Salam…
Sudah agak lama saya ingin menulis artikel ini.Mungkin saya tidak dapat cerita kesemuanya,maka saya cerita yang paling saya rasa nak luahkan pada masa ini.Mungkin ada yang sudah tahu,bagaimana saya bermula dalam perniagaan emas ini terutamanya yang mengikuti saya di sebuah forum dari awal lagi.Ini hanya sebahagian sahaja dari suka duka saya sepanjang meniaga emas secara online hampir 90%.
Satu malam yang telah mengubah diri saya dari penyimpan emas kepada peniaga emas!
Saya menjadi dealer dahulu hanyalah niat untuk simpanan sendiri,dalam masa yang sama terfikir mana tahu satu hari nanti saya boleh meniaga.Untuk pengetahuan semua,saya memang tak pandai berniaga dan tak pernah meniaga apa-apa.
Selepas saya dan suami membeli emas dan mendaftar sebagai dealer,sebulan kami tak buat apa-apa pun,tapi dalam tempoh tersebut,saya merasa amat teruja untuk tahu lebih lagi tentang emas.Sehinggalah saya terjumpa forum Carigold.com,dan menjadi ahli.Sebelum ini saya hanya jadi “guest” dan silent reader di situ,itupun kadang-kadang sahaja.Saya buka thread yang pertama “Pengalaman dengan Emas A to Z”.Ketika itu hanya ada 38 thread emas dibuka disitu,yang pastinya sudah bertahun dan pengunjung section tersebut juga amat kurang.
Kehadiran thread saya telah berjaya menarik perhatian ramai pembaca dan biasalah,dalam forum ada yang sependapat dan tak kurang yang mengondem dengan cara yang kurang sesuai.Namun saya terus berkongsi ilmu di situ.Tak sangka sambutan amat menggalakan dan pm saya asyik penuh sahaja.Ada yang marah sebab saya tak balas pm mereka pun ada walhal memang saya tak terima kerana mesej dah penuh dan tak sempat nak padam kadang-kadang.
Saya melakukan marketing melalui forum tanpa saya sedar pada waktu itu.
Akhirnya section gold di situ menjadi semakin meriah dan saya pun dapat ramai kenalan yang terdiri dari forumer di situ.Dalam masa 2 bulan lebih,sedar tak sedar ramai yang menjadi pelanggan dan dealer kami.Suami saya juga layak bergelar Master Dealer Public Gold atas jualan yang memberangsangkan.Jika kita fokuskan untuk educate orang ramai tentang emas dan cuba ikhlaskan hati,insyaAllah rezeki akan datang.Saya tetap berkongsi dalam thread tersebut dan tak kisah sama ada orang baca atau pun tidak.
Maybe ilmu itu tidak berguna kepada si A tapi berguna untuk si B.Antara prinsip yang saya pegang,saya ada ilmu sikit,saya kongsi sikit,ada banyak kongsi banyak,lama-lama jadi bukit.Kalau nak tunggu saya berjaya baru nak berkongsi mungkin saya dah tak ada masa agaknya…:)
Tidak semuanya indah,dan tidak semua yang senang dengan pencapaian kita.Inilah cabaran yang saya hadapi satu demi satu.Saya tidak mengatakan yang saya betul dan tak pernah buat salah.Namun tindakan pihak pengurusan forum tersebut memang agak berat sebelah sehinggakan forumer lain pun tak berpuas hati.
Apa yang saya perasan,sejak ada satu thread yang dibuka oleh forumer yang saya tak kenal pun,tajuknya “Dealer emas yang terbaik”,saya mengalami satu demi satu masalah bertimpa.Maybe kebetulan atau tidak,saya redha.Undian dalam thread tersebut menunjukkan saya dealer emas yang terbaik mengalahkan otai2 emas yang lain yang ada di Malaysia.Bagi saya,mungkin ianya pilihan forumer2 tersebut kerana saya amat dekat dengan mereka walaupun yang lain tak kurang hebatnya.Ianya satu penghargaan yang amat bermakna,sekurang-kurangnya mereka yang mengundi menghargai ilmu yang tak seberapa yang saya cuba kongsikan.
Saya tak kisah jika ada yang nak kata saya syok sendiri.Memang saya syok kalau cerita tentang emas. 🙂
Namun kini,”cikgusimple ” di Carigold sudah tiada lagi,yang tinggal hanya kenangan di situ.Apa yang saya kongsikan kali ini kerana ramai yang tertanya-tanya kenapa saya di ban dan mereka juga mendakwa yang saya menggunakan multiple id.Saya dah tiada ruang dan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar dan kebenaran di sana,tapi saya bersyukur kerana masih punya blog picisan ini untuk menceritakan kebenaran.
Antara yang terjadi kepada saya sehinggalah saya dah permanently ban di forum Carigold (kronologi)
-thread saya dipindahkan sesuka hati oleh mod ke section yang tidak berkenaan,contohnya tentang kelas emas tapi ditukarkan ke section forex.thread orang lain tentang silver boleh pula dikekalkan.
-beberapa orang forumer agak marah kerana 2-3 kali thread yang mereka follow dipindahkan,dan memaki mod.Maybe mod yang membaca luahan hati mereka bertambah tidak berpuas hati dengan saya
-saya di ban seminggu tanpa sebab,sedangkan jika orang lain akan diberi infraction /amaran dan sebagainya.Masalahnya saya pun tak tau apa salah saya apatah lagi ketika itu ramai yang bertanya saya kenapa saya kena ban,mereka kata mereka tak nampak apa post saya yang tak kena dengan rules forum itu-saya tiada jawapan
-seterusnya saya di ban sebulan pula,atas sebab yang tidak jelas juga.Memang semakin jelas ada yang tak kena.Patutlah permohonan saya dari mula jadi forumer sehingga tahun lepas untuk upgrade tidak dilayan.Jelas ketidaktelusan di sini.
-tapi saya tetap bersangka baik dan terus berforum seperti biasa.Antara thread saya yang pernah mendapat tempat di sana “pengalaman dengan emas part 2″,”sebab perlu simpan emas bukan wang kertas” ,”masa untuk membeli emas” dan yang terkini “akaun simpanan emas haram,sejauh mana anda peduli ” ,”
7 Jangan dalam simpanan emas “.Saya juga ada membuka kedai online jual emas di section gold market.
Saya juga sempat aktif di section tentang offline bisnes.Bagi yang minat nak tambah ilmu tentang perniagaan,keusahawanan dan marketing rajin-rajinlah godek.Antara thread saya di situ adalah tentang bisnes nangka madu dan beberapa lagi yang lain.
Akhirnya saya telah di ban kerana kesalahan multiple id.Suami saya yang baru mendaftar sebagai ahli dan nak berforum di situ menggunakan netbook saya,tak lama kemudian dikesan sebagai multiple id.Rupanya masalah ini juga terjadi kepada orang lain kerana setting pada sistem begitu.Saya cuba bersangka baik dan teruskan hidup macam biasa walaupun dulu saya akan masuk Carigold pada setiap hari.
Penjelasan saya ini bertujuan agar tiada salah faham lagi selepas ini.Saya juga harap tiada pihak yang mengambil kesempatan dan membuat cerita bukan-bukan.Bayangkan ada pelanggan yang menyangkakan saya adalah “scammer” sebab itu di ban.Maybe ini perkara kecil bagi sesetengah orang lain,tapi tidak bagi saya.Ini kerana saya serius dalam perniagaan emas ini dan tidak mahu disalah erti.
Dan saya juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam soal ini.Cukuplah cerita selebihnya saya simpan.Maybe bagi yang baru mengenali saya dan bukan melalui forum,anda tidak akan faham cerita ini.Saya ingin meneruskan langkah saya dengan tidak menumpang lagi di forum tersebut.Terima kasih atas peluang yang pernah diberikan dan pengalaman agar lebih berhati-hati di lain masa bila berhadapan dengan perkara sebegini.
p/s:Tujuan artikel ini adalah untuk memberi penjelasan sebenar dan tiada unsur memburukkan mana-mana pihak.Harap selepas ini tiada lagi isu-isu lain yang timbul kerana cikgusimple di CG (carigold) telah tutup bukunya di sana dan akan muncul dengan sebuah blog sendiri.
Pengumuman :
Seminar Emas akan diadakan seperti berikut :
Seminar emas pelindung kewangan
15 Jan 2012 (Ahad)
Unisel,Shah Alam
8.30pm-11.00pm
Tiada yuran dikenakan.PERCUMA
Sila sms ke 019-9708897 untuk mendaftar.
Taipkan nama anda dan lokasi seminar.Jika lebih,sila hantarkan nama2 yang berkenaan.Tempat adalah terhad.
Gunakan peluang ini untuk menimba ilmu dengan orang yang berpengalaman luas dalam bisnes emas dan dengan pengedar2 emas yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan anda nanti.Jumpa kami di sana.
terima kasih diatas perkongsian di CG.lepas baca 2nd page di 7 JANGAN Dalam Simpanan Emas baru sedar cikgu dah kena banned.
Apa2 pun, teruskan sharing cikgu, blog pun inshallah saya jenguk.
Terima kasih.
terima kasih kembali di atas sokongan..:)
insyaAllah sy akan teruskan berkongsi..ada byk lagi yg akan sy tulis nnt..insyaAllah…
buat msa ni..sy aktif di group fb :gold investor club…jemput join sy dan peminat emas yg lain di sana..