Perkara yang anda perlu tahu sebelum menyimpan dalam ASB-Part Akhir

Sebagaimana yang kita ketahui,PNB adalah merupakan tempat pelaburan bagi ASB.Mungkin ramai yang tidak mengetahui,dan saya rasa tanggungjawab untuk memberitahu kepada semua yang belum mengetahui, bahawa PNB adalah merupakan pemegang saham di SYARIKAT HAP SENG CONSOLIDATED BHD.Sebanyak 76,555,492 jumlah saham yang dilaburkan oleh PNB di dalam syarikat tersebut.Syarikat Hap Seng Consolidated Bhd adalah pelabur KEDUA TERBESAR dalam CARLSBERG BREWERY MALAYSIA BHD sebanyak 39,326,250 unit sesaham.

(Sumber:Bursa Saham Malaysia)
Penglibatan PNB (Kerajaan) melalui pelaburan ASB,NYATA TERLIBAT di dalam saham-saham arak secara langsung dan juga secara perantaraan.Maka oleh sebab yang demikian,pelaburan ASB ini jelas tidak halal dari segi syariat Islam kerana terlibat di dalam pelaburan arak.

PERBANDINGAN:

Seseorang pelabur berhak untuk mendapatkan prospektus,statement dan keterangan terhadap setiap saham yang dilaburkan di dalam pasaran Amanah Saham.Berapa orang di Malaysia yang sudah atau pernah membaca prospektus ASB?Kemana duit kita dilaburkan?Siapa penasihat syariah mereka?Siapa pemegang amanah mereka?Adakah kita pernah membacanya atau mengetahuinya?Menjadi kewajipan setiap umat islam mengetahui ke manakah arah setiap duit pelaburan yang kita laburkan,kerana kita akan disoal di hari akhirat tentang harta kita,dimanakah ia dibelanjakan? Sekiranya selama ini kita semua tidak tahu,tapi sekarang,kita sudah tahu,patutkah kita terus berdiam diri?Dan membiarkan pelaburan kita terlibat di dalam perkara-perkara maksiat?Tepuklah dada,tanyalah IMAN.

Dan menjadi kewajipan kita juga untuk memberitahu saudara2 kita yang lain yang belum tahu mengenai perkara ini. Bagi saya, saya telah jalankan kewajipan saya untuk memberitahu, segalanya terpulang kepada anda.

http://imageshack.us/photo/my-images/594/pnbnhapseng.png/


Hanya 2 bank sahaja yang diiktiraf islamic oleh Shariah Advisory Council Securities Commissionhttp://imageshack.us/photo/my-images/17/bankterlibatdgnasb1.png/


Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang Fatwa bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:


Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita redha dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.

Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie, apatah lagi keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga.

Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).

Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.


Kesimpulannya…dlm keadaan ekonomi gawat mcmana sekalipun…3 biz yg tkkn terjejas ialah “JUDI,ARAK & WANITA”.org tetap akan pegi mabuk biarpun tkde duit,org tetap akan berhibur dgn wanita biarpun poket tipis dan jg org tetap akan berjudi biarpun trpksa berhutang.sbb itu gov n PNB berani bg jaminan bhwa pelaburan ASB tetap beri pulangan pd pelabur biar segawat mana pun ekonomi.Berani PNB mau guna duit pelabur pg labur pd tmpt2 yg 50-50?anda sendirilah¬† yang jawab.

kredit to :Muhammad Anis Hassan

One thought on “Perkara yang anda perlu tahu sebelum menyimpan dalam ASB-Part Akhir

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge