Kisah meniaga emas online dan Master Dealer 3 bulan

Siapa yang mengikuti kisah saya di blog ini,pasti tahu bagaimana saya bermula meniaga emas.Secara ringkas,asalnya saya hanya minat nak simpan emas untuk diri sendiri dan keluarga.Tapi respon yang diterima dari rakan-rakan yang mengetahui minat saya ini telah membuatkan saya minat untuk menyimpan sambil meniaga emas.

Apapun,saya banyak meniaga emas secara online.Asalnya saya berkongsi pengalaman di forum,tak tahu pun sebelum itu ada kaedah yang dipanggil sebagai “teknik pemasaran forum”.Saya bermula dengan sendiri sebelum mengetahui tentangnya.Niat asal hanya untuk berkongsi apa yang saya ketahui untuk dimanfaatkan oleh orang lain.Dari sinilah semuanya berkembang.

Yahoo Messenger saya yang sebelum ini ada rakan lebih kurang 20+,kini dah cecah 200 orang yang mana semuanya request untuk jadi rakan.Tapi bukanlah semua 200 orang ini menjadi pelanggan atau agen saya.Anggaran kasar,20% menjadi pelanggan,20% menjadi dealer dan selebihnya rakan biasa yang dalam proses mengenali emas dan belum ada keyakinan sepenuhnya.Ada juga yang menjadi rakan untuk menambahkan kenalan dan memperkenalkan bisnes mereka.Saya terima dengan hati terbuka.

Bukan semua add di ym,ada yang berurusan melalui sms sahaja,dan ada juga melalui panggilan telefon,tak kurang juga email dan paling sedikit adalah melalui fb(setakat ini saya belum menggunakan fb sebagai medium untuk bisnes sebaliknya hanya untuk update tentang emas dan perak serta DnD).Semua sms,email saya balas dan saya juga sudah biasa dengan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan.

Saya telah biasa dengan urusniaga melalui kurier dan kebelakangan ini ada juga urusan buyback melalui cara ini.Biasanya untuk urusan buyback saya akan mencari rakan peniaga yang berdekatan untuk berurusan bagi memudahkan kedua pihak.Banyak juga urusan COD sekitar Pahang tetapi paling banyak sekitar KL dan Selangor kerana mereka lebih mengenali saya secara online dan ada yang ingin berurusan secara offline atau pun mahu penerangan tentang emas -(TT)Table Talk.

Saya mempunyai kerja tetap dan  4 orang anak berusia dari 1 tahun hingga 6 tahun untuk diuruskan,kerana itu bisnes secara online amat sesuai dengan situasi saya.Terus terang,siapa yang menjadi pelanggan atau agen ini,saya tidak menganggap ia hubungan biasa penjual dan pembeli,sebaliknya lebih kepada hubungan persahabatan.Saya amat gembira kerana bisnes emas ini membuatkan saya telah mengenali lebih ramai orang termasuk dari kalangan peniaga emas seluruh negara.Secara tak langsung saya dapat menambah ilmu dan pengetahuan tentang emas dan perak,dinar dan dirham serta boleh berinteraksi dengan mereka melalui group-group emas di fb.Ada yang terbuka dan ada yang private untuk dealer sahaja.

Saya juga mempunyai group sendiri yang terbuka kepada semua orang di mana ia adalah platform untuk saya update info tentang emas dan perak ,perbincangan serta interaksi/bimbingan  kepada dealer-dealer dan sesiapa sahaja yang menyertainya.

Secara tak sedar,tahun lepas,hasil perniagaan online sahaja telah melayakkan suami saya menjadi Master Dealer PG dalam masa tak sampai 3 bulan.Kami sepakat meletakkan segala urusan jualan di atas nama suami untuk memudahkan urusan pengambilan stok dan sebagainya.Menjadi Master Dealer bukanlah target saya,sebaliknya apa yang diperolehi saya anggap sebagai anugerah Ilahi di atas fokus yang saya berikan selama beberapa bulan giat memperkenalkan emas sebagai simpanan.

Kesilapan utama saya ialah kerana pada awalnya saya anggap emas sebagai pelaburan,tapi setelah saya semakin lama mengenalnya,barulah saya sedar,ia adalah sebagai simpanan/aset.Tak salah rasanya menganggap ia sebagai simpanan + pelaburan,tapi biar berpada-pada.

Matlamat saya kini,saya tetap dengan pendirian bukan mahu mencari seberapa ramai dealer/pelanggan  untuk menjana keuntungan sebaliknya seberapa ramai ‘agen’  yang celik emas dan mampu menyebarkannya kepada orang lain.

Master Dealer atau apa sahaja hanyalah gelaran,sebaliknya saya selalu tanya diri saya,berapa ramaikah yang telah berjaya disedarkan tentang emas dan perak dan konsisten dengannya?Semoga usaha sampingan saya ini akan mencelikkan ramai orang tentang emas dan perak dan diberkati Allah swt

p/s: Saya boleh dihubungi melalui

email : selodimohdghazali@gmail.com

hp : 019-9708897

ym :lovelysyahmie@yahoo.com

fb : nor fazilah abd mohd

(sila maklumkan jika anda mengenali saya dari sini supaya saya boleh memasukkan anda ke group emas atau anda boleh menyertai terus saya dan lain-lain di “Gold Investor Club” di fb)

Anda juga boleh menghubungi dealer Rangkaian Emas Global berdekatan kawasan anda.Kami sedia membantu untuk urusan jual-beli dan khidmat nasihat tentang simpanan emas.



4 thoughts on “Kisah meniaga emas online dan Master Dealer 3 bulan

  1. salam, saya mengenali anda melalui laman web ni… boleh add saya dalam group emas anda?? untuk saya menambah kan lg pengetahuan dalam ilmu emas serta bertanya apa yg saya tidak faham…

  2. Salam..
    Saya amat berminat dn suka membaca perkongsian saudara..dan alhamdulillah saya br shj menjadi dealer pg…dan amatttt amatt memerlukan perkongsian ilmu…pimpin la org yg hendak dipimpin…

    • salam..tahniah..smoga dpt mnjdi pengedar emas yg baik..

      rmi yg tk tahu fungsi introducer..iaitu utk membimbing anda..crilah introducer anda dan rujuklah dgnnnya..kerana tgjwbnya utk mmbimbing anda slpas mndpt gnjaran dri syarikat kerana memperkenalkan anda..
      .slbhnya..dipersilakan menambah info2 di blog ini.ianya percuma.. 🙂

      blh juga cri group2 emas di fb dan bergaul dgn dealer2 yg lain..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge