Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

gambar-bank-negara

Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

 

Terjemahan oleh Radzi Sapiee, dari artikel berbahasa Inggeris “Fiat Money and Economic Degradation of the Malays” oleh Ahamed Kameel Mydin Meera, profesor dan dekan Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beberapa nota kaki asal telah diterjemahkan secara ringkas untuk disertakan pada teks utama, diletakkan dalam kurungan. Penerangan beberapa terma teknikal (tidak wujud dalam teks asal kerana harus sedia difahami khalayak yang berpengetahuan dalam bidang) juga dihimpit kurungan.

Abstrak

Artikel ini berhujah bahawa kekayaan orang Melayu di Semenanjung Malaysia telah dirompak secara sistematik dari tangan mereka melalui wang Fiat (kertas yang diberi nilai tanpa sandaran) yang diterbitkan sistem perbankan berdasarkan riba‟. Hal ini juga adalah benar bagi Bumiputra lain termasuk penduduk asal di Semenanjung dan Malaysia Timur dan para pedagang awal Arab dan India Muslim yang menetap di sini. Proses tersebut telah berlangsung sejak bank-bank persendirian terawal ditubuhkan di Pulau Penang 1860an hingga sekarang. Ini secara keseluruhan memberi kesan sosio-ekonomi-politik yang serius terhadap bangsa Melayu, Islam dan negara. Maka itu artikel ini memanggil pihak kerajaan, NGO-NGO dan orang ramai yang
prihatin agar dapat menghentikan proses perompakan ini seterusnya mengambil tindakan proaktif dan tegas untuk menterbalikkan proses demi menggapai keadilan sosio-ekonomi dengan cara menggalakkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara melalui pengagihan saksama
kekayaan negara untuk semua kaum.

1.0 Pengenalan
Artikel ini menunjukkan satu dari banyak aspek wang Fiat, contohnya bagaimana penduduk asal sesebuah negara boleh kerugian teruk dalam sistem wang Fiat. Beberapa buah negara boleh dikemukakan sebagai contoh untuk menunjukkan ini. Kita ambil kes Malaysia untuk artikel.

Kalau kita ambil perhatian dari tahun ke tahun, Malaysia telah banyak berubah dari segi sosio-ekonomi-politik . Orang Melayu yang secara asasnya memiliki kebanyakan, jika tidak pun semua Semenanjung pada awalnya sekarang mengalami ketempangan ekonomi. Sebaliknya, masyarakat
Cina secara khususnya telah berkembang dalam kemewahan berbanding bangsa lain. Statistik billionaire di Malaysia boleh membuktikan ini. Perbezaan ekonomi telah, secara langsung membawa sejumlah masalah sosio-ekonomi terbit di kalangan masyarakat Melayu – kesempitan hidup, kemiskinan, rendah keyakinan diri, pencapaian akademik yang rendah, ketagihan dadah,
mat rempit, masalah remaja dan berbagai lagi. Maka itu kerajaan telah mencuba sejumlah langkah afirmatif termasuk Dasar Ekonomi Baru untuk menangani isu. Ia telah membawa hasil yang terhad namun masalah tetap wujud dan kelihatan terus berkembang. Bagi orang Cina pula,
kemewahan ekonomi telah sedikit demi sedikit memberikan mereka lebih kedudukan politik.

1.1 Objektif
Artikel ini berdasarkan fakta sejarah dan pemerhatian terhadap Malaysia selama beberapa dekad. Ia bertujuan untuk merangsang proses pemikiran, tanpa niat jahat seperti mewujudkan perpecahan antara kaum. Sebaliknya, diharapkan artikel akan menyumbang pada keharmonian
antara kaum, pengagihan saksama kekayaan negara, paras korupsi yang rendah dan pengurangan masalah berkaitan sosio-ekonomi.

Pada Seksyen 2 artikel akan diterangkan kenapa sistem perbankan di Malaysia telah membawa ketempangan sosio-ekonomi yang ketara pada orang Melayu. Seksyen 3 membincangkan kesan sosio-ekonomi-politik sistem wang Fiat. Seksyen 4 memberikan beberapa langkah yang boleh
diambil kerajaan untuk menghentikan perompakan dan menterbalikkan proses. Seksyen terakhir menyimpulkan kertas kerja.

2.0 Wang Fiat Sistem Perbankan Berdasarkan Riba’ dan Melayu – Sejarahnya
Pada asalnya Tanah Melayu (teks asal menggunakan perkataan Malaya) diduduki Orang Asli, penduduk asal, serta orang Melayu.(merujuk pada orang tempatan Alam dan Kepulauan Melayu yang juga telah bercampur-aduk dengan pendatang Arab, India dan bangsa lain sejak beberapa
abad). Dengan kesultanan-kesultanan bertebaran di merata Tanah Melayu, mereka secara asasnya memiliki Tanah Melayu. Orang Asli secara dasarnya tinggal di hutan tropika sementara orang Melayu duduk di kampung-kampung. Kehidupan mereka ringkas tetapi diberkati perhubungan kemasyarakatan yang erat dan harmoni, dengan pertanian dan perikanan menjadi
sumber utama kehidupan.

Tanah Melayu adalah bumi „susu dan madu‟ (land of milk and honey). Ia menarik orang Arab dan India Muslim awal untuk datang mengadu nasib. Pedagang Arab diketahui telah datang ke Kepulauan Melayu sejak awal abad ke-7. Mereka diketahui telah sampai ke Sumatera pada 674
Masihi, cuma beberapa dekad setelah kemunculan Nabi Muhammad SAW di Tanah Arab.

Sebaliknya pedagang India Muslim diketahui telah datang ke Semenanjung Melayu, terutama ke Kedah, sejak abad ke 12. Pengaruh mereka terhadap istana kesultanan Melaka telah didokumenkan dengan baik. Parameswara, pengasas Melaka dikatakan memeluk Islam 1411.
Orang Melayu tempatan secara rata hidup berasaskan pertanian dan ini dilengkapkan oleh kepintaran perniagaan orang Arab dan India Muslim. Maka itu orang India Muslim dan pedagang Arab awal memiliki perniagaan yang maju di Tanah Melayu dan diterima baik penduduk tempatan kerana agama yang sama iaitu Islam.

Agama Islam adalah faktor pemberi petunjuk dan pemersatu antara semua. Dengan menurutprinsip Islam, wang yang digunakan untuk perdagangan adalah wang-wang sebenar (bukan wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati) – kebanyakannya jongkong timah, emas dan syiling perak.
Di bawah sistem wang sebenar sebegitu, setiap pertukaran dagangan melibatkan pertukaran barangan sebenar dengan barangan sebenar, juga dengan perkhidmatan yang dinilai setara. Maka ia membentuk satu sistem pertukaran yang adil dan saksama. Logam-logam bernilai memainkan
peranan sebagai pengukur harga dalam dagangan dan kontrak.

Tanah Melayu sebagai Semenanjung yang kaya dengan hasil bumi juga menarik para penjajah dan pendatang Cina dan India kemudian. Orang Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris berada di sini pada masa tertentu dalam sejarah tetapi pengaruh Inggeris adalah yang paling hebat. Syarikat
British India Timur mula ditubuhkan di penempatan British di Pulau Pinang, pada 1786.
Kemudian Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat 1826, dengan Pulau Pinang sebagai pusat. Mereka membawa orang India untuk bekerja di ladang getah sementara orang Cina rata-rata di lombong bijih timah, dua aktiviti ekonomi terbesar zaman itu.

Penghijrahan ke Tanah Melayu adalah mudah bagi orang luar kerana sering diterima orang Melayu yang bersifat ringkas, bertoleransi, beragama dan memiliki nilai moral yang tinggi. Dari segi ekonomi sebenar, kemunculan pada pendatang termasuk pedagang Arab dan India Muslim
adalah bagus kerana kedatangan mereka meningkatkan aktiviti ekonomi dan pengagihan kek ekonomi, semuanya menambah kesejahteraan ramai.

Tetapi keadaan mula berubah dengan pengenalan bank-bank persendirian terawal di Pulau Pinang. Mercantile Bank yang kemudian menjadi anak syarikat Hong Kong Bank (sekarang HSBC), membuka perniagaan dalam 1860an dan Chartered Bank (sekarang Standard Chartered)
pada 1875. Bank-bank persendirian terawal ini mengeluarkan nota bank sendiri (kertas yang diberi nilai seperti wang atas jaminan bank). Kerajaan belum mengeluarkan nota serupa ketika itu. Cuma pada 1897, selepas Badan Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commisioners of
Currency) ditubuhkan, baru kerajaan Negeri-negeri Selat diberikan kuasa untuk mengeluarkan nota mata wang. Tetapi nota yang dikeluarkan dua bank persendirian, Chartered Bank dan Hong Kong Bank, turut berkitar bersama nota keluaran kerajaan.

Hak untuk bank-bank ini mengeluarkan nota cuma dilupuskan 1921. Pada 1938 Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya (panggilan British untuk Tanah Melayu) ditubuhkan sebagai satu-satunya kuasa yang boleh mengeluarkan mata wang bagi seluruh wilayah naungan. Pada 1952 ia menjadi Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo (Board of Commisioners of Currency Malaya and British Borneo) yang terus mengeluarkan mata wang walaupun selepas Malaysia merdeka 1957. Badan ini cuma ditutup secara rasmi lewat 1979.
Sejak itu mata wang hanya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Tetapi kebanyakan wang dicipta oleh bank komersial melalui sistem yang dipanggil Fractional Reserve Banking (satu sistem yang menghalalkan bank memberikan pinjaman wang berkali ganda berbanding simpanan
yang ada, diwujudkan melalui kiraan akaun atas kertas kemudiannya cuma dalam komputer).

Semua yang di atas, seperti pengeluaran nota bank persendirian, Badan Pesuruhjaya Mata Wang dan Bank Negara Malaysia dengan sistem Fractional Reserve Banking yang diamalkannya wujud berdasarkan sistem wang Fiat yang berdiri atas riba‟ dan tidak bagus untuk ekonomi orang
Melayu. Kita akan menghujahkan ini pada seksyen seterusnya.

2.1 Satu Prinsip Wang Fiat – Kerugian melalui Seigniorage
Salah satu prinsip wang Fiat adalah Seigniorage (perbezaan nilai wang dengan kos menerbitkan juga mengedarkannya) untuk wang Fiat menguntungkan pengguna pertama wang. Oleh kerana wang Fiat tidak disandarkan pada emar atau apapun yang bernilai, ia murah untuk dihasilkan
tetapi membawa kuasa beli yang diterbitkan dari udara kosong. Kuasa membeli yang diterbitkan secara murah inilah yang dikejar oleh pencetak wang palsu. Tetapi apabila bank-bank menerbitkan mata wang sendiri, mereka mendapat Seigniorage ini. Penerbitan wang Fiat yang dibuat mereka membawa bersama kuasa membeli yang dicipta dengan cara mencukai keseluruhan ekonomi melalui inflasi. Tidak difahami ramai bahawa hak untuk menerbitkan
wang Fiat secara efektiknya memberikan pemilikan hasil bumi negara dan aset-aset ke tangan bank-bank. Kami telah berhujah dalam Meera (2005, merujuk pada kertas lama penulis) bahawa penerbitan wang Fiat itu sendiri adalah riba‟ dan ia berlawanan dengan Maqasid al-Shari‟ah.
Maka itu negara-negara boleh kerugian melalui Seigniorage jika mereka membenarkan wang Fiat dari negara lain atau nota terbitan institusi persendirian untuk digunakan sebagai wang di tanah mereka.

Kedua, bank-bank mengeluarkan wang Fiat yang dicipta secara bebas sebagai pinjaman – kepada individu, perniagaan dan kerajaan – yang membawa cas riba‟ berganda (compound interest charges). Dan riba‟ adalah dikutuk sekuatnya dalam Islam. Maka itu, apabila bank-bank terawal di Semenanhung diasaskan lalu mengeluarkan nota bank sendiri dengan riba‟,
kebanyakan jika tidak semua orang Melayu, pedagang Arab dan India Muslim tidak mahu terlibat langsung dengannya. Tetapi, baik mereka mahupun para pemimpin Islam tidak menghentikan aktiviti ini di tanah mereka. Pada pendapat kami, ini adalah kesilapan terbesar dibuat pemimpin Melayu Islam zaman itu merujuk pada prinsip penggunaan wang dalam Islam.
Kesannya begitu nyata pada keadaan sosio-ekonomi-politik orang Melayu sekarang.

2.2 Keterasingan dari Kewangan dan Pengurangan Berterusan Keterlibatan Kewangan Relatif
Pengeluaran wang Fiat dengan riba‟ oleh bank-bank awal dan pihak berkuasa mengasingkan secara total orang Islam awal – Melayu, India dan pedagang Arab – dari berurusan dengan bank.

Ini adalah keterasingan kewangan sistemik orang Islam. Maka itu kami dapati pada zaman itu, akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah menyaksikan kebanjiran pendatang Cina ke Tanah Melayu yang selesa dengan sistem wang Fiat berdasarkan riba‟. Jadi, kebanyakan wang Fiat
yang baru diterbitkan pergi kepada kumpulan ini. Fenomena ini secara sistematik malah berterusan meningkatkan keterlibatan kewangan pedagang Cina sementara secara berterusan mengurangkan keterlibatan kewangan relatif kumpulan Islam. Fenomena ini terus ditonjolkan
dengan fakta bahawa masyarakat Cina memiliki kecenderungan untuk mengitarkan wang di kalangan komuniti sendiri.

Maka itu wang Fiat berdasarkan riba‟ telah, dalam sejumlah dekad, mengurangkan keterlibatan kewangan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab dan pada masa yang sama meningkatkannya pada masyarakat Cina. Fenomena ini telah berlangsung secara eksponensial
kerana wang Fiat berdasarkan riba‟ berkembang secara eksponensial. Maka itu melalui struktur sistem kewangan sahaja, kewangan relatif dan kekayaan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab harus berkurangan secara eksponential, sementara ia berkembang bagi masyarakat Cina. Tentunya, dengan peningkatan kekayaan dan duit, masyarakat Cina boleh
terus mengembangkan perniagaan, meneroka peluang baru, menghantar anak-anak mereka untuk pendidikan berprestij di luar negara dan lain-lain. Sungguh, kebanyakan orang Melayu tidak memiliki pun akaun simpanan bank hingga ke 1970an (pegawai dahulu cuma menerima cek tunai, setelah kerajaan „meyakinkan‟ mereka tiada riba‟ dalam Bank Simpanan Nasional (BSN) yang merupakan institusi kewangan yang tidak mencipta wang daripada udara kosong melalui sistem Fractional Reserve Banking, baru mereka mula menyimpan di bank). Ini menunjukkan lamanya tempoh keterasingan kewangan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab berlangsung.

3.0 Kesan Sosio-ekonomi-politik akibat Keterasingan Kewangan yang Berpanjangan
Wang Fiat membawa lari kekayaan penduduk asal, dalam contoh kita, kekayaan orang Melayu, dengan cara mencipta inflasi dalam sistem. Maka itu sekarang setelah 150 tahun penubuhan bank-bank terawal di Malaysia, tidak sedikit kekayaan, terutama tanah, telah diambil alih dari tangan orang Melayu. Orang Melayu kini begitu tempang dari segi ekonomi, dengan kebanyakan
mereka menduduki tempat ke bawah tangga ekonomi, ramai pula jatuh ke dalam kategori miskin. Maka itu, seperti boleh dijangka, masalah sosio-ekonomi seperti tiada pekerjaan, jenayah, ketagihan dadah, mat rempit, pencapaian akademik rendah dan lain-lain adalah secara
relatifnya tinggi dalam kumpulan ini. Terdapat jurang yang luas dalam pendapatan relatif dan pengagihan kekayaan antara orang Melayu, orang Cina dan lain-lain dengan masyarakat Cina menikmati bahagian kek ekonomi yang lebih tinggi dan tidak seimbang. Tidak dinafikan masyarakat Cina adalah masyarakat perniagaan yang kuat bekerja tetapi ia menguasai
kebanyakan perdagangan yang terlalu dibantu struktur perbankan dan sistem kewangan dengan sedikit sahaja perbezaan kemahiran, produktiviti buruh dan kepintaran perniagaan. Pada dasarnya,peralihan kekayaan yang sangat besar telah berlangsung sehingga sekarang, dibiayai hanya melalui inflasi.

Rajah 1 di bawah memberikan anggaran bekalan wang di Malaysia yang diwujudkan oleh bank-bank komersial dalam bentuk pinjaman, pada tempoh 1973 hingga 2011. Perhatikan perkembangan eksponensial yang ditunjukkan graf.

jumlah bekalan sedia ada Data Bank Negara menunjukkan jumlah Broad Money, M3, pada tahun 2011 adalah RM1.24 trillion (Broad Money adalah ukuran sejumlah instrumen yang berfungsi seperti/sebagai wang, misalnya demand deposit, satu bentuk dana bank, M3 adalah sejenis piawaian untuk menentukan apakah instrumen yang boleh diliputi sebagai Broad Money, seperti duit kertas, syiling dan
akaun bank perseorangan juga akaun syarikat). Dari jumlah ini RM53.49 billion adalah mata wang dalam kitaran (dalam bentuk fizikal, duit kertas dan syiling). Perbezaannya, RM1.19 trillion adalah anggaran wang sedia ada yang diwujudkan oleh bank-bank komersial daripada udara kosong semata, melalui Fractional Reserve Banking (yang membenarkan dana atas kertas
diwujudkan berkali ganda berbanding nilai sebenar deposit atau simpanan wang dalam pegangan bank lalu dijadikan pinjaman yang memberikan pulangan tinggi berdasarkan riba‟). Pada tahun 1973 jumlahnya cuma RM6.6 billion, membayangkan bahawa kadar perkembangan penciptaan
wang oleh bank-bank komersial adalah 14.7 peratus setiap tahun. Isunya adalah siapakah yang mendapat faedah daripada jumlah wang hampir tidak masuk akal yang diterbitkan oleh bank-bank komersial itu? Apakah ia telah diagihkan secara saksama untuk semua kaum? Tatacara
yang mana jumlah bekalan wang diagihkan pada semua boleh menunjukkan tahap keterlibatan kewangan setiap kaum. Mungkin Bank Negara Malaysia boleh memberikan pencerahan.

Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Cina juga membawa pada peningkatan kehadiran politik mereka dalam negara.

3.1 Penglibatan orang Melayu dan Islam dalam Transaksi Kewangan berdasarkan Riba’
Ketempangan berterusan yang ditimpakan wang Fiat berdasarkan riba‟ terhadap orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab telah menyebabkan kumpulan ini akhirnya terlibat di dalam transaksi kewangan berdasarkan riba‟. Untuk terus aktif dalam perdagangan menurut arus
zaman, peniaga Muslim harus mengalah, misalnya dengan membuat deposit dan membuka akaun bank. Di bawah sistem Fractional Reserve Banking, ini membenarkan bank-bank untuk mengeluarkan pinjaman berdasarkan riba‟ kepada orang lain berkali ganda nilai deposit asal.

Disebabkan sifat tidak Islami bank, pemilikan dan pengurusan bank secara semulajadi dikuasai orang bukan Islam. Maka itu orang Islam secara am, pedagang atau lain darinya, cuma menjadi „mangsa‟ sistem sebegini. Pengwujudan wang Fiat (yang bermakna duit tanpa sandaran) menyebabkan inflasi dalam ekonomi, yang mana harus ditanggung semua orang tidak kira
samada mereka pernah berurusan dengan bank atau tidak. Maka itu, sambil menghadapi sedikit demi sedikit keterasingan (terkeluar dari penglibatan aktiviti) ekonomi, orang Melayu dan Islam harus menanggung beban inflasi. Apapun, keterasingan ekonomi yang begitu lama perlahan-lahan memaksa orang Melayu dan pedagang Islam lain untuk terlibat sama dalam transaksi
kewangan berdasarkan riba‟ demi survival ekonomi. Ramai yang mula mengambil pinjaman untuk pembelian rumah, kenderaan dan pembiayaan perniagaan. Ramai juga mula mendapat kerja di bank-bank. Di bawah sistem perbankan sekarang, sejumlah daripada pengerusi dan ketua
pegawai operasi bank-bank konvensyional adalah orang Melayu. Secara dasarnya mereka mula „tidak peduli‟ tentang sesuatu yang sangat dilarang dalam agama.

3.2 Pejabat Pemberian Pinjaman – Penabal Raja dalam Sistem Fractional Reserve Banking
Tatkala bank pusat mengawal keperluan fractional reserve (rizab pecahan?) untuk bank-bank konvensyional, sesungguhnya pejabat pemberi pinjaman (loan office) sesebuah bank adalah tempat di mana wang dicipta daripada udara kosong lalu diagihkan kepada siapa yang dirasakan layak. Maka itu, seseorang boleh melihat permainan politik dalam bank-bank untuk mengawal
pejabat pinjaman. Hak untuk menerbitkan wang daripada udara kosong adalah satu kuasa tertinggi yang dinikmati pegawai pemberi pinjaman. Kuasa ini tidak dimiliki secara langsung walau oleh seorang perdana menteri.

Seperti disebut lebih awal, sejumlah jawatan tinggi pengurusan dalam bank-bank konvensyional dipegang oleh orang Melayu. Namun, ini malah pemilikan bank pun tidak begitu berfaedah. Apa yang paling berfaedah adalah siapa yang mendapat duit yang baru dicipta dan ini adalah di bawah kawalan terus pegawai pemberi pinjaman. Sesungguhnya mereka adalah „penabal raja-
raja‟ atau king maker dalam sistem Fractional Reserve Banking.

Oleh itu, disebabkan signifikannya kesan sosio-ekonomi-politik wang Fiat, komposisi kaum adalah paling penting untuk pegawai menilai dan membenarkan pinjaman. Walaupun kita boleh beranggapan mereka akan bertindak secara profesional dalam membuat kerja, hakikatnya tidak
semestinya begitu. Namun begitu, sejak awal lagi jumlah pegawai pinjaman Melayu dan Islam adalah terlalu kecil disebabkan sifat semulajadi bank berdasarkan riba‟.

Keadaan ini membawa kepada kawalan terhadap pejabat pemberi pinjaman, kecenderungan untuk mengitarkan wang dalam komuniti sendiri dan undang-undang yang menghadkan liabiliti.

Kami berpendirian bahawa komuniti perniagaan Cina mendapat bahagian paling besar daripada wang yang dicipta sesuka hati lalu membawa kepada keterlibatan kewangan relatif mereka yang sentiasa berkembang. Sesungguhnya inilah kuasa sebenar di belakang kenaikan masyarakat Cina
berbanding komuniti lain dan penguasaan mutlak mereka terhadap ekonomi negara. Tetapi, perhatikan bahawa masyarakat Cina mencapai ini menurut lunas undang-undang.

3.3 Kek Ekonomi yang Mengecut buat orang Melayu dan lain-lain
Sementara kekayaan orang Cina meningkat secara rata akibat sokongan sistem kewangan, kek ekonomi untuk orang Melayu dan kaum lain mengecut menurut keadaan. Graf pada Rajah 1 menunjukkan trend ini bersifat eksponensial. Ketidakseimbangan yang begitu menjolok mata dalam pengagihan kekayaan di kalangan kaum tersebut menyebabkan satu siri masalah sosio-
ekonomi-politik terbit. Kami menyifatkan jurang ini berlaku akibat rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Walaupun selepas itu orang Melayu dapat mengekalkan pegangan kekuasaan politik, ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan terus berkembang di bawah status quo perbankan yang dikekalkan. Sesungguhnya kebanyakan bandar dan kawasan sekitarnya sekarang „dimiliki‟ masyarakat Cina. Ambil Pulau Pinang sebagai contoh. Sementara suatu masa dahulu ia
dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu, sekarang pulau itu secara praktiknya telah hilang dari tangan mereka. Ini sesungguhnya didorong secara sistematik melalui perlaksanaan sistem perbankan dan kewangan. Cerita serupa melanda Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh dan bandar raya juga bandar-bandar lain. Perhatikan harga hartanah yang melonjak tinggi di kawasan
bandar. Fenomena ini tidak sahaja menolak orang Melayu dan penduduk asli keluar dari kawasan bandar malah menerbitkan satu rintangan tidak nampak yang menghalang kemasukan ke bandar.
Dan tentunya semua ini memiliki implikasi politik.

3.4 Peningkatan Korupsi di kalangan Pegawai Kerajaan berbangsa Melayu
Dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan kita sering dapat mendengar aduan-aduan dari orang awam mengenai peningkatan korupsi di kalangan pegawai kerajaan yang lazimnya orang Melayu. Kami menyifatkan ini juga kerana ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan di
kalangan kaum. Ini kerana orang Melayu memegang kuasa dan kedudukan politik, bangsa lain memiliki kelebihan dalam perniagaan dan kekayaan – resepi ranum untuk pemberian dan penerimaan rasuah. Pegawai Melayu yang memegang kuasa tetapi lebih rendah taraf ekonominya lebih senang tergoda untuk menerima rasuah demi menyaingi kesejahteraan
ekonomi rakan yang lebih kaya. Kami tidak membenarkan rasuah di sini. Sesungguhnya ia adalah satu perbuatan khianat kepada negara, setiap penerima dan pemberi rasuah kedua-duanya
bersalah. Adalah menyedihkan apabila diperhatikan jurang perbezaan pemilikan kekayaan dapat mengubah sifat orang Melayu yang dahulunya tinggi keagamaan dan nilai etik.

3.5 Tindakan Afirmatif untuk Melawan Ketidakseimbangan dalam Kekayaan dan Pendapatan
Mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad diketahui telah mengambil sejumlah langkah afirmatif untuk melawan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, terutamanya langkah yang memihak kepada Bumiputra. Antaranya, beliau menghantar jumlah besar pelajar Melayu ke luar
negara di bawah Pelan Ekonom Baru, bawah panji-panji untuk menaikkan status sosio-ekonomi Bumiputra, dengan harapan mereka akan kembali membawa kemahiran pendidikan dan sosio-ekonomi yang lebih bagus. Sesungguhnya dasar ini membawa pulangan dan mewujudkan satu
kelompok terhormat Bumiputra berpendapatan tinggi dan sederhana. Juga, beliau menswastakan beberapa badan kerajaan dengan harapan dapat mewujudkan sejumlah peniaga tinggi Melayu yang boleh menyaingi kawan mereka dari bangsa lain, terutama orang Cina, jika tidak pun
menyaingi mereka dari segi jumlah.

Malangnya, kek ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputra lain yang mengecut membuatkan kerajaan tidak mampu untuk mengekalkan dasar afirmatif tersebut. Sejumlah orang Melayu dan
Bumiputra lain terpaksa dipinggirkan. Ini nampaknya telah juga menerbitkan sejumlah ahli politik Melayu dan peniaga kaya-raya pentingkan diri yang lupakan bangsa. Mereka mengumpulkan kekayaan dan kekuasaan ekonomi untuk diri sendiri sahaja.

3.6 Kesan-kesan Politik
Semua natijah wang Fiat di atas seterusnya memberikan kesan-kesan politik. Kami bertegas di sini bahawa pengecutan ekonomi perlahan tetapi berterusan orang Melayu itulah yang menyebabkan ramai menyokong parti-parti politik pembangkang, sesuatu yang sangat nyata dalam pilihanraya lepas, dengan harapan parti-parti ini dapat menolong mengatasi masalah
ekonomi mereka. Tetapi disebabkan struktur perbankan sekarang masih berkuatkuasa, parti pembangkang juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah mereka. Orang Cina pula sebaliknya sedaya upaya menyokong pembangkang, bukan kerana keciciran ekonomi tetapi melihat
peluang seumur hidup muncul untuk mendapatkan lebih kawalan yang juga boleh membawa mereka pergi jauh dalam perjalanan untuk mencapai penguasaan politik ke atas negara.

4.0 Menangani Akar Permasalahan dengan Dasar Proaktif dan Afirmatif
Untuk semua pemerhatian di atas, terutama tentang kejatuhan sosio-ekonomi orang Melayu di Malaysia, kami mahu menunjukkan jari pada sektor perbankan sebagai masalah akar. Ini kerana sektor itulah yang mencipta jurang luas pendapatan dan pengagihan kekayaaan antara kaum
melalui pengagihan tidak saksama jumlah besar wang Fiat yang diwujudkan sesuka hati.

Pengwujudan wang Fiat oleh sektor perbankan sesungguhnya adalah „hadiah‟ yang begitu menjolok mata apabila diberi di bawah undang-undang liabiliti terhad (sila rujuk artikel kami “Fiat Money and Interest Groups” yang muncul dalam majalah THE EDGE, 1 April 2013, muka
surat 56) berbanding saguhati jaminan kerajaan yang diberikan kepada Bumiputra, bertujuan untuk membantu mereka melalui segala macam ujian dan tekanan akibat penyingkiran ekonomi.

Sekarang adalah masa untuk kerajaan menghentikan dan menterbalikkan trend ketidaksamaan teruk dalam pengagihan kekayaan nasional di kalangan kaum, disebabkan sektor perbankan yang kini sudah memakan tempoh seabad setengah. Kerajaan harus mengambil berat tentang
ketidaksamaan ini menggunakan data yang boleh didapati dari Bank Negara atau terus mengambil langkah-langkah proaktif. Antara dasar segera yang kami selalu sarankan adalah memiliknegarakan (nationalisation, menjadikannya milik kerajaan) semua bank komersial demi
menghentikan dengan segera trend memusnahkan ini. Memiliknegarakan bank boleh juga menolong mengatasi defisit belanjawan kerajaan kerana duit yang dicipta daripada udara kosong menjadi milik awam berbanding pemilikan persendirian seperti dalam kes sekarang. Ini adalah
keutamaan tertinggi dan sangat sangat penting. Ia adalah juga resolusi utama Persidangan ke-3 Tahunan Dunia tentang Riba‟, 2012. Di Amerika Syarikat, usaha diperjuangkan Institut Perbankan Awam pimpinan Ellen Brown (penulis buku “The Web of Debt”). Beliau sering merujuk pada Dakota Utara yang memiliki perbankan awam, satu-satunya negeri dalam AS yang
tidak mengalami masalah kewangan ketika berlakunya kegawatan ekonomi AS sekarang.

Untuk menterbalikkan proses, dasar-dasar boleh meliputi sebagai contoh, pengwartaan secara rasmi penggunaan hasil minyak dan gas kerajaan untuk menolong mereka yang ekonominya ketinggalan dari semua kaum. Ini dijangka harus termasuk sebilangan besar orang Melayu, Bumiputra lain, orang India dan sejumlah orang Cina yang keciciran.

Kami percaya bahawa melalui dasar-dasar sedemikian, kekayaan nasional boleh diagihkan dengan lebih saksama kepada semua bangsa. Ini seterusnya akan menggalakkan ekonomi yang lebih stabil dan rancak, membawa kembali perpaduan orang Melayu, menempa keharmonian
kaum, menyusutkan rasuah secara signifikan juga tahap jenayah dan seterusnya menggalakkan keamanan dan kesejahteraan untuk semua. Hanya setelah kita menyelesaikan ini dan sewajarnya meratakan padang permainan ekonomi baru kita boleh bercakap tentang meritokrasi dan seterusnya. Kalau tidak, dengan dinamik sedia ada yang melanda kita semua, orang Melayu dan
penduduk asal tempatan kemungkinan besar akan menjadi „hamba‟ di negara sendiri.

Orang Melayu membenarkan mereka dikuasai secara ekonomi walaupun memiliki kuasa politik hanya kerana mereka adalah orang yang sangat bertolak ansur, dibentuk oleh kepercayaan agama. Cuba pertimbangkan kalau peranan diterbalikkan, misalnya jika negara ini awalnya
dihuni bangsa lain, dan orang Melayu adalah pendatang yang kemudian meraih kekuasaan ekonomi. Apakah bangsa lain akan bertolak ansur seperti dibuat orang Melayu selama ini?

Dipendekkan cerita, oleh itu kerajaan perlu mengambil tindakan-tindakan proaktif untuk memastikan kekayaan tanah „susu dan madu‟ ini dapat diagihkan lebih saksama, dengan cara meningkatkan keterlibatan orang Melayu and pihak lain yang terkesan demi membawa negara ini
ke hadapan menuju pencapaian taraf negara maju pada 2020.

5.0 Kesimpulan
Secara ringkas, penubuhan bank-bank persendirian pada permulaan 1860an, dan kemudian Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya, dan seterusnya Bank Negara Malaysia yang mengamalkan perbankan komersial berdasarkan fractional reserve, kesemuanya boleh menerbitkan wang daripada udara kosong, adalah permulaan proses mencengkam membawa
kepada „kebinasaan‟ ekonomi orang Melayu, penduduk setempat dan pedagang Islam.

Pengenalan nota bank Fiat oleh bank-bank awal di bawah sistem berdasarkan riba‟ tidak memihak pada orang Melayu mahupun pedagang Islam. Ini adalah kerana pengambilan dan pemberian riba‟ dilarang dalam agama. Pada mulanya, orang Islam tidak mahu bekerja langsung
dengan bank. Maka itu sewajarnya, struktur perbankan memihak kepada bukan Islam, terutama orang Cina yang meliputi komuniti perniagaan yang luas. Ini melonjakkan kemewahan ekonomi dan tahap pendidikan orang Cina jauh melebihi orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Oleh itu, pengwujudan wang Fiat oleh entiti-entiti di atas menyebabkan pengecutan sistematik keterlibatan kewangan relatif bagi orang Melayu, penduduk tempatan dan para pedagang Islam.
Pinjaman berdasarkan riba‟ memburukkan lagi keterasingan kewangan. Ini telah menyebabkan kekayaan amat besar dapat dipindahkan dari tangan orang Melayu melalui inflasi. Ia juga membawa pada kekurangan ekonomi yang terus melanda hingga kini. Seterusnya, ini menerbitkan kesan-kesan sosio-ekonomi-politik yang kita lihat di Malaysia sekarang.
Sekarang terpulanglah pada kerajaan, NGO-NGO dan orang ramai untuk mengambil langkah yang perlu demi memperbetulkan keadaan.

Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera
Dekan
Institut Kewangan dan Perbankan Islam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kredit to :Pn Norbaini Hasan yang kongsi artikel ini di group fb Gold Investor Club

*****************************************************

 

Masih ragu-ragu dengan simpanan emas,pelaburan emas dan bisnes emas yang sebenar?

 

Dapatkan Panduan Percuma dan Ebook di sini — > http://ebookemas.com/

 

 

 

TERKINI !!

 

 

 

Anda layak mendapat Bonus terbaru pembeli ebook iaitu 97 Ebook Bahasa Melayu tentang Pemasaran dan Bisnes Online

 

 

 

ebook promosi new 1 11 SEBAB Mengapa Kita Semua Perlu Simpan Emas

 

 

 

* 8 bonus + 1 BONUS TERKINI = 9 BONUS

Apa bonus yang anda dapat ?

KHAS buat pembeli Ebook Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab:Panduan Terkini Simpanan,Pelaburan dan Bisnes Emas 2013 :-

#Bonus no 1
Rahsia spread + Teknik Kutu /Ansuran Emas (individu dan kumpulan-bagaimana nak menjana keuntungan dgn kutu emas (bimbingan melalui ebook secara ringkas,group coaching untuk lebih detail)

#Bonus no 2
Setiap pembeli ebook akan dimasukkan ke sebuah group khas utk guide anda dan anda blh mendapatkan bimbingan dari sy secara esklusif + nota dan pelbagai lampiran

#Bonus no 3 :
13 artikel terbaik tentang emas yang MESTI anda baca

#Bonus no 4
Bimbingan esklusif di group khas utk support pembeli ebook selama 6 bulan

#Bonus no 5
Power point seminar emas (3 slide)
1-Simpanan emas
2-Celik emas bersama GCP
3-Pengurusan kewangan

#Bonus no 6
Tools marketing untuk pengedar secara online di support group@fb

#Bonus no 7
Power point training dealer ( 1 slide)

#Bonus no 8
Rakaman radio tentang emas sebanyak 3 Siri

#Bonus no 9
97 Ebook Bahasa Melayu tentang Bisnes dan Pemasaran Online

 

 

 

LAPORAN PERCUMA !!

Anda turut mendapat 6 laporan percuma yang esklusif
bg yang dah beli ebook tapi belum download,blh download
yang belum dapatkan ebook,boleh dapatkan sementara masih dibuka jualannya

1.Rahsia di Sebalik Gold bar 1gram: Bagaimana cara menjana keuntungan dengan modal yang kecil

 

 

 


2. Teknik Simpanan Emas dan Tip Mendorong Orang lain Celik Emas

 

 

 


3. Panduan Mudah Bisnes di internet

 

 

 


4. Buku Panduan khas untuk pengedar emas

 


5. Buku Panduan Khas untuk newbies

Dan LAPORAN PERCUMA TERKINI ialah RAHSIA saya menguruskan masa :

6. Teknik Terhebat Pengurusan Masa yang Terbukti Berkesan
Isi Kandungan :

-Kongsi Pengalaman
-11 Tip ke Arah Pengurusan Masa yang Berkesan
-5 Sebab Kita Perlu Pengurusan Masa
-Bagaimana Saya Menguruskan Masa + 5 Tip untuk bermula
– 2 Tip Pantas
-Tip dari Pakar
-Mengurus Masa dari Perspektif Islam

BERTINDAKLAH SEKARANG!

Layari : http://ebookemas.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge