Sebab Perlu Jadi Dealer Emas Yang Jarang Anda Dengar

Dahulu,sesiapa yang mempunyai kedai emas akan digelar tokey emas.Membuka kedai emas perlukan modal berjuta,dan tokey emas dilihat sebagai orang yang kaya.Kini zaman sudah berubah.Kehadiran beberapa buah syarikat yang menjual emas,perak,dinar dan barang kemas menawarkan orang ramai untuk menjadi pengedar (dealer) mereka seterusnya memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi tokey emas tanpa perlu membuka kedai.

Menjadi pengedar emas secara sambilan pun boleh mendatangkan hasil jika betul cara pemasaran anda.Ilmu yang anda harus ada tentang emas juga penting dan membantu anda berhadapan dengan pelbagai soalan pelanggan.Bayangkan tanpa ilmu tentang emas,bagaimana anda tergagap menjawab soalan pelanggan yang pelbagai versi. :)

Ingat,pelanggan zaman kini adalah pelanggan yang dahagakan maklumat.Mereka tidak akan membeli sesuatu tanpa mengkaji tentangnya. “Emas berharga,semua orang tahu,zaman atuk nenek saya pun dah mula simpan emas,buat apa saya cerita lagi?”

Ya…memang betul,dari dulu sehingga kini,memang semua orang tahu emas berharga.Tapi ada yang mereka tak tahu,iaitu sebab-sebab  perlu simpan emas.Ini telah saya huraikan di dalam artikel terdahulu.Inilah yang perlu anda sebarkan dan ceritakan kepada orang lain.

Ramai yang mendakwa,simpan emas sambil menjual beli emas memang menguntungkan.Sekarang ini macam-macam boleh dilakukan untuk memanipulasikan emas untuk keuntungan.Adakah sebab ini sahaja untuk kita menjadi dealer emas?

Jawapannya tidak.Peranan seorang dealer sebenarnya lebih dari itu.Keuntungan adalah bonus bagi anda dan rezeki dari Allah swt.Baca sebab berikut :

1.Dealer emas merupakan “agen” dalam menyebarkan kebaikan emas sebagai penyimpan nilai yang baik,kalis inflasi dan stabil.

2.Dealer emas bertanggungjawab menyedarkan orang ramai tentang sejarah wang kertas,dan bagaimana kapitalis menguasai dunia dan merompak kita dengan mencetak wang sesuka hati.

3.Dealer emas harus memberi penjelasan perkaitan emas dengan wang kertas.

4.Dealer emas boleh membekalkan emas kepada orang ramai yang hendak menukarkan wang kertas mereka kepada emas.

5.Dealer emas berperanan menyebarkan tentang DnD (Dinar dan Dirham) setelah berjaya mengikis anggapan orang ramai  bahawa menyimpan wang kertas lebih baik.

 

Menyimpan Emas lebih baik dari Wang Kertas
Menyimpan Emas lebih baik dari Wang Kertas

Kesannya?

Jika dealer emas dapat memainkan peranan dengan memberi ilmu yang betul kepada orang ramai,maka orang tidak akan berebut-rebut simpan wang kertas lagi.Jumlah wang kertas yang disimpan di bank akan berkurangan dan rezab emas dalam negara bertambah.Rakyat lebih banyak memiliki emas dari wang kertas,sistem bank mungkin lumpuh dan kita mampu merealisasikan penggunaan DnD untuk tujuan muamalat.

Inilah sebab anda perlu jadi dealer emas.Selain dapat menambahkan pendapatan,peranan anda besar sebenarnya sama ada anda  sedar atau tidak.Menjadi dealer emas kini anda mempunyai beberapa pilihan.GCP  adalah syarikat  bumiputra muslim 100% yang menawarkan untuk menjadi dealer emas dengan serendah RM1k termasuk percuma kos penghantaran produk seumur hidup dan tawaran ini sehingga hujung tahun 2011.Produk mereka ialah gold bar 999,dinar 999 dan rantai tangan/rantai leher emas 999 dan 916 dan silver bar.

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut,boleh hubungi saya  atau boleh rujuk senarai dealer di bawah Rangkaian Jutawangold

3 thoughts on “Sebab Perlu Jadi Dealer Emas Yang Jarang Anda Dengar

  1. peluang menjadi dealer hanya bermodalkan rm1000 sahaja.. komisen jualan yang tinggi iaitu rm 15/gram untuk emas 999 and rm 10/gram untuk emas 916

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge