Temuramah Ceo GCP

Sejarah ringkas Goldcrest Pavillion (GCP)

 

GCP ditubuhkan pada tahun 2009 oleh sepasang suami isteri iaitu Tuan Shamsul Anuar bin Md Ali dan Puan Norliza binti Ngatiman yang merupakan bekas guru yang telah berkhidmat selama 11 tahun.
Bersandarkan pengalaman mendidik modal insan serta kajian yang dilakukan dalam industri emas, beliau telah membuat keputusan untuk bergiat secara sepenuh masa dan memberi peluang perniagaan emas kepada lebih 4500 Bumiputra MUSLIM.

Saya rasa amat bertuah sekali apabila Tuan Shamsul Anuar bagi lampu hijau untuk saya interview untuk dimuatkan di dalam blog. Saya nak kongsikan 3 benda menarik yang saya belajar dari pengalaman interview dengan Tuan Shamsul.

  1. Saya perhatikan yang beliau mementingkan keselamatan. Walaupun punya syarikat emas yang jualannya berjuta setahun, namun tiada signboard besar dengan lampu warna-warni mengatakan “DI SINI JUAL EMAS & PERAK”.
  2. Perlu kreatif menyimpan emas di rumah. Kalau anda tak percaya kepada safe deposit di bank kerana risau ‘bank run’ atau ‘bank holiday’, boleh sahaja simpan emas dan perak di rumah. Tonton video penuh untuk dengar sendiri idea beliau.
  3. Perkara utama asas untuk bina perniagaan ialah wajib bina kepercayaaan terlebih dahulu. Apabila pelanggan percaya, mereka tidak banyak soal kerana yakin dengan servis kita. Tuan Shamsul meraih jualan RM2 juta pertama menjual emas dengan hanya menggunakan blogspot percuma sahaja. http://ikramadi.com/temuramah-bersama-pengasas-goldcrest-pavillion-tuan-shamsul-anuar

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge