Saya ada melakukan survey baru-baru ini di fb group perbincangan emas terhangat di Malaysia Gold Investor Club (GIC),dan ini adalah soalan,hasil jawapan dan di bawah sekali adalah pandangan saya.
Soalan:
Alia seorang penyimpan emas.Dia simpan dlm pelbagai bentuk gold bar,barang kemas dan dinar kerana masing-masing mempunyai kelebihan sndiri.
Satu hari dia teringin nak beli brg kemas baru untuk dipakai,manakah yang terbaik?
A.trade in (jual brg kemas yg ada beli yg baru)
B.pajak brg kemas lama beli yg bru
C.jual Gold bar sebab dia tak rolling pun (bukan peniaga emas)
D.usahakan wang lain utk beli yg baru,kekalkan yg lama
Jwb ikut situasi anda,bukan org lain..saje nk survey..
Tiada jwpan yg betul atau salah,post ini hanya utk perbincangan..
berikan jwpan shj atau jwpan beserta hujah. 🙂
Hasil :
90% memilih D sebagai jawapan pilihan mereka,selebihnya memilih jawapan lain.
Ini menunjukkan kematangan ahli group yang amat menghargai nilai emas.
Kenapa mereka memilih jawapan D?
1. emas lama selamat dari dijual,dapat beli emas baru
2.emas bertambah,bukan makin berkurang
3.Sesuai dengan matlamat simpanan emas jangka masa panjang,pembelian secara konsisten
4.Bimbang tak dapat semula dah harga yang dibeli dulu.
contoh :2010 beli ems 916 harga rm140/gram,sekarang sudah cecah rm195/gram
Ulasan pilihan jawapan A :
-Ramai orang suka dan guna cara ini,asalkan dapat emas baru,tanpa merasa rugi sebab susut nilai yang dikenakan kedai emas amat tinggi
-Cadangan saya,simpan sahaja emas yang anda tak nak pakai tu,nak yang baru,belilah lain.Melainkan emas anda itu rosak teruk dan anda memang tak mampu nak beli yang lain.
-Saya sendiri masih simpan 2 gelang emas anak saya yang sudah bengkok tak boleh pakai dengan niat untuk dijadikan aset buat anak saya itu nanti.Bukankah value emas terpakai pun makin naik dari semasa ke semasa?
-Kelebihan peniaga emas,kalau mereka nak jual juga,mereka boleh jual pada peminat emas terpakai.

Ulasan pilihan jawapan B :
-Cara ini boleh dilakukan,asalkan anda mampu untuk tebus semula dan ada plan yang tersusun.
-Sebaiknya,ketahuilah berapa peruntukan anda sebulan untuk tujuan tebus/bayar upah simpan dan berapa lama tempoh anda boleh tebus balik.Ikut plan yang telah dibuat dengan konsisten dan disiplin.
-Elakkan dari emas anda tergadai atau kena lelong.
Ulasan pilihan jawapan C:
Ada gold bar yang tidak digunakan?Kalau jual pun dah untung sebab dah lama beli.Maka bolehlah anda jual gold bar itu dan beli barang kemas untuk dipakai.
Macam saya sendiri,pernah jual beberapa keping gold bar yang saya memang tak jual dah produk tu,untuk beli barang kemas yang saya boleh pakai 🙂
Sekarang saya ada barang kemas untuk dipakai,dan gold bar GCP pula untuk diniagakan.Bila dah puas beli barang kemas untuk dipakai,maka bolehla start beli gold bar dan dinar balik untuk tujuan simpanan.
—————————————–
Ingin menyimpan emas atau menjadi pengedar Emas?
Hubungi saya sekarang ( 0199708897) dan rujuk cara membeli/mendaftar sebagai dealer di blog ini
Add saya di facebook untuk pelbagai keistimewaan 🙂