkah kita mengurangkan semaksima mungkin penggunaan wang kertas?

Apakah usaha kita untuk keluar dari sistem penipuan dan penyelewengan ini? Wajarkah kita mengharuskan sesuatu yang telah haram untuk meringankan penggunaannya? Ini dah ada 2 hukum dalam 1 transaksi, adakah boleh diqiaskan dengan 2 transaksi dalam 1 akad? Haram kekal haram, riba kekal riba, jualbeli kekal jualbeli.Namun perlu berhati2 kerana semua itu boleh berlaku dalam 1 transaksi muamalat. Perkara yang mudah jangan dirumitkan, jika sesat pulang ke pangkal jalan… Keringanan hanya membuatkan kita terus lalai dan hilang usaha kita untuk terus berjuang memartabatkan Islam…

Kredit to :En Nazly Tahir

PERHATIAN :

SEMINAR SIMPANAN EMAS DAN PERNIAGAAN EMAS (FREE)

AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

PUTRAJAYA :18HB DISEMBER 2011

SHAH ALAM :24HB DISEMBER 2011

8.30PM-TEMPAT TERHAD

SILA SMS NAMA DAN LOKASI KE 019-9708897 UNTUK PENDAFTARAN.

JIKA LEBIH DARI SEORANG,SILA BERIKAN NAMA PASANGAN/RAKAN ANDA

HIJRAH EKONOMI.
ERATKAN UKHUWAH.
PERKONGSIAN ILMU PERCUMA!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge