Perkara yang anda perlu tahu sebelum menyimpan dalam ASB-Part 1

Berkenaan dengan pelaburan ASB yg perlu anda tau.Saya akan  dedahkan dokumen kemana dana ASB dilaburkan…selepas ini harap anda dpt membuat keputusan yg tepat bg sesapa yg msh ada simpanan di unit ASB itu.Yg 1st perlu anda tau.

“Notwithstanding the above the SAC of SC has made a decision that the above ASB and ASN schemes do not comply with the SC guidelines on islamic unit trust fund”.


Majlis Fatwa Selangor kata haram.Bekas mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom kata pd saya(UZAR) ,hal ini telah dibawa dalam meeting Majlis Fatwa Kebangsaan dulu,dan hukumnya adalah haram tetapi kerajaan tidak mahu wartakan.Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia ketika ini juga tidak setuju dgn ASB.Begitu juga Shariah Council juga memutuskan pelaburan ASB tidak mematuhi garis panduan SC mengenai dana unit amanah islam.Reminder diatas membuktikan SC mengenepikan hukum “HARUS” yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

DAN BACALAH PETIKAN KATA2 UZAR KOMENNYA BERKENAAN DENGAN ASB DIBAWAH INI;

Salam,


Bismillah wa hamdalillah,

Setelah membuat kajian di ASB,maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut:-


Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus,seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara’ kerana sebab2 berikut:-

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram).


2)Commerce asset holdings berhad (Konvensional)-1.11 %
3)British American Tobacco berhad 1.07 %.
4)Malaysian National Reinsurance Berhad -0.89 % (insuran konvensional).

Justeru,jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti,(rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC).Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasai dana pelaburan ASB.Ini menyebabkan nya menjadi haram.Bagaimanapun kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.

Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB.iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan.adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?dan jika mudarabah,perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara’ maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.

Maka setelah saya merujuk ke PNB,dan buku prospektus ASB.saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB.ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.

Menurut mazhab Syafie,aqad pelaburan tadi adalah batal.Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma’ Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga.dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

Adakah ini dijaga oleh ASB…tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah.Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato’ Seri Najib,PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.

Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen,biar halal walaupun sedikit,daripada banyak tapi haram.

sekian,wallahu a’lam.

UZAR


Ke mana ia dilaburkan?Anda orang Islam?..jika ya..baca sampai habis.

Ini bukti nyata penglibatan “PNB” didalam saham kotor “SYKT HAP SENG CONSOLIDATED BHD” yang diketahui merupakan pelabur kedua terbesar dalam”CARLSBERG BREWERY MALAYSIA BHD” dengan nilai 39,326,250 unit sesaham.

http://imageshack.us/photo/my-images/577/asbdalamhapseng.png/

Sekiranya gambar diatas kurang jelas,boleh klik di link ini untuk melihat dengan lebih jelas.

http://www.hapseng.com.my/20090918-2.php


Siakakah chairman sykt Hap Seng Consolidated Bhd ini.Inilah orangnya Mr.Jorgon Bornhoft.Beliau juga merupakan director bagi ABN Amro Bank Bhd,director Mega First Corporation Bhd dan director Lao Brewery Co.Ltd Laos kilang beer bertaraf mega di Laos.

http://imageshack.us/photo/my-images/687/chairmanofhupsengconsol.png/

imageshack.us

Kredit to :Muhammad Anis Hassan

6 thoughts on “Perkara yang anda perlu tahu sebelum menyimpan dalam ASB-Part 1

  1. kes hup seng, tak update ye?
    kes trustee, Amanah Raya Berhad is a trustee.
    Penasihat shariah? tuan blog pun tak update juga..

    haishhh

    so, all the contents are outdated.MasyaAllah.

    • er..fatwa yg kata haram tu..dh diupdate jugak ke?setahu saya tak..

      penasihat syariah ni..blh dipersoalkan kewujudannya..smua blh tukar jd halal klu dh dibyr ,walaupun bukan semua

  2. salam…

    Bagaimana pula kita yg mempunyai akuan Maybank, CIMB, RHB??adakah pengurusan kewangan ke tiga2 institusi kewangan tersebut mengikut Syarak?? tolong bagi penjelasan…

  3. terima kasih atas perkongsian..sesungguhnya banyak benda yang was2 dalam asb ni..baik elak dari terjerumus..nabi dah berpesan,kalau terkepit antara yang benda halal dan haram,pilihla yang tidak syubhah..takut2 jika kita pilih dirasakan halal,tapi dari segi allah,ianya adalah haram,nerakala jawabnya,,

  4. ekonomi pada hari ini banyak was-wasnya. bukan setakat asn/asb sahaja. bagi saya pembiayaan islamik juga ada ribanya kerana ada % yang menyebabkan peminjam bayar lebih dari nilai yang dipinjam. UT swasta, syarikat induk adalah riba menyebabkan gharar dan syubhah. íni adalah pendapat peribadi saya. bagi sesiapa nak jaga iman lebih dari dunia, boleh ambil fatwa haram, siapa yang pilih harus, maka haruslah. saya x melabur dalam UT swasta. sekarang tumpu TH dengan emas dan perak fizikal

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge