Maaf di atas kelewatan memaklumkan mengenai kos menjadi pengedar sah Goldcrest Pavilion (GCP).Jika sebelum ini saya pernah war-war kan promosi dari GCP sempena ulangtahun yang ke-3,kos jadi dealer adalah RM1k dari 13 Februari – 13 Mei,maka dengan sukacitanya ingin saya maklumkan yang selepas 13 Mei pun masih kekal RM1k sehinggalah polisi syarikat berubah.
Bila-bila masa syarikat boleh mengubah polisi ini dan menambah syarat belian wajib produk GCP.Buat masa ini bagi yang berminat untuk menjadi pengedar hanya perlu bayar RM1k sahaja.
Apa keistimewaan dan faedah yang anda akan dapat dengan bayaran RM1k ?
Boleh rujuk link berikut :
http://jutawangold.com/artikel/13-sebab-mengapa-anda-harus-menjadi-pengedar-gcp.html
Bagaimana untuk mendaftar sebagai pengedar GCP ?
Ikuti langkah mudah berikut :
Cara mendaftar sebagai pengedar Gold CrestPavillion (GCP)
1) Buka website http://gcp.com.my/
2) Klik register dan masukkan nama dan nombor I’d introducer
Nor Fazilah Abd Mohd
Kod agen : ad1325
3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir.
4) Bank in RM1k ke akaun Maybank 505103003954 dan email bukti bayaran sales@gcp.com.my atau sms ke 013-3180447,taipkan nama penuh dan time bank in.
Pendaftaran dan tempahan emas (jika ada) akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat.
Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms.
Untuk memudahkan urusan pendaftaran,anda boleh sms nama penuh dan time bank in anda kepada saya untuk saya follow up.
Tiada syarat belian wajib..
Tiada target sales..
Tiada tamat tempoh keahlian..
Bonus:
Sebaik menjadi pengedar,anda akan layak menerima panduan yang ringkas dan padat untuk membantu anda mengetahui:
– Info awal yang perlu anda tahu sebagai pengedar GCP
-Panduan Ringkas cara membuat tempahan melalui web dan telefon,cara mendaftar dealer,cara menganjurkan seminar
-Koleksi Soalan mengenai GCP
-Notes penerangan mengenai GCP yang boleh anda berikan kepada mereka yang berminat atau untuk tujuan marketing
-Notes Info simpanan emas yang harus anda baca sebagai permulaan
Ada lagi?
Seterusnya anda akan layak mendapat bimbingan dari saya di private group “Rangkaian Dealer Jutawangold” di mana ada banyak lagi info-info berguna untuk dkongsikan,updates news mengenai GCP dan perbincangan dengan dealer-dealer lain.
Anda boleh bertanya saya di group ini,pm atau sms/call hotline 019-9708897.Saya memberikan bimbingan secara online dan offline,tapi saya tidak memberi jaminan kejayaan kepada anda kerana usaha diri sendiri paling penting.Tidak guna saya menyediakan platform yang baik tapi anda tidak menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.Bertanyalah sekiranya tidak faham,tak perlu segan kerana itu adalah tanggungjawab seorang introducer (pengenal).
Siapa yang harus menjadi pengedar GCP?
- Mereka yang ingin berubah dari simpanan wang kertas (susut nilai) kepada simpanan wang yang sebenar iaitu emas (kalis inflasi,tidak susut nilai dan pelindung kewangan)
- Mereka yang ingin menyimpan logam berharga sebagai penyimpan nilai yang baik menggantikan wang kertas yang peranannya cuma sebagai medium of exchange
- Mereka yang ingin membuat simpanan konsisten setiap bulan atau berterusan
- Mereka yang berminat untuk menyimpan sambil meniaga emas dan menjana keuntungan sampingan
- Mereka yang ingin mengelakkan kebocoran kewangan dan ingin belajar bagaimana menarik kekayaan umpama magnet
- Mereka yang ingin lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan dan berbelanja dengan berhemah
- Mereka yang ada kesedaran mengenai hakikat wang kertas dan ada rasa tanggungjawab untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas :
1.Individu yang mempunyai kerja tetap
Tak ada masa nak buat bisnes lain.Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja.Hanya educate orang tentang emas.Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap.Once mereka sudah jelas,memudahkan anda kerana biasanya belian berulang.Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda
2. Individu yang Anti MLM
Tak suka nak cari-cari orang(downline).Jika anda pelabur/penyimpan..simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa.
Jika anda adalah penyimpanmerangkap dealer-amat menyenangkan sebab smua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan.So tak perlu nak cerita panjang-panjang.Kadang-kadang kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM.Macam-macam mereka terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.
Tapi emas?Tak perlu ..kerana semua orang sudah tahu emas berharga..apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar,serta kepentingan emas.Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas )pun perlu dijelaskan.
3.Individu yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan
4.Surirumah
Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.
5.Orang tua atau warga emas
Senang hendak pergi haji atau back up di hari tua.Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.
6.Pekerja swasta tak kirala yang gaji murah atau mahal
Rancang untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik
7.Pelajar atau anak-anak
Sebagai tabungan pendidikan dan insurans.
Ramai pelajar sekarang sudah celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram,hasil berjimat cerma dan kesedaran mengenai emas.
Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil,sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.
8.Individu yang masih bujang.
Terutamanya lelaki,kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama,harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu.Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.
9.Individu yang minat emas.
Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang.Ini sebenarnya tabiat yang baik,tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga,simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.
10.Individu yang ada perancangan meniaga
Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas ,kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda,sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda.
Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas,tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas.Yang pasti ianya hobi yang menguntungkan 🙂
Pendek kata..sesuai untuk semua individu simpanan emas ini.
Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram.Siapa yang ada modal besar..bonus bagi anda.
Namun yang manakah lebih baik..modal kecil tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?
Fikir-fikirkanlah..
Beli emas sebenarnya tak perlu modal,cuma tukarkan simpanan sedia ada anda sebahagiannya dalam bentuk emas.Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut :http://jutawangold.com/artikel/modal-emas-vs-tabungan-emas.html
Kenapa memilih GCP ?
1-Modal kecil
Ramai yang mampu bermula dengan modal serendah RM1k ini untuk mendapatkan harga borong yang murah untuk pengedar
2-Servis mantap dan bersistem
Ramai yang menjadi pengedar GCP secara sambilan sahaja dan tak perlu bersusah payah kerana urusan pembelian dan penghantaran produk diuruskan oleh staff GCP yang mesra dan sedia melayani anda dengan baik.
3-Syarikat bumiputra Islam
Jika kita boleh membeli produk non-muslim dan support mereka,why not support company muslim?Company muslim membayar zakat,untuk apa?Untuk meningkatkan ekonomi orang Islam juga.Asalkan emas,apa2 jenama pun boleh tetapi lebih afdhal kita menyokong syarikat orang Islam terlebih dahulu.
4-Harga pengedar yang murah
Pengedar boleh dikatakan mendapat harga borong dan murah.Produk GCP tiada upah tukang.
5-Kos penghantaran percuma kepada pengedar dan pelanggan
Anda tak perlu ke cawangan ambil stok,prosedurnya mudah,jimat masa dan tenaga.Konsep “Tempah-Bayar-Tunggu” membuatkan ramai pengedar tertarik.
6- Menyediakan bantuan modal
Tertakluk kepada terma dan syarat
7-Perkhimatan selepas jualan
8-Sentiasa ada produk terkini yang menarik dari semasa ke semasa
GCP sentiasa ada kejutan produk dan penambahan produk dari semasa ke semasa.Tidak mustahil nanti,pelbagai design akan muncul maka beruntunglah mereka yang merebut peluang sekarang kerana kos menjadi pengedar pada masa akan datang mungkin lebih tinggi.
9-Insentif pengedar dan insentif bulanan
Pengedar mendapat insentif dealer get dealer,insentif pembelian dan ganjaran dari syarikat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan
10-Seminar percuma
GCP menaja sepenuhnya seminar yang ingin diadakan oleh pengedar.
11-Personal coaching percuma secara online dan offline
Anda berpeluang berkongsi tip,panduan dan pelbagai ilmu simpanan emas,teknik pemasaran,perniagaan bersama dealer-dealer berpengalaman dan CEO GCP sendiri.
12-Bantuan pemasaran di media massa seperti akhbar dan majalah
GCP semakin dikenali kebelakangan ini kerana sering masuk akhbar,dan ramai pengedar yang dapat masuk akhbar secara percuma.Jika inginkan ruang yang lebih,anda cuma perlu keluarkan modal yang minimum dan hasilnya anda juga akan semakin dikenali. 🙂
13- Jaminan beli balik
GCP memberi jaminan beli balik produknya walaupun calar,tergores dan plastik dibuka kerana ia akan dinilai pada berat dan ketulenannya.Sila simpan resit belian anda.
Banyak yang telah saya senaraikan,tapi tidak semuanya anda akan nampak sekarang,ada kelebihan-kelebihan yang hanya dapat dirasai selepas menjadi pengedar.Ia ibarat melalui fasa satu demi satu.Pengalaman melalui praktis amat sukar dicari dan tidak boleh dijual beli-university of life .
Kejayaan juga tak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih.Sebaik anda mengambil langkah menjadi pengedar,anda telah pun berjaya.Definisi kejayaan adalah apa yang anda lakukan sekarang,bukan apa yang anda ada.Berkongsilah info tentang simpanan emas ini dengan niat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,mulakan yang terdekat dengan anda,insyaAllah rezeki akan datang kemudian.
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Riwayat Ibn an-Najjar
terbaek
nice presentation