Terbeli emas semasa harga mahal..?

Selalu berlaku situasi di mana saya berhadapan dengan pelanggan atau dealer baru yang membuat tempahan emas semasa harga tinggi sedikit.Keesokannya atau beberapa hari selepas tempahan dibuat,harga emas agak rendah sikit berbanding hari sebelumnya.Mula timbul rasa menyesal kerana tempah terlalu awal.Saya pula rasa ‘agak bersalah’ juga bila dengar keluhan tersebut.Saya bukanlah seorang yang cekap menganalisis graf atau menguasai TA.Sekadar tahu yang asas -asas dan sedikit perkaitan sahaja.Saya sendiri asalnya membeli emas ketika saya betul-betul rasa hendak beli,tanpa saya memikirkan harga bakal turun.

Andainya saya mahir TA sekalipun,saya tak mampu nak mengadap graf,mengkaji atau membelek harga emas yang akan turun atau naik.Masa saya cukup terhad,kesibukan dan  komitmen yang penuh membuatkan saya tidak menitikberatkan sangat tentang membeli di waktu yang betul-betul sesuai.Jika saya berkesempatan mengetahui harga emas agak ‘cantik’,ia adalah masa untuk tambah stok sebenarnya.Jangan gusar jika harga emas turun,tambahlah stok jika berkemampuan.Pembeli yang bijak harus tahu apa perlu dibuat semasa harga emas jatuh atau naik.

Memang satu kelebihan kepada mereka yang mahir dalam membuat analisis harga emas (TA).Ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan tempahan emas dari pelanggan dan dealer yang mahir Teknikal Analisis

Graf emas 30 hari
Graf emas 30 hari

,harga emas yang ditempah memang terbaik.Biasanya mereka yang mahir dalam forex amat bijak memilih waktu yang sesuai.

Tahukah anda,jika harga emas jatuh,itu tandanya ia akan naik semula?Ini kerana,apabila harga emas rendah,pembelian akan berlaku dan ia akan mula melonjakkan harga emas sedikit demi sedikit.Namun,saya tidak suka menjanjikan harga emas akan naik sahaja.Dalam jangka masa pendek,penurunan harga emas adalah normal.Simpanan emas akan menguntungkan penyimpan jangka masa panjang.Dengan ilmu tentang emas yang anda ada,anda akan rasa lebih yakin untuk menukar wang kertas anda kepada emas.

Saya memahami perasaan individu yang membeli semasa harga tinggi.Bayangkan saya dan dealer saya pernah membeli ketika harga emas mencapai tahap tertinggi tahun lepas.Waktu itu harga gold bar 20g rm3220+.Harga ini masih agak tinggi pada masa sekarang,sedangkan ia adalah harga hujung tahun lepas.Semasa harga emas sedang memuncak.Anggaplah bukan rezeki membeli semasa harga betul-betul cantik kerana tiada siapa di dunia ini dapat menentukan secara tepat masa terbaik untuk membeli emas.

Sebagai penyimpan+peniaga,saya menjual emas tak kira harganya sedang rendah atau tinggi.Sebagai pembeli pula pasti anda inginkan yang terbaik.Malang sekali saya penjual emas yang tidak mampu memberi makluman kepada anda tentang harga emas yang cantik.Pernah juga beberapa kali pelanggan meminta saya mencadangkan masa untuk membeli.Saya hanya memberi cadangan sahaja,dan biasanya saya akan minta ikut gerak hati.Kita akan rasa lebih puas hati jika setelah berfikir panjang,kita serahkan kepada gerak hati dan naluri untuk menentukan.

Graf Emas 10 Tahun-emas untuk jangka masa panjang menguntungkan
Graf Emas 10 Tahun-emas untuk jangka masa panjang menguntungkan

Akhir kata,jangan rasa gusar jika harga emas yang anda beli lebih mahal dari yang anda lihat selepas itu.Anggaplah bukan rezeki kita.Mungkin ini akan mengajar anda supaya lebih sabar kerana perlukan masa untuk menunggu emas yang anda beli mencapai harga semasa yang menarik.Suatu hari anda mungkin sudah lupa harga emas yang anda beli dahulu.Mana tahu lain kali anda dapat membeli semasa harga cantik pula..siapa tahu.

Graf Emas 60 hari
Graf Emas 60 hari
Graf Emas 1 Tahun
Graf Emas 1 Tahun

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge