Sebelum dan Selepas Simpan Emas

Tiba-tiba sahaja saya mendapat ilham nak tulis tentang pelbagai perkara yang berlaku dalam diri saya sebelum dan selepas menyimpan emas.Apa kesannya dan kebaikannya kepada saya sekeluarga,jom baca..

Sebelum :

1.Selalu fikirkan nak ada simpanan wang yang banyak dalam bank dengan harapan simpanan ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

2.Simpan dalam ASB dan UT Public Mutual,konon nak diversify

3.Pantang tengok baju-baju cantik/aksesori untuk anak-anak,mesti nak beli.Kalau hari raya,suka shopping besar-besaran pakaian berjenama untuk anak-anak.Konon setahun sekali,jadi kenalah sehabis baik (bab ini je la lemah sikit,bab lain memang tak kisah sangat..saya bukan jenis suka tukar sofa,kasut,beg,pakaian atau sebagainya)

4.Masa terluang tak banyak aktiviti,selain melayan anak-anak,membaca buku,buka internet pun sekadar menambah maklumat.

5.Tak pandai berbisnes (minat dah ada sejak 1-2 tahun sebelum kenal emas,tapi tak tau nak meniaga apa dan bagaimana bermula)

6.Rutin harian hampir sama setiap hari,cuma komitmen pada anak-anak yang bertambah.Dari seorang anak,kini ada 4 orang semuanya yang perlukan perhatian

7.Menghargai masa dalam kadar yang sederhana

8.Percaya Perbankan Islam memang betul-betul islamik.Jadi tak kisah buat loan dan refinance.

9.Biasa dengar tentang riba dan tahu serba sedikit mengenainya

10.Suka simpan syiling dan wang kertas sebelum masukkan ke dalam bank.Tak tau ia bukan penyimpan nilai yang baik.

Wang kertas yang diperakui nilainya oleh BNM

Selepas :

1.Sekarang simpanan saya ialah emas dan perak dalam bentuk gold bar,dinar dan dirham untuk muamalat.Saya hanya simpan sedikit tunai untuk pertukaran on the spot/kegunaan harian dan kecemasan.90% simpanan dalam bentuk logam berharga,jadi ia tak mudah cair,bukan macam simpan wang kertas-sekali keluar asyik nak keluar,lama-lama menyusut.

2.Simpanan dalam ASB tinggal RM50,maybe tak lama lagi akan close.Simpanan dalam UT pun dah selamat ditutup dan digunakan untuk membeli emas.Saya kurang percaya pada diversify jika membabitkan wang kertas,tetapi yakin dengan diversify membabitkan aset tak susut nilai macam rumah dan hartanah.Bayangkan wang kertas diperam di bank bertahun-tahun untuk dapatkan dividen.Ada yang buat loan semaksimum nya dan terpaksa simpan puluhan tahun.Pokoknya,ia meragukan,malah ada yang mendakwa ia haram.

3.Sekarang ini,nak keluar beli barang-barang keperluan anak pun dah tak berapa minat.Dulu saya buat ar rahnu,jadi saya perlu peruntukkan sejumlah wang setiap bulan.Alhamdulillah,ini telah mendisiplinkan saya sehingga menjadi seorang yang lebih berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja.Saya hanya bawa wang yang diperlukan sahaja untuk membeli keperluan anak.Anak pun saya ajar pakai pakaian yang sederhana,kalau yang berjenama sedikit,saya beli yang saiz besar agar tahan lama dan boleh pakai lama sikit.

4.Sekarang saya ada banyak masa hendak buat dengan masa 24 jam yang Allah beri ini.Di awal pembabitan saya dalam emas ini,saya rasa macam tak cukup tangan,tapi sekarang alhamdulillah.Saya dah semakin bijak uruskan masa.Ini rutin harian saya kalau hari kerja:

-pergi sekolah-mengajar-cuba siapkan tugasan di sekolah dan fokus dengan kerja-kalau free,saya online untuk update info-balik rumah-uruskan anak-anak-selepas itu online sambil-sambil menguruskan anak-turun padang ke gerai nangka madu yang sedang diusahakan-malam masa untuk berjumpa pelanggan yang tempah emas

hari cuti-ambil stok di sunway sambil jumpa individu yang berminat nak tau lebih lanjut tentang emas dan perak dan pelanggan yang pilih untuk COD (3 dalam 1).Ada masa sambil ambil stok buah pun sempat jumpa pelanggan.Kalau hari kerja,biasanya ambil stok pada waktu petang.Kini gerai akan bertambah jadi 2,insyaAllah dengan planning yang tersusun,semuanya akan berjalan lancar.

5.Secara tak langsung kenal dunia perniagaan apabila mula jual dan beli emas.Ini telah membuatkan saya semakin yakin untuk menjadikan perniagaan satu jihad.Islam tidak larang umatnya kaya,asalkan banyakkan bersedekah(tapi nak bersedekah jangan tunggu kaya,sedekah orang susah dan ‘sakit’ lebih berkat)

6.Dapat wujudkan masa yang lebih berkualiti dengan anak-anak.Masa yang terhad buat saya dan suami menghargai masa bersama anak-anak dan cuba bagi perhatian sewajarnya.Saya tak kisah buat lebih banyak pelaburan untuk anak-anak dengan membelikan mereka buku-buku,bahan bacaan dan cd pembelajaran.

7.Cuba memaksimumkan penggunaan masa ke tahap yang optimum.Work smart not work hard.

8.Semakin banyak belajar tentang emas,semakin banyak yang diketahui tentang sejarah wang kertas dan agenda di sebaliknya.Jadi,mana mungkin ada bank islam jika wang kertas itu sendiri riba?

9.Wang kertas adalah riba,tak mampu nak elak..boleh guna perkataan darurat.Tapi jika sudah tahu,tapi masih hendak menggunakannya,ia bukan darurat.Tukarkan sebahagian kepada dinar dan dirham,dan gunakan ia dalam muamalat.Memandangkan kegunaannya masih terhad,saya memilih untuk menyimpan emas dan perak,bagi saya ia lebih baik dari menyimpan wang kertas yang memang dah sah riba

10.Sekarang saya suka simpan dirham dan ada rezeki lebih,saya beli emas dan perak.Tahun lepas dapat belikan setiap orang anak 1 dinar seorang,tahun ni saya belikan mereka silver bar 250g setiap orang.No SSPN and whatever.Just yakin dengan apa yang dituntut oleh Islam.

Dinar dan dirham penyatu ummah

Kredit kepada group Dinar dan Dirham @facebook ,yang banyak menambah ilmu agama saya dan mengubah persepsi saya kepada wang kertas dan memahami riba.Siapa yang nak join,sila cari di facebook.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge