Salam kepada semua pembaca ..
Pagi tadi saya mendapat link berita mengenai salah seorang artis yang masuk paper hari ini.Mengenai perniagaan emasnya dengan syarikat Serambi Emas.Mungkin yang mengikuti blog ini akan mendapati saya telah banyak kali post artikel berkaitan Serambi Emas sehingga ada yang komen mengatakan saya hendak menjatuhkan bisnes orang lain,dengki dan menuduh inilah sikap Melayu yang tak boleh tengok orang lain berjaya katanya.
Di radio Ikim pun dah banyak kali bagi tau perkara ni,tak boleh pajak emas yang bukan milik kita dan jauhi sistem 30:70 atau 35:65 ini.Takkanlah ustaz tu pun nak dengki dan ada kepentingan jugak?Mereka menyampaikan apa yang betul,begitu juga saya.Saya tak pernah kondem syarikat emas yang lain selagi urusniaganya betul.Tapi jika ada yang tak betul,tiada kompromi sebab saya tak nak orang lain pun terjebak dan rugi
Saya bukan lama sangat dalam bidang emas ini,tapi saya percaya sekurang-kurangnya lebih lama sedikit dari anda kerana telah bermula pada tahun 2008.Jadi saya telah melalui fasa di mana orang baru hendak kenal simpanan emas,sehinggakan hanya ada satu blog sahaja tentang emas pada waktu itu yang berkongsi tentang ilmu emas,iaitu blog sifu saya En Syukor Hashim.
Saya menyaksikan sendiri dan mengalami sendiri kerugian apabila terjebak dengan sistem ar rahnu pada masa itu!
Saya juga saksi yang sama tahu syarikat yang sedang giat mempromosikan perniagaan mereka ini adalah pemilik syarikat yang sama merugikan saya dahulu iaitu Etika Emas (kes masih berjalan di BNM,jika tak percaya boleh check).Namun kali ini ia muncul berwajah baru dan mereka -mereka yang terlibat dengan Etika Emas berselindung di balik tabir dan menggunakan orang lain untuk meneruskan rancangan mereka mengaut keuntungan besar dengan cara guna ar rahnu ini.
Ingin tahu tentang Etika Emas?Anda boleh baca di sini :
http://jutawangold.com/artikel/pengalaman-dengan-skim-pelaburan-emas-part-1.html
Ada 3 bahagian semuanya.InsyaAllah jika anda berniat nak tahu perkara sebenar,pasti anda akan baca.
Berikut pula sedutan dari artikel saya yang bertajuk 7 Jangan Dalam Simpanan Emas:
2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Sila klik sini jika ingin membaca artikel yang penuh mengenai perkara yang perlu anda elakkan dalam simpanan emas ini:
http://jutawangold.com/artikel/7-jangan-dalam-simpanan-emas.html
Saya telah pun memberi anda link yang harus anda baca ,di mana bagi setiap artikel akan ada cadangan artikel lain yang berkaitan,maka mudahla anda membuat sedikit pembacaan dan kajian sebelum tersalah langkah.
Diana kaya kerana emas
![]() |
SEJAK dua tahun lepas, Diana Rafar menumpukan perhatian kepada perniagaan emas yang memberikan pendapatan lumayan.
|
RAMAI yang menyangka sejak melahirkan anak sulung, Kashfi Haiqal, pada 29 Oktober 2010, pelakon Diana Rafar sudah tidak aktif berlakon.
Sebenarnya, pelakon utama filem Susuk itu masih meneruskan kerjaya sebagai pelakon yang diladeni sejak 1988.
Kata Diana atau Adiana Abdul Rafar, 30, sejak ada anak, kegiatannya sebagai pelakon agak terbatas kerana dia perlu mengutamakan keluarga.
“Diana tidak boleh tinggalkan anak lama sebab masih menyusu badan. Kalau ada tawaran berlakon yang waktu penggambarannya singkat, pasti Diana terima.
“Lainlah kalau ada produksi yang boleh bertolak ansur, sudah pasti Diana terima tawaran itu. Bagi Diana, sekarang ini keluarga lebih utama. Kalau tidak berlakon, Diana tetap sibuk menguruskan spa dan memenuhi undangan persembahan nyanyian bersama kakak, Linda Rafar,” katanya ketika ditemui di D’Lugano Spa, Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.
Menurut anak bongsu dari enam beradik itu, dia tidak menyesal menolak banyak tawaran kerana telah menemui satu bidang baru yang lebih menguntungkan, iaitu menjadi ejen menjual kepingan emas.
Sebagai ejen menjual kepingan emas 999.9 dengan syarikat pembekal Serambi Emas, Diana memberitahu, dia tidak memerlukan masa yang lama di sesuatu tempat memandangkan pekerjaan itu mampu mendatangkan hasil yang lumayan.
“Kalau berlakon, Diana kena tinggalkan anak di rumah. Bila buat jualan emas begini, boleh bawa anak bersama. Adalah menjadi hasrat Diana untuk berkongsi rezeki ini dengan orang lain kerana perniagaan ini sudah lama beroperasi, cuma orang kita sahaja yang tidak sedar,” katanya bersungguh-sungguh.
Menurut Diana, sudah dua tahun dia menjadi ejen menjual kepingan emas dan pulangan yang diperoleh amat lumayan sehinggakan sekarang ini menjadi terlalu memilih untuk berlakon.
“Sekarang Diana sudah temui satu bidang baru yang memberi pendapatan berlipat ganda daripada berlakon. Jadi buat masa sekarang, Diana tumpukan perhatian pada perniagaan emas ini.
“Dulu memang Diana kena cari pelanggan dan menerangkan apa kelebihan kalau kita membeli emas. Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang mencari Diana pula untuk menceburi bidang ini,” katanya.
Menurut Diana, dia ingin mengubah pendirian masyarakat Melayu agar tidak menjadikan emas sekadar hiasan diri semata-mata tetapi sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Harga emas sentiasa naik mengikut pasaran semasa dan emas yang dibeli itu boleh disimpan sendiri atau di bank melalui sistem Ar-Rahnu.
“Kalau emas itu disimpan di rumah, pembeli tidak akan mendapat sebarang keuntungan melainkan kena jual emas itu.
“Di Serambi Emas pelanggan boleh membeli melalui sistem Ar-Rahnu di mana mereka boleh membayar 35 peratus daripada nilai sebenar dan bakinya akan dibiayai Ar-Rahnu,” terangnya lancar.
Tambah Diana, selepas membayar secara ansuran kepada Ar-Rahnu, emas berkenaan akan menjadi hak milik pembeli dan mereka yang terbabit dengan perniagaan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan.
Katanya, perniagaan emas yang dilakukannya bukanlah sistem jualan langsung tapi sebagai persediaan masa depan
Malah, dia sanggup turun padang untuk memberi penerangan pada sesiapa yang ingin menambah pendapatan dengan cara ini.
Lantaran seronok mengendalikan perniagaan jual beli emas itu, kini Diana menjadi seorang pemilih dalam bidang lakonan.
“Bukan Diana nak berhenti berlakon, cuma kurangkan sedikit. Lagipun sudah lama Diana berlakon, sekarang ini masanya untuk tumpu pada keluarga.
“Disebabkan anak masih menyusu badan, Diana tidak boleh terima tawaran berlakon yang lama sebab kasihan pada anak. Lainlah kalau watak yang diberi benar-benar menarik perhatian, Diana akan fikir dua kali,” katanya tersenyum.
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Sumber :Utusan Malaysia,25 /02/2012
Ulasan saya :
1.Dia mendakwa mendapat hasil yang lumayan,apa tidaknya,syarikat ini boleh mendapat stok emas yang murah dan dijual kepada anda mengikut harga semasa yang mahal.Setiap pelanggan yang diperkenalkan,imbuhan yang besar menanti agennya.
2.Harga emas sentiasa naik?Harap selepas ni boleh buat kajian sedikit,jangan beri janji manis sahaja “harga emas sentiasa naik”
Jangka masa panjang ye,tapi secara keseluruhannya ada juga masa harga emas turun dan ada tahun yang tak naik banyak pun ada.Anda perlu ada ilmu yang betul supaya tahu apa nak buat jika harga emas tak naik.Penyimpan emas yang berilmu tidak akan mengharapkan harga emas naik sahaja.
3.Ar rahnu bukan perniaagaan,ia tempat untuk memajak emas kita bila ada keperluan.Slogan mereka pun sudah jelas salah.Janganlah jadi orang yang mudah terpengaruh dengan kata-kata manis dan menjanjikan kekayaan/keuntungan tanpa mencari ilmu berkaitan bidang ini.
4.Beli emas dengan mereka,anda mendapat pinjaman dari ar rahnu (of course kena bayar balik,nama pun pinjaman),dan dengan duit yang anda dapat,anda serah kepada agen,mereka dapat untung,apa yang anda dapat?
i.Emas berada di ar rahnu (ada plan bila nak tebus,bayaran bulanan dan lain-lain?)
Orang lain beli emas dapat emas,anda beli emas dapat surat pajak
ii.Upah simpan yang nak kena bayar bulan2,jadi kat mana untungnya kalau duk bayar upah simpan tak habis2?
Ada kira semua kos-kos ni?
iii.Tak kena cara,emas terlelong,apa pun anda tak dapat.35% lebur begitu sahaja tak termasuk kos-kos yang telah disebutkan di atas.
5.”Kalau emas disimpan di rumah,pembeli tidak mendapat sebarang keuntungan melainkan dengan jual emas itu”katanya.
Kalau macam tu simpan di ar rahnu siapa yang untung?Agen dah dapat terus untungnya,anda yang kena fikirkan macam mana nak settlekan pinjaman ar rahnu tersebut.
Simpanan emas untuk jangka masa panjang,bukan harga naik je fikir nak jual.Baca balik artikel saya mengenai perbezaan di antara simpanan dan pelaburan emas.
Jadilah penyimpan emas,dan jangan pula terjebak dengan “peleburan emas”.
Belilah emas dengan ilmu.
Bagi saya,lebih baik membeli mengikut kemampuan dan pegang walaupun 1 gram emas di tangan daripada beli 100g emas tapi ada di ar rahnu,bukan di tangan pemilik.Kembali pada point utama-sistem ini tidak boleh dalam Islam,jangan percaya cakap saya,tanya sendiri dengan yang lebih arif ,adil dan telus menyampaikan kebenaran.
assalammualaikum dan salam sejahtera..
sedih bila selesai membaca artikel tuan yang jelasnya (pada pandangan saya) berbaur amarah yg mungkin berpunca dari hasad. saya terpanggil utk memberikan sedikit komen di sini kerana
1) saya sendiri adalah seorang pelabur dan
2) wajib bagi saya untuk mengelakkan fitnah (maaf kalau bunyinya agak kasar tapi itulah kenyataannya) sebab, pembaca atau sesiapapun yg membaca artikel saudara ini boleh tertipu dengan provokasi tak berasas ini.. mudah2an selepas ini bersainglah secara profesional, bukan saling menjatuhkan sesama kita…biarlah bermoral.. kenapa perlu ada hasad sesama bangsa?
pada pandangan saya, idea serambi emas adalah sangat menarik dan saya mula melabur pada awal tahun 2011 dimana harga jualan serambi emas ketika itu adalah rm168.00 segram. sebelum melabur lagi, saya telah diperjelaskan dengan terperinci segala pro dan kontra mahupun risiko dan inilah yang sangat saya sanjung kerana kebanyakkan peniaga hanya menjanjikan bulan dan bintang tapi menyorokkan risiko yang patut diberitakan kepada pembeli.
wakil serambi emas ketika itu dengan hormat bertanyakan berapa kemampuan saya dan kemampuan saya bertahan untuk membayar upah simpan… alhamdulillah, sememangnya saya mampu untuk membayar upah simpan sebanyak 3 kilo emas (saya cuma bermodalkan rm168,000 – harga untuk sekilo emas kalau saya membeli tunai ketika itu)
jika di lihat pada riak saudara yg katanya sangat luas berpengalaman dalam pernigaan emas.. saya harap biarlah kepandaian itu ada disertakan sedikit kepandaian matematik.. cuba saudara kira balik jumlah upah simpan yang dikenakan, kalikan setahun… berapa jumlahnya?
cuma 9 peratus setahun dan sebagai pakar dlm perniagaan emas (wallahhualam) … berapakah jumlah kenaikan emas secara purata tahunan? kira paling buruk la… 27 peratus!! tolak 9 peratus.. berbaki tak? hidup jangan tamak dan yg paling mustahak, buangkan hasad ketika memberi ilmu sebab kepada orang yang tak tahu siapa dan apa matlamat saudara, ia telah menjadi fitnah (nauzubillah himinzalik)
berbalik kepada pengalaman saya tadi… ditakddirkan Allah… saya untung besar sebelum raya tahun lepas dan alhamdulillah… saya dapat berzakat lebih pada tahun tersebut dan dengan keuntungan yang saya dapati, bukan setakat upah simpan untuk setahun lagi, saya juga mampu mengurangkan kadar pokok pembiayaan yang diambil terdahulu yang secara langsung telah mengurangkan jumlah upah simpan yang perlu saya bayar..
sebaliknya…
andaikan saya membeli ikut kemampuan ketika itu, simpan di rumah, bila naik harga JUAL? JUAL PADA ORANG MACAM SAUDARA?.. peniaga emas?…. dikenakan susut nilai gedebak gedebuk tak berapa sen yang tinggal.. yang senang siapa? lepas tu nak beli lagi emas berapa pulak harganya? itu belum cerita risiko org2 yang beli dan simpan di rumah… nak g memerut pun jadi masaalah, jangankan nak tinggalkan rumah pergi bercuti..
kalau nawaitu utk pelaburan.. biarlah pokok tu (emas) dikebun.. ada orang jaga, berinsuran.. siap air-cond lagi… takkan upah yak payah bayar kot? ibarat tokey tak bayar komisyen sdara? tentu bengangkan… sama la dengan upah simpan di ar rahnu.. cukup masa (kenaikan harga emas) tuai hasil.. pokok di kekalkan atau diTAMBAH… bukan tebang pokok yg elok berbuah (jual emas pada ah chong)
idea yang baik sepatutnya dihormati. mahupun datangnya dari orang yang bersaing dengan kita, kalau tak malu, pakai la tapi kalau malu nak tiru janganlah pila dihina atau lebih buruk lagi, hingga menimbulkan fitnah!
berkenaan dengan hukum membeli emas secara hutang… sememangnya haram tapi hanya pada ayat yang saudar gunakan lerr…
cubalah dapatkan fatwa yang betul… satu permintaan saya.. bezakan antara pinjaman dan pembiayaan! Ejaan pun berbeza, inikan maknanya… jauh bezanya dan kalau saudara ada pendidikan (tinggi sikit) dalam bab ugama, khususnya bidang syariah atau masih mahu mengakui kelemahan sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, tidak meninggi diri dan masih mahu belajar demi mendapat kebenaran.. carilah jawapannya sendiri, sebab sebagai seorang islam dan alhamdulillah tamat mengaji di al azhar.. saya faham dan yakin dengan ilmu yang saya pelajari.. nasihat saya kepada saudara… janganlah jadi orang yang sesat dan menyesatkan.. nauzubillahhiminzalik! (semuga saudara mendapat keampunan Allah)
link dalam malaysia.. (harap saudara tak pulak nanti kata orang kat org kat jabatan ugama tak tau pasal ugama… merendah diri la… akui kekurangan diri… tak perlu malu..
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-urus-niaga-jual-beli-emas-secara-ansuran-hutang
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas
untuk merungsingkan saudara lagi dan para pembaca yang terburu-buru mengatakn saudara betul sebelum ini pula… cuba bayangkan makan-minum dan sebagainya bagi orang yang menggunakan kad kredit.. ITU baru betul2 HUTANG!
wallahhualam!
senyum…tak perlu kata apa2…. 🙂
Tengku amir kena face to face ni baru senang sikit nak terangkan. Bukan 9% tu. Cuba kira balik. Sepatutnya 12% setahun, ni ikut rate agrobank. tu belum kira spread emas lagi.
Tentang bersaing secara professional, saya tengok sendiri masa serambi emas mula-mula start. Saya tak pasti boss ke orang-orang kanan dia, masuk page orang fb lain kutuk-kutuk syarikat pelaburan emas yang lain. Kutuk tu satu hal, mencarut lagi.
Anyway, good luck. Saya sendiri dah cuba teknik pajak ni. Lepas tu terus stop.
Salam…
Pembelian emas secara ansuran/hutang tidak digalakkan…tp x berdosa. Persoalan yg ditimbulkan di sini, bkn pembelian secara hutang/ansuran, tetapi EMAS YG MASIH BELUM MENJADI MILIK SAH KITA (ORANG ISLAM) ADALAH HARAM DIPAJAKKAN! Pahamkan betol2 ayat ni…bukan PEMBELIAN EMAS SECARA HUTANG/ANSURAN ADALAH HARAM! Jgn samakan emas dgn rumah, kereta, kad kredit & lain2 brg keperluan rumah. Emas & perak disebut dlm Al-Quran…tu sbb logam ni istimewa. Next time, pahamkan dulu maksud yg nak disampaikn di sini.
Berbalik kpd ayat saudara mengenai hasad dengki, busuk hati dll ayat yg seumpamanya…tgk balik sape yg mempunyai sifat2 mcm tu. Kalu saudara x percaya, bukak la Facebook Serambi Emas. Dgn ayat yg sungguh menjelikkan…dgn maki hamun, sumpah seranah, suka2 ati mak bapak dia panggil SI KITOL, KADER ORG KAFIR dsbnya…adakah itu sifat mulia seorang Islam? Mgkn dealer SE lain x mcm tu…tp kalu dah admin FB tu sendiri mcm tu, ape cer??
Mengenai link e-fatwa tu, saudara paham BM atau x? Kalu x paham, sy nak tlg terjemahkan dlm mana2 bahasa yg saudara paham. Sy paste kat sini…
Fatwa Mengenai Urus Niaga Jual Beli Emas Secara Ansuran / Hutang
Keputusan:
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
Alhamdullillah fatwanya :
” Urusniaga jual beli emas secara ansuran atau hutang yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) adalah harus mengikut hukum syara’ “.
Fatwa ni mengenai pembelian secara ansuran/hutang ke mengenai pajakan emas yg belum sempurna pemilikan?? Pahamkan betol2…topik di atas mengenai PAJAKAN EMAS YG MASIH BELUM SEMPURNA PEMILIKAN. Saudara paham x maksud BELUM SEMPURNA PEMILIKAN? Kalu x paham, mai sini sy huraikan.
Situasi 1:
Saudara pegi ke kedai emas Habib, nak belikan isteri gelang tgn. Gelang yg berkenan bernilai lbh krg RM2,500. Saudara belikan secara tunai (byr cash). Kemudian ada mslh yg timbul n saudara perlu memajak gelang tersebut. Kat sini cuba saudara pikirkan. Dah sempurna pemilikan ke belum? Agak2 jek…betol/salah xda org nak ketuk pala. Guna logik akal….kalu dah dibayar kpd Habib langsai RM2500, pemilikan dah sempurna. Xda sbrg halangan saudara nak pajakkan. Dah tentu emas tu dah milik saudara. Nmpk sgt saudara x laksanakan AKAD semasa proses memajak tu. Saudara baca x akad yg tertulis kat kertas pajak tu? Kalu saudara baca, saudara nilaikan sendiri emas yg saudara pajak tu dah milik saudara ke belum.
Situasi 2:
Sama mcm atas, cuma saudara byr guna kad kredit. Dah sempurna milik belum? Kalu ikutkan mcm di atas, seolah2 dah sempurna. Tp saudara byr guna kad kredit. Hukumnya harus spt yg termaktub dlm e-fatwa yg saudara bg link tu. Tp dah jd pemilikan saudara ke sbb saudara x abeh byr lg? Kalu saudara dah setelkan abeh kad tu, ok le..sempurna pemilikan saudara.
Situasi 3:
Sama mcm di atas, cuma bkn Habib jek. Mak Cik Kiah kat kg yg jual gelang tu. Mak Cik Kiah ckp, bleh byr ansuran 6 bln. Sbln lbh krg RM420…1 bln, 2 bln, 3 bln…msk bln ke 4 tibe2 nak guna duit n nak pajak. Dah sempurna belum pemilikan gelang tu?
Ni sy bg situasi ni, saudara paham ke x? Ke saudara ttp nak gunakan e-fatwa mengenai pembelian secara hutang/ansuran tu? Pembelian secara hutang/ansuran x salah. Hukumnya HARUS…tp yg HARAM di sini adalah MEMAJAK EMAS YG MASIH BELUM SEMPURNA PEMILIKAN. Bezakan betol2 ye…hukum ni jgn dibuat main2. Sy tau tokey besar SE dok canang e-fatwa yg sama mcm saudara bg n dok compare dgn loan keta, umah, kad kredit etc…saudara bleh bezakan x antara benda2 yg sy sebutkan tu dgn EMAS? Kalu saudara rasa semua tu sama jek, lbh baik saudara bermunajat sebentar n mtk petunjuk. Saudara dah termakan umpan & godaan syaitan (sy x kata SE tu syaitan). Kite sbg manusia ni adalah lemah dr segala segi…jgn disebabkan sesuatu perkara, hukum hakam diketepikan.
Mtk maaf la ye kalu sy ada sakitkan ati. Tp tu la realitinya. Saudara bukak n tgk blk ayat2 dlm FB SE tu. Saudara nilaikan sendiri sape yg suka menjatuhkan org lain & mempunyai hasad dengki. Saudara nilaikan sendiri…kalu la CikguSimple ni mmg pendengki orgnya, hati busuk etc…sy x tau la sbb sy pon x penah jumpa n kenal orgnya. Sy reply atas apa yg sy tahu n sy wajib berkongsi dgn org lain (terutamanya Islam) walaupun dgn sepotong ayat.
Sy harap saudara bwk berbincang…cari mana2 ahli agama/ustaz dsbnya. Tanya blk hukum PAJAKAN EMAS YG BELUM SEMPURNA PEMILIKANNYA. Bkn hukum jual beli emas secara hutang/ansuran…pahamkan tajuk tu dulu sblm dibawa jumpa sape2. Jgn malu bertanya…tanya org yg berilmu, diakui keilmuannya. Bkn org yg berurusniaga menggunakan hukum hakam/ayat Al-Quran…tp kata2 lg teruk & hina dr binatang. Sy mtk maaf kalu ayat kureng skit…tp saudara tgk sebaik mgkn kat FB si SE tu. Mgkn salah k/tgn dia yg buat. Tp kalu dah org bwh mcm tu, org atas lbh krg jek… jgn dibalahkan di sini. Saudara rujuk kpd mana2 ahli agama, jdkan panduan utk diri sendiri. Sy sekadar menyampaikan apa yg perlu n sy x back-up sape2. Wallahualam…
Salam, tahniah pada saudara kerana cuba untuk menyedarkan masyarakat. Saya masih baru dalam industri emas nie tapi alhamdunillah saya dapat hidu ramai yang menyalahgunakan sistem Ar Rahnu. Seperti yang saudara bgtaw, Ar Rahnu bukan perniagaan, tetapi ramai yang menjadikannya sebagai perniagaan terutama syarikat2 emas. Contoh ada kejadian yang berlaku di depan saya di mana seorang ejen syarikat menawarkan 160g emas dengan harga RM10K. Saya tak nampak kebaikkan perkara nie coz saya percaya lama-lama emas tur akan kena lelong oleh bank gak. Pada saya ejen memainkan peranan penting dalam pelaburan emas nie manakala syarikat yang melantik ejen perlulah memberi ilmu yang benar kepada ejen tersebut.
Salam..terima kasih tuan..smoga agen2 menjual emas lpas ni lbh berhati-hati mnjual emas…jgn fikirkan keuntungan semata-mata…tnpa memikirkan risiko buyer
hati-hati tuan, sekarang ni macam-macam bentuk penipuan, ada tu beli emas tapi kata share syarikat perlombongan emas, langsung tak nampak emas, point kat dalam internet je, haru kalau syarikat tutup,pelik tapi benar…
Salam,
Isu pembelian emas secara ansuran bleh dirujuk disini…
http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html
Semoga bermanfaat artikel ini utk kita..
Diharapkan selepas ini jgn la ade lg yg menghalalkan yg haram dan memgharamkan yg halal..
opss nama sama pulak….sy pun xd la ilmu sangat tentang pelaburan emas ni,cumanyer sy sokong(sy bekerja di bidang ar rahnu)..ar rahnu bukanlah perniagaan…ramai org telah dimomokkan untuk beli emas kemudian gadai semula di arrahnu..dh gadai,dpt duit beli lg emas…tp adakah org2 itu terfikir akan upah simpan yg dikenakan oleh pihak bank..kesian kan org2 itu…kadang sy serbasalah utk menerangkan kepada pelanggan sy yg dtg menggadai…niat mereka btl utk menyimpan emas…tapi sayangnye konsep salah..
nama sama ek..kembar nama la kita ni..thanks atas perkongsian..pegawai ar rahnu yg pertama komen di sini..:)
…knp ar rahnu ditubuhkan?
sbb utama nak bantu masyarakat…nak elak riba(konvensional),nak bantu peniaga2 kecil-kecilan..makcik2 yg niaga tepi jalan nun..nak bantu org2 yg terdesak(seperti sy juge hehehe)..
mereka-mereka ni nk wat loan bank..mmg idak laa bank nk lepas kan..kalau semua org berfikiran macam tu…ar rahnu pun xleh nk berkembang,pembiayaan disekat…kesian la makcik2 yg xberkaitan dgn pelaburan emas ni…mana lagi depa nak p kalau bukan ar rahnu…makcik-makcik ni lg bgs tau,dpt untung tebus…xde modal,gadai semula(ni biase berlaku di pantai timur,sbb tu org pmpn made kelate ni byk emas n xmalu tuk menggadai hehehe)….
kalau yg invest melalui ar rahnu tu bagaimana pula(nk kaya jugak)…kalau boleh untung nak jugak lah…..
bile harga emas naik..OL..surat cukup tempoh matang perlu tukar surat…jika masa tukar surat harga emas NAIK(sekiranya harga emas tinggi beza sampai rm20-50/g,KALAU BEZA RM5-10/g xmungkin boleh OL still kena topap sikit)..allhamdulilla..boleh OL,tidak perlu bayar ape2,+upah simpan cover dalam OL..(tapi YEKE…kite ni bile OL sedapppp je kan…tapi xsedar.. BILE OL,BERMAKSUD HUTANG BERTAMBAH!!!)
tu citer harga emas tinggi..kalau harga emas rendah..custmr kena cover semula pinjaman yg dibuat…contoh…dulu die gadai barang tu boleh lah dapat 5k…bile tukar surat .. barang yg sama dapat 3k sahaja..jadinya kena topap lagi 2k+upahsimpan..bile xdapat tebus or kena bayar lebih untuk tukar surat….kami jugaaa kena hamun….yg berhutang ni sape????….
SEBABNYER APE…mentaliti…hanya nmpk pada harga emas naik….risiko rega emas turun tidak pulak di fikir…bile barang kena lelong merayu2 minta hold..setiap syarikat tertakluk pada syarat2..bile xtolong,mula ungkit..ni la melayu sama melayu xnak tolong…haduii…masalahnya..org yg salahguna konsep ar rahnu..
Ape hukumnyer yea..beli barang emas,masuk ar rahnu…dapat duit…beli lagi emas…mohon pencerahan…sy betul2 nak tahu hukumnye…
When i read this article i was wondering why we are always investing before doing research either profit or loss. Exactly same as what Cik Kiah say, Cik. Kiah have experience in Ar Rahnu because she worked there. I was not brilliant scholars in the field of religion. But what I’m saying here is going to profit/loss in respect of investment in gold by using method of pawn.
Until now I still do not understand why people still say gold investment through leasing more profitable. We may be a little profit if the price of gold rises but we need to consider the cost of store in Ar Rahnu. Compared to our own store is more profitable at 20% per annum if we buy cheap price that time. Why not Tengku Amir do the calculation to check either profit or loss, the average increment of gold is 20% per annum (the fact). We do not know when the highest price and lowest. We can only do the prediction, is good we take the average to calculate profit and loss. Safekeeping fee is 12% per year so 20% less 12% our profit is only 8% a year. If you purchase by credit the cost is double. May be this is simple calculation but enough to show we are loss. I have done my simulation calculation with these method the conclusion is we are loss. One more thing we must remember, the price of gold increase because currency inflation besides of demand and supply gold. We need to look at history of gold to know more about gold.
I know there are people using the concept of property investment for the gold to gain more profit because gold is a partial asset but actually investing in property is totally different with gold investment. Actually a lot of thing I want to write here to give explanation about investment but i have not enough time to do that. My advice please do your study/research with fact before your involve in this investment. If you have already involve in this method like Tengku Amir just go on and see either you get profit or loss. Experience is the best teacher for us don’t give up if you loss.