Titik Permulaan..

sambungan dari cerita saya..Pengalaman dengan emas:Bagaimana Bermula

Selepas saya tersungkur dek Skim Pelaburan Emas,saya rasa agak kecewa dan saya dah tak ada mood nak melabur/menyimpan emas kerana kerugian itu amat memberi kesan kepada saya.Sehinggalah suatu hari saya terdetik untuk sms kepada En.Syukor Hashim untuk bertanyakan tentang harga emas pada hari tersebut.Beliau membalas mesej saya.

Pulang dari kerja,seperti biasa saya membaca akhbar yang dibeli oleh suami dan saya terjumpa artikel penuh tentang pelaburan emas dan terpampang wajah En.Syukor Hashim yang baru saya hubungi pada pagi tersebut.Tanpe berlengah saya terus sms beliau mengucapkan tahniah di atas perkembangan beliau yang saya kenali sejak penghujung 2008.

Sebab apa saya ucap tahniah?

Seperti yang saya cerita sebelum ini,semasa saya menyertai Skim Pelaburan Emas pada awal tahun 2009,saya mengenali En.Syukor yang pada waktu itu bekerja di MMU di bahagian pentadbiran dan penulis blog yang biasa sahaja.Pada waktu itu memang ada iklan Public Gold di blog beliau.Waktu itu kalau nak jadi dealer mereka modal perlu ada sebanyak rm200k.

Kemudian saya lihat iklan Public Gold semakin rancak di blog beliau sekitar tahun 2009.Dari satu artikel yang saya baca beliau memberitahu yang beliau dihubungi oleh Public Gold dan beliau melawat pejabat mereka yang utama di Penang.Promosi untuk menjadi dealer juga serendah rm40k sahaja.Secara jujurnya saya tak berminat nak menyertai Public Gold waktu itu.Antara sebabnya saya kurang yakin dengan syarikat PG pada masa itu dan kecewa dengan kerugian rm13k.

Kebetulan saya buat loan pada tahun 2010 dan saya merasakan saya perlu ada satu back up untuk kewangan saya.Di sinilah saya membuat keputusan untuk membeli emas dengan lebihan loan sebanyak rm60k.Rm12k saya  beli barang kemas,masa itu saya  tak tau ada public jewellery,saya beli di Wah Chan.Beli untuk diri sendiri dan anak perempuan saya.

Bakinya rm48k saya terus menghubungi En.Syukor Hashim dan lock price dengan beliau.Masa tu saya terpaksa buat EPP sebab wang saya dalam sijil Premium BSN, terpaksa tunggu 45 hari baru boleh bawa keluar.Saya order sekitar hujung bulan 7  tahun 2010,masa tu 20g sekitar rm2000+ dan 100g rm13800+.Semasa saya hendak lock 100g terus melangkah ke harga 14000.Emas Public Gold saya yang pertama 100g x 2 unit,dan 50g ,20g,10 dinar,5 dinar dan 1 dinar setiap satu sekeping.Saya dan suami menjadi dealer dan pada masa itu saya hanya fikir untuk simpanan sendiri sahaja.

Oh ye..kenapa saya beli emas Public Gold dan menyertai mereka dengan menjadi pengedar?Dahulu,tidak banyak blog tentang emas..cubalah anda lihat sekarang..beratus -ratus web dan blog tentang emas wujud.Dan kebanyakannya ialah dealer Public Gold..barulah saya nampak kelebihan Public Gold yang tersendiri.Anda boleh baca di menu “Mengapa Public Gold”.Saya juga dapati mereka berkembang pesat..sebab mereka ada sistem.Kejayaan mereka pada hari ini bukan semudah yang kita nampak sekarang.Sewaktu saya mengenali Public Gold dahulu,tak ramai yang kenal PG ni..tapi sekarang ia dikenali di mana-mana.

Malah beberapa syarikat juga sudah mula mengeluarkan produk emas merekasendiri, tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki jika hendak berjaya dan gah seperti Public Gold.Kelebihan paling jelas syarikat Public Gold ialah pada sistemnya yang memudahkan pelanggan untuk membeli dan peniaga untuk meniaga.

Nanti saya akan ceritakan pula apa yang saya buat setelah membeli emas rm48k dan menjadi dealer..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge