Untung ke Simpan Emas?

Selalu saya mendapat pertanyaan ‘untung ke simpan emas..’  dan ‘bagaimana nak untung dengan simpan emas ini?’

Baiklah,saya cuba ulas soalan pertama dulu,’untung ke simpan emas’.Sila ikuti beberapa cerita di bawah sebelum saya meneruskan artikel ini.

Cerita 1

Masa kecil-kecil dahulu,saya pernah dipakaikan barang kemas oleh ibu saya.Namun pada masa itu saya tak tahu ia adalah emas dan ia sangat berharga.Orang tua saya tak pernah beritahu saya tentang emas apatah lagi tentang kebaikan menyimpannya.Cuma mereka pesan,jaga baik-baik barang kemas ini sebab ia mahal.Saya juga dipakaikan barang kemas ketika Hari Raya sahaja.Maklumlah murid sekolah tidak dibenarkan memakai barang kemas.Guru di sekolah juga tidak pernah bercerita tentang emas dan perak,jika tidak tentu saya dah simpan sejak kecil lagi. 🙂

Apabila saya besar sedikit ,saya dapati barang kemas saya semakin berkurangan.Rupanya sewaktu keluarga kami susah,orang tua saya memajak di kedai pajak cina (waktu itu tidak ada ar rahnu).Saya pun tak kisah sangat,sebab saya tak anggap emas sangat berharga.

Dahulu masyarakat memajak emas semasa dalam kesusahan,sekarang ia boleh dimanipulasikan untuk menggandakan emas
Dahulu masyarakat memajak emas semasa dalam kesusahan,sekarang ia boleh dimanipulasikan untuk menggandakan emas

Cerita 2

Ketika saya belajar di pusat pengajian tinggi,ada di kalangan rakan-rakan yang memilik barang kemas yang banyak,ada juga yang kurang.Saya boleh dikategorikan ‘nak kata tak ada langsung,ada la seurat dua..tapi tak pakai.Kalau rasa nak pakai,saya pakai,kalau tak,saya simpan sahaja.Pernah sekali barang kemas saya hilang,tapi tak la sedih sangat,sebab tak faham lagi masa tu tentang berharganya emas ni.

Tapi saya pernah pandai-pandai pergi kedai pajak cina untuk memajak barang kemas kerana perlukan wang.Tapi kenapa masa tu saya tak terfikir nak simpan emas dan tambah simpanan emas?

Suatu hari saya terbaca artikel yang menyebut harga emas 10 tahun yang berharga rm800,kini berharga rm3500.Penulis tersebut seorang lelaki, membuat tinjauan harga barang kemas isterinya (mungkin dia hendak trade in atau jual).Pada pandangan saya,kemungkinan besar barang kemas yang berharga rm800 pada masa dibeli lebih murah dari itu kerana barang kemas dijual lebih mahal disebabkan kos upah.Jika penulis tersebut meyimpan emas fizikal seperti emas dalam bentuk bar atau syiling,sudah tentu lebih berbaloi.

Untungkah simpan emas?

Sudah tentu saya akan menjawab untung,bukan kerana saya menjual emas,tetapi memang hakikatnya dan kenyataannya begitu.Bayangkan sahaja menyimpan barang kemas sudah untung,inikan pula emas fizikal.Jika dahulu tidak mudah seperti sekarang untuk mendapatkan emas fizikal ini.

Ramai orang yang telah celik emas,menukarkan wang kertas mereka kepada emas
Ramai orang yang telah celik emas,menukarkan wang kertas mereka kepada emas

Emas adalah wang yang sebenar.Harga emas tidak naik sebenarnya,ia kekal sahaja.Sebagaimana zaman Nabi saw dahulu 1 dinar boleh membeli seekor kambing,zaman sekarang juga harga seekor kambing masih 1 dinar.Ini menunjukkan harga emas tidak naik.Disebabkan oleh matawang sekarang yang tidak bersandarkan emas,menyebabkan harga emas naik untuk jangka masa panjang.Oleh itu wang kertas tidak relevan dijadikan simpanan kerana ia boleh dicetak sesuka hati sebaliknya emas sesuai dijadikan simpanan.


Ramai yang semakin sedar tentang kepentingan menyimpan emas lalu menukarkan sebahagian wang simpanan mereka kepada emas.Berapa bahagiankah harus disimpan emas ini..?Adakah 100%,75% ,50% atau 25% ?Ini akan saya bincangkan dalam artikel akan datang.

Kesimpulannya,menyimpan emas memang menguntungkan.Namun anda harus tahu harga emas ada turun naik dalam jangka masa pendek.Jika menyimpan untuk jangka masa panjang memang menguntungkan.Kelebihan emas sebagai simpanan ialah ia juga boleh dijadikan pelaburan pada bila-bila masa.Simpanlah emas mengikut kemampuan dan secara konsisten sebagai pelindung kewangan kita di mana ia berfungsi sebagai ‘duit’.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge