Sudahkah anda menyimpan silver?Baca dahulu…

Sudahkah anda mulakan simpanan emas anda?Jika belum,anda harus mulakannya sekarang.Sila baca post saya yang terdahulu.Apa yang saya hendak sentuh hari ini,bukan tentang emas.Ya..silver atau dalam bahasa melayu dipanggil perak.

Dahulu semasa mula-mula saya menyimpan emas,kali pertama ambil stok,saya melihat seorang wanita berumur yang membeli berkilo-kilo perak Public Gold.Pada waktu itu saya terfikir,apa istimewanya perak ini?Saya cuba bertanya staf PG,dan beliau bercerita secara ringkas.Katanya perak juga ada potensi macam emas,dari segi keuntungannya.Beliau juga mengatakan ada seminar PG tentang perak.Kebanyakkannya orang cina yang suka hadir dan mereka antara yang terbanyak beli perak.Mungkin kerana pada zaman dahulu orang cina menggunakan perak sebagai matawang dan dengar cerita mereka yakin ia akan kembali sebagai matawang.

Inikan pula kita yang beragama Islam ini.Terang-terang semasa zaman nabi dahulu dinar (emas) dan dirham (perak) telah digunakan dan kita sebagai orang Islam harus menyokong usaha pihak-pihak tertentu yang sedang berusaha untuk mengembalikan matawang Islam ini.Harap anda dapat menambah info di menu Dinar dan Dirham di web ini untuk kefahaman yang lebih jelas.

Masa terus berlalu,saya tak sempat nak kaji tentang perak pada waktu itu kerana sibuk dengan perniagaan emas yang baru bermula.Namun hujung tahun lepas,saya amat terkejut melihat harga perak yang naik mendadak juga.Modal kecil,tapi untungnya melebihi emas!

Nampaknya saya tidak ada masa untuk mengkaji,sebaliknya saya nekad untuk terus beli.Saya tempah silver bar PG 1kg berharga rm3900+ kerana geram dengan kenaikan harganya.Waktu saya beli harga perak lebih mahal sedikit kerana beberapa minggu selepas itu harga turun.Saya tak kisah sebab saya ingin simpan lama.Sebenarnya kalau saya tunggu sehingga CNY (chinesse new year) saya boleh dapat harga 1kg silver bar PG rm3700.Tapi kalau saya tunggu,mungkin wang pula tak ada masa itu..hehe.Bukan mudah untuk meramalkan harga emas dan perak ini.Cuma saya sudah hafal beberapa trend harga emas dan perak ini.Saya juga sempat mengikuti info tentang perak di kitco.com.Alangkah terkejutnya melihat keterujaan mat salleh kepada silver yang menyamai emas.Tahun lepas kenaikan perak ialah 50%-70% (tak pasti yang mana lebih tepat).Emas pula kenaikannya tahun lepas 30%.

Silver bar PG 1kg yang pertama
Silver bar PG 1kg yang pertama

Kini harga silver bar PG  1kg yang saya beli sudah mencecah rm4700+.Saya sudah untung hampir rm800 tak sampai 3 bulan bersamaan lebih kurang 20%.Sangat jauh sekali dengan menyimpan wang di ASB atau UT.Inilah sebab saya memilih emas dan perak sebagai simpanan.Tapi awas!Jangan menjangkakan emas dan perak menaik sahaja harganya.Bersedialah jika harga kedua komoditi ini menurun,namun sejarah membuktikan,yang turun akan naik.Ini kerana emas dan perak mempunyai permintaan sepanjang masa disebabkan sifatnya yang kalis inflasi dan penyimpan nilai yang baik.Pelabur yang bijak akan mengambil peluang untuk menambah stok emas dan perak semasa harga menjunam.Ini yang menyebabkan harga emas naik semula.

Memilih Pelaburan Terbaik  Silver

Jadi, anda ingin pelaburan terbaik? . Perak secara tradisional kurang diberi perhatian berbanding logam lain. Dari semua logam, perak  antara logam yang  mungkin mempunyai bekalan terbaik dan fundamental permintaan – dan para pelabur  berharap harga perak  akan terus meningkat, setelah emas mengungguli selama beberapa 10 tahun  terakhir. Pertanyaannya adalah: Apakah strategi pelaburan perak yang terbaik?

Sebenarnya ada dua pilihan bagi pelabur perak. Anda boleh memilih untuk perak sendiri secara fizikal, sama ada dalam bentuk bar atau koin atau membeli saham di bursa tersenarai.

Jadi  Perak Yang Mana Pelaburan Terbaik?

Baik dari dua pilihan yang disebutkan di atas – perak  fizikal antara pilihan yang terbaik.Anda menyimpan perak dan secara tak langsung melabur dalam perak kerana anda mempunyai kawalan ke atas perak yang anda miliki.Maksud saya,anda mempunyai peluang untuk menjualnya jika mahukan keuntungan dari perubahan harga perak.

Selepas membeli silver bar PG,saya juga ada beli bar jenis lain seperti kitco bar,silvertown,bar kasih,koin dari us dan rusia dan juga dirham kulim serta dirham kelantan(sila lihat di menu “Koleksi Gambar”.Selain bar PG yang lain lebih kepada koleksi dan kerana minat nak kumpul perak pelbagai jenis.Namun kini saya memfokuskan kepada pelaburan perak  yang ada ‘buyback’ dengan harga menarik.

Belilah perak yang ada ‘buyback’ dan spread yang rendah.Setakat ini syarikat Public Gold antara syarikat yang menawarkan pilihan silver bar dengan harga terbaik dan spread yang rendah.Mereka juga memberi jaminan beli balik produk mereka,selain anda mempunyai pilihan untuk menjual kepada dealer-dealer seluruh Malaysia.Produk PG memang antara yang paling mudah dicairkan.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menambah stok silver bar PG saya dengan menempah 250g x 2 pcs semalam dengan harga rm1174 seunit.Satu dengan cara bayaran tunai dan satu lagi dengan cara EPP.


Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge