Tip Memilih Introducer Biz Emas

Salam..

Saya hendak kongsi sedikit tentang tip memilih Introducer (pengenal) dalam bisnes emas ini jika anda ingin membeli emas atau menjadi dealer .Dahulu saya kurang arif sebab dan kepentingan Introducer ini.Rupanya ia agak penting juga kerana pengalaman saya menjadi dealer PG dan GCP,semasa mengisi borang pendaftaran,ada satu bahagian di mana memerlukan kita mengisi nama dan kod agen Introducer kita.

Cara kedua syarikat ini ada kelainan sedikit iaitu GCP perlu didaftarkan secara online dan anda harus mengisi dahulu nama dan kod agen Introducer sebelum boleh mengisi borang.Manakala Public Gold pula anda boleh isikan nama Introducer di bahagian komen (jika order melalui web),tuliskan di hujung order anda (jika melalui email atau sms)

Contoh order melalui email atau sms.Anda perlu taip begini :

Register New Dealer.Lock price 50g x 1 pcs,harga,20g x 3 pcs,harga,1 dinar 5 pcs,harga,update time,nama penuh,ic,alamat,email,hp number.Introducer :nama agen anda,kod agen.

Bezanya,pelanggan di Public Gold juga ada Introducer mereka jika mereka mendaftar sebagai pelanggan.Oleh itu,jika mereka ingin  menjadi dealer,secara automatik Introducer itulah yang akan menjadi Introducer disebabkan belian kali pertama tadi.Saya pernah berhadapan dengan kes di mana ramai pelanggan yang tidak tahu tentang perkara ini.Apabila mereka ingin menyertai orang lain,perkara ini hanya perlu dilakukan dengan tandatangan dan persetujuan tiga pihak iaitu new dealer,Introducer pertama dan bakal Introducer.Saya sebolehnya cuba mengelakkan perkara ini dan tetap cuba membantu dealer ini serba sedikit tanpa perlu ada pertukaran.

Baiklah,pengalaman saya sendiri.Bagaimana saya memilih Introducer saya iaitu En.Syukor bin Hashim,admin jutawanemas.com merangkap General Manager Public Dinar dan speaker rasmi/duta Public Gold?

Penghujung 2008,ketika saya mula minat untuk menyimpan emas sebagai pelaburan,sumber di internet yang ada adalah blog beliau.Memang saya mengambil masa berminggu-minggu juga untuk khatamkan dan fahamkan isi artikel di dalamnya.Siap saya keluarkan pen dan kertas lagi supaya lebih faham kiraan-kiraan yang dibuat.Setelah ambil masa untuk memahami ilmu yang disampaikan En.Syukor Hashim di dalam web tersebut,saya bertambah yakin dengan emas.

Introducer juga boleh dikatakan sebagai orang yang berjaya ‘ice break’ minda anda.Jika sekadar memperkenalkan tapi tak mampu membimbing kita,tak sesuai juga dijadikan Introducer.

Ciri-ciri Introducer yang menjadi pilihan :

1.Terlibat secara langsung dalam bidang emas

2.Boleh menjawab persoalan yang kita kurang arif

3.Sedia membantu kita dari segi sokongan dan moral

4.Tidak lokek berkongsi pengalaman,pengetahuan dan teknik yang ada

5.Prihatin

Mungkin ada lagi ciri-ciri yang lain.Kenapa saya tak pilih orang lain yang lebih dekat dengan saya?Beliau telah membuka mata saya tentang emas,dan beliau boleh menjawab persoalan saya dan saya rasa beliau adalah orang paling tepat boleh membimbing saya dalam bisnes emas ini.Sekarang zaman IT,segalanya menjadi mudah hanya di hujung jari dan telefon juga memainkan peranan untuk berkomunikasi.Selain dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga.

Bagaimana Introducer membantu anda?

1.Memberi penerangan yang jelas kepada anda tentang simpanan/pelaburan/bisnes  emas

2.Memberi panduan kepada anda cara-cara untuk membuat tempahan,prosedur syarikat,dan bagaimana anda perlu restock/top up semula stok anda setiap kali berlaku jualan

3.Menerangkan proses jual dan beli dengan pelanggan dan cara ia dilakukan

4.Menyediakan platform untuk anda gunakan supaya boleh berinteraksi secara online dengannya

5.Menyediakan platform untuk anda mengenali dan berhubung dengan ramai peniaga-peniaga emas pelbagai produk di seluruh negara supaya anda mempunyai ‘link’ yang baik untuk menambah ilmu atau membeli/menjual stok.

6.Membantu serba sedikit mengenai marketing (pemasaran)

7.Menggalakkan anda menyebarkan tentang emas,perak,dan kepentingannya.

Tapi,jangan mengharapkan Introducer anda boleh lakukan semua ini tanpa ada kesungguhan dari pihak anda.Apa yang harus anda lakukan jika benar-benar ingin berjaya ialah bertanya..yang kedua bertanya..yang ketiga pun..bertanya.

Mengapa bertanya itu penting?

Iya,Introducer anda hanya manusia biasa yang tidak tahu apa yang berada di benak fikiran anda.Maka andalah yang harus memainkan peranan untuk bertanya dan bertanya.Lebih banyak anda bertanya,lebih baik kerana lebih banyak persoalan akan terungkai.Anda belajar melalui pertanyaan.

Pengalaman saya menunjukkan,saya juga tahu banyak benda melalui bertanya dan ‘try and error’.Selain merujuk introducer,saya agak suka menyertai perbincangan sesama peniaga emas.Memang cukup bermanfaat dan menyuntik aura ke dalam diri saya.Apabila kita ingin berjaya dan hebat,maka kita harus bergaul juga dengan orang yang berjaya dan juga hebat kerana mereka ini membawa aura atau cas-cas positif kepada kita.

Artikel ini juga saya dedikasikan kepada semua dealer-dealer di bawah rangkaian saya yang kini telah mencecah 34 orang.Apa yang saya boleh kata ialah,saya tak mampu memberi jaminan kepuasan 100% kepada anda,dan menjanjikan kejayaan kepada anda.Apa yang saya mampu lakukan ialah,menunjukkan jalan,menyediakan platform dan memberi sokongan kepada anda.Itupun jika ada memerlukan saya tak kiralah sebelum atau selepas menjadi dealer.Saya sentiasa ingat kepada anda,namun saya tak ada point untuk menghubungi anda melainkan anda menghubungi saya jika ada apa-apa persoalan atau masalah yang perlukan,InsyaAllah saya sedia membantu.

Pokoknya ialah,hubungan di antara Introducer dan dealer yang baik akan membantu seseorang untuk lebih bermotivasi dan insyaAllah lebih berkat.Ini kerana Introducer juga ibarat ‘guru’ kepada anda.Jadi janganlah melangkaui dan mengetepikan orang yang pernah berjasa kepada anda,kerana percayalah..orang yang jadi ‘kacang lupakan kulit’-tidak akan ke mana.

Jika kita menghargai orang yang berjasa dengan kita,InsyaAllah dipermudahkan urusan oleh Allah SWT,kita akan bertemu dengan individu sebegini juga.Jika ada seorang dua yang tidak bersikap demikian,anggaplah sebagai ujian.

Alhamdulillah,kami sehingga kini mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Introducer kami suami isteri,iaitu En.Syukor Hashim.Nama website ini juga sebagai tanda dedikasi kepada beliau dan saya dengan bangga mengganggap web saya adalah ‘junior’ kepada web jutawanemas.com.Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada beliau di atas ilmu-ilmu dan sokongan moral yang pernah beliau beri kepada saya.Saya takkan lupa kata-kata semangat yang diucapkan ketika saya dilanda masalah dahulu dan beliau adalah salah seorang sumber inspirasi saya.Semoga usaha beliau menyebarkan tentang emas ini akan diberkati Allah SWT.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge