Tip Menyimpan Emas Sambil Meniaga

Kali ini saya ingin kongsikan tentang tip menyimpan emas sambil meniaga.Menyimpan emas sebagai ganti kepada simpanan wang memang satu alternatif yang baik.Jika anda hanya seorang penyimpan tegar,anda tak sesuai menukarkan wang kertas anda melebihi 70% simpanan wang anda kepada emas.Melainkan anda mahir dengan pelbagai teknik dan mampu mencairkan emas dengan mudah bila memerlukan wang tunai.Ada orang memang beli emas sekadar untuk menyimpan,sama ada memang tidak minat untuk meniaga atau tidak mendapat pendedahan.

Saya juga seperti anda dahulu!

Bezanya,saya beli emas dengan jumlah yang melayakkan saya dan suami menjadi agen emas.Saya seorang yang suka fikirkan ‘future’.Pada masa saya membeli emas tersebut,saya memikirkan untuk simpanan sendiri dan keluarga sahaja.Tetapi dalam masa yang sama saya terfikir ‘lebih baik saya jadi agen terus,masa depan saya tak tau’.Ini kerana,kita tak tahu bila minat kita pada sesuatu perkara akan datang.Mengambil langkah yang bijak dahulu,kini saya bersyukur.

Menyimpan emas sambil meniaga satu pilihan
Menyimpan emas sambil meniaga satu pilihan

Walaupun sebulan selepas membeli emas,saya tak buat apa-apa.Semuanya berlaku secara tidak langsung.Dari seorang yang langsung tidak minat meniaga,bisnes emas telah membuka mata saya kepada bidang yang dikatakan 9/10 punca rezeki ini.Barulah saya faham kenapa bidang perniagaan ini diangkat sebegitu rupa.Memang menguntungkan rupanya dan mengurangkan kebergantungan kita kepada hasil pendapatan gaji dari kerja tetap.Alhamdulillah,Allah menunjukkan jalan kepada saya melalui emas.Hasilnya,saya juga turut melangkah ke beberapa cabang bisnes lain iaitu perniagaan buah-buahan dan makanan.

Namun saya tetap menyimpan sambil meniaga emas.Saya juga menggalakkan orang lain untuk menyimpan sambil meniaga.Perniagaan emas memang tidak sama dengan mana-mana bisnes yang lain.Ini kerana :

1.Jual -untung

2.Beli -untung

3.Tak dapat jual -masih untung

Emas tidak ada ‘expired date’.Anda tak dapat menjual pun tidak mengapa,simpan sahaja.Jangka masa panjang ia akan naik.Inilah beza biz ini dengan mana-mana biz yang lain.Kemudian,siapakah pasaran anda?Adakah dengan ramai peniaga emas kini menyebabkan pasaran tepu?

Tidak sama sekali.Pasaran anda luas sebenarnya.

Cuba lihat sekeliling anda.Bukankah semua orang menggunakan wang kertas dalam kehidupan seharian?Mereka inilah pasaran atau prospek anda.Jangan malu atau segan berkongsi info tentang emas.’Sharing is caring’.Anggaplah prospek seperti rakan yang anda ingin kongsikan maklumat berharga.Saya menganggap pelanggan adalah rakan saya.Rakan yang harus saya kongsikan kebaikan emas dan kepentingannya serta sebab-sebab harus menyimpannya.Anda bukan sahaja dapat pelanggan,tetapi dapat mengeratkan silaturrahim.Percayalah,besar hikmah-Nya orang yang suka mengeratkan silaturrahim ini.Salah satunya,Allah memberi kelebihan murah rezeki kepada orang yang suka menyambung silaturrahim.

Hadith:

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

(Bukhari)

Secara umumnya,ada 2 jenis prospek :

1.Menyimpan wang kertas di bank-bank,unit trust dan amanah saham

2.Belum memulakan simpanan

Peranan anda sebagai ‘agen’ adalah menyebarkan tentang emas.Apabila prospek anda telah faham tentang emas,memang mudah bagi anda kerana mereka akan mula membeli emas dengan anda.Biasanya pembelian emas ini berulang kerana pelanggan akan menambah stok simpanan emas mereka dari semasa ke semasa.Ramai peniaga emas merungut tidak dapat menjual emas..mengapa ye?

Ini kerana,penjual emas harus mementingkan aspek mendidik pelanggan tentang emas dahulu.Jangan ‘action’ seperti penjual produk lain.Anda harus pegang prinsip ‘guide first,profit will come later’.Jual dan beli emas harus dilakukan dengan adanya ilmu di dada.Jika anda tak mantap dari segi ini,bagaimana anda dapat memberi info yang jelas  kepada pelanggan?Jadi,carilah ilmu tentang emas dari banyak sumber dan paling penting,ada ‘mentor’ yang dapat membimbing anda.’Mentor’ biasanya adalah ‘introducer’ anda yang memperkenalkan anda dalam biz ini.Saya sendiri masih tak jemu-jemu belajar tentang emas,muamalat,pemasaran perniagaan dan sebagainya untuk memantapkan diri.Ada persoalan,saya merujuk mentor saya.Anda harus rajin bertanya dan berhubung kerana ‘introducer’ tidak tahu apa masalah dan persoalan yang anda tidak faham.

Emas dalam simpanan anda sebenarnya boleh menjana keuntungan,iaitu sambil menyimpan sambil anda meniaga.Ada caranya untuk memastikan emas  anda itu tidak berkurang sebaliknya kekal dan bertambah.Semakin lama anda dalam biz ini,semakin banyak ‘skill’ yang anda akan ketahui.Apa pun,simpanan sendiri lah yang paling utama.Janganlah jadi penjual emas yang hanya menjual emas,tapi mereka sendiri tidak menyimpan emas.Tapi jangan salahkan mereka,kerana mereka  penjual yang hanya hendak berniaga sahaja.Jadilah penyimpan+ peniaga yang berhemah.Malah anda mampu sebenarnya menjadi penyimpan + pelabur + peniaga emas yang berjaya.

Nantikan artikel akan datang:

1. Artikel-artikel tentang DnD (Dinar dan Dirham)

2.Tip memilih ‘introducer’

3.Dealer RM20k atau Dealer RM600?

4.Pentingkah spread dalam jual beli emas?

5.Teknik Manipulasi emas -Part 2  dan Part 3

dan banyak lagi…

One thought on “Tip Menyimpan Emas Sambil Meniaga

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge