Sesuaikan Pelaburan Emas dengan Matlamat Anda

Setiap apa yang kita lakukan,ada tujuannya-sebab apa kita lakukannya,dan matlamat-bagaimana kita nak mencapainya

Berikut adalah contoh jika anda hendak merancang untuk pendidikan anak anda dan menunaikan haji  melalui simpanan emas.

Pengiraan ini tidak 100% tepat sebaliknya anggaran sahaja berdasarkan ramalan kebanyakan pakar tentang harga emas pada masa akan datang.

Kita teruskan pengiraan kita..

Rancang pendidikan anak melalui simpanan emas


Sebagaimana yang diketahui:
1. Anggaran inflasi: 4% setahun.
2. Harga emas terkini (goldbar 1g pada hari ini): RM190 (DP).
3. Anggaran kenaikan harga emas: 25% setahun.
4. Kos pendidikan tahun 2013 (Ijazah):
RM1,800 (1 semester) x 8 semester = RM14,400.
5. Dengan kata lain, kos untuk menggenggam segulung ijazah pada tahun 2013 adalah: RM14,400.

 

Katakanlah anak anda lahir pada tahun 2013, anak anda akan ke kolej/universiti pada umur 18 tahun, iaitu pada tahun 2031.

 

Oleh itu:
1. Anggaran inflasi dalam tempoh 18 tahun: 4 x 18 = 72% (ia sebenarnya lebih dari itu)
2. Kos pendidikan pada tahun 2031:
RM14,400 + (inflasi) = RM14,400 + (72% X RM14,400) = RM24,768.
3. Anggaran kenaikan harga emas dalam tempoh 18 tahun: 25% x 18 = 450%.

 

Oleh itu, anggaran harga emas pada tahun 2031: 450% x RM190 (harga goldbar 1g pada hari ini) = RM855 (harga goldbar 1g pada 18 tahun akan datang).

 

Jika sejak dari tahun 2013, anda telah menyimpan 20g goldbar setahun, dalam tempoh 5 tahun, anda mempunyai goldbar sebanyak 100g. Dengan anggaran kenaikan harga emas adalah 25% setahun:

Tahun 1: RM190 x 20keping (goldbar 1g) = RM3,800.
Tahun 2: RM190 + (RM47.50) x 20keping (goldbar 1g) = RM4,750.
Tahun 3: RM237.50 + (RM59.38) X 20keping (goldbar 1g) = RM5,937.60
Tahun 4: RM296.88 + (RM74.22) x 20keping (goldbar 1g) = RM7,422.
Tahun 5: RM371.10 + (RM92.78) X 20keping (goldbar 1g) = RM9,277.60

 

Jumlah keseluruhan nilai 100g goldbar di atas yang telah dibeli: RM31,187.20

Pada tahun 2031, 100g goldbar bernilai: RM855 (harga goldbar 1g pada 18 tahun akan datang) x 100g = RM85,500. Cukup untuk menampung 3 orang anak ke kolej/universiti.

matlamat

 

Tunaikan haji menggunakan simpanan emas

Kos pergi haji RM10 ribu  sekarang.


Harga emas semasa:RM200

Jadi berapa g emas:
Rm10 ribu/200=50g

Jadi dengan menyimpan 50g emas,mampu kita gunakan untuk pergi haji tak kira tahun bila,samada tahun depan,10 tahun lagi mahupun 30 tahun lagi Bahkan kemungkinan kurang lagi dari 50g tersebut apabila wang kertas semakin lemah.

Beli rumah secara Tunai


Contoh yang dialami sendiri  :

Tahun 2002 mak ayah saya  membeli rumah teres satu tingkat berharga RM80ribu.


Harga emas tahun 2002,RM40/g

Jadi  g emas,80ribu/40=2000g(2kg)

dan jiran saya baru jual kan rumah dia dengan harga RM100ribu.

dengan 2kg emas pd tahun 2002,kini bernilai 2000gx200=rm400ribu

Jika ada 500g skrg hasil simpanan emas dari  tahun 2002 hingga 2012(simpanan 4g sebulan) bersamaan nilai dengan RM100ribu,dah boleh beli cash rumah.

Sedangkan yang membuat pinjaman dari tahun 2002 belum lagi  habis bayar  sebab pinjam smpai 30 tahun.

Jadi,letak nilai RM matlamat kita.
Bahagikan dengan nilai emas semasa,dan kejar jumlah gram secepat mungkin..

# Artikel diubahsuai dari pengalaman salah seorang pengedar

*******************************************************
[BERITA BAIK]


Dapatkan Panduan Asas Simpanan Emas yang telah diupdate dan dikemaskini di web ebookemas.com secara PERCUMA

Semoga lebih ramai yang celik emas dan mendapat manfaat dari ilmu-ilmu yang dikongsikan

Selamat mendownload !

Klik –> http://ebookemas.com/

ebook banner new 3

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge