Assalamualaikum..
Hari ini admin nak berkongsilah sikit tentang satu topik yang tak kurang penting sebab ramai sangat yang bertanyakan soalan ini,walaupun dalam blog ini ada banyak artikel yang sangat berharga,dah terbenam ke dasar (kena gali baru jumpa) 🙂
Saya faham,mungkin ramai yang sibuk atau tak jumpa artikel-artikel yang harus dibaca.Jadi ramai yang tak tahu apa yang harus mereka lakukan sebaik sedar mengenai simpanan emas.Untuk memudahkan anda,saya buat checklist langkah-langkah yang harus anda ambil sebagai pelanggan mahupun pengedar + penyimpan emas
Saya senaraikan apa yang harus anda lakukan sebagai penyimpan emas :
1. Tambah info dengan cara :
- Baca tentang simpanan emas di internet sama ada melalui forum,blog-blog emas dan sertai group perbincangan tentang emas di facebook sebagai contoh group Gold Investor Club.Cara ini lebih praktikal dan sesuai untuk mereka yang ada akses internet dan selalu online.
- Hadir ke seminar-seminar emas.Biasanya mana-mana seminar emas pasti akan menyampaikan info yang sama dan beza hanyalah pada produk dan sistem syarikat serta servis yang ditawarkan.Tapi pastikan anda hadir ke seminar emas yang menawarkan emas fizikal atau emas metal,bukan emas mental (saham emas,akaun emas,dapat pulangan bulanan).
- Sekiranya kedua di atas tidak dapat anda lakukan dan perlukan info secara terus,boleh hubungi mana-mana agen melalui telefon atau buat temujanji untuk berjumpa bagi penerangan lebih lanjut.Untuk pengetahuan semua,saya juga menawarkan perkhidmatan memberi penerangan dan rundingan secara PERCUMA tentang simpanan emas dan penerangan mengenai syarikat emas GCP melalui telefon dan anda boleh hubungi saya :
Hari bekerja (Isnin-Jumaat ) pukul 2.30 pm -11.30pm
Sabtu -Ahad ,serta cuti umum pukul 9.00am-11.30pm.
019-9708897
Fakta yang anda harus tahu tentang saya ialah ” Saya telah membimbing beribu penyimpan emas dan beratus pengedar hanya melalui bimbingan di facebook ( chat & support group) ,email dan telefon tanpa perlu bersua.Bagi yang ingin menuntut ilmu secara berdepan,anda boleh berjumpa dengan saya di Bentong,Pahang.
Jika ingin info terus ke email,Taipkan SMS <Minat GCP><email> dan hantar ke HOTLINE 019-9708897
Ingin bimbingan melalui facebook?Chat dengan saya,sebelum itu,kenalah add dulu.
KLIK sini : http://www.facebook.com/norfazilah.abdmohd
Join KELAS EMAS secara percuma di alam maya 🙂
2. Apa info yang harus anda baca sebenarnya ?
- Pengenalan mengenai emas,termasuk sejarah mengenainya.
- Wang kertas vs Emas
- Perbezaan di antara wang dan matawang
- Hakikat mengenai wang kertas ,riba serta sistem kapitalis
- Keistimewaan emas
- Sebab -sebab anda perlu menyimpan emas
- Kenapa harga emas naik untuk jangka masa panjang
- Inflasi dan kesannya kepada kewangan anda untuk jangka masa panjang
- Rahsia emas,tip-tip,panduan dan teknik simpanan emas secara selamat yang harus anda tahu
- Tip elak tertipu dengan skim pelaburan emas,saham emas maya,dan sistem ar rahnu
Tak larat nak google?
Anda juga boleh baca artikel-artikel berkaitan di web ini.Berikut saya listkan link yang MESTI anda baca :
– http://jutawangold.com/quick-notes-simpanan-emas (Asas)
– http://jutawangold.com/quick-notessimpanan-emas-perak-2 (Advanced)

Dah tahu pasal emas,kat mana dan di mana saya nak beli?
Di kedai emas atau syarikat emas?
Kalau syarikat emas,yang mana satu? Banyak syarikat emas sekarang ini.
Kalau tanya saya,dah tentu saya suggest beli produk GCP sebab saya pengedar sah GCP 🙂
Nak tau tentang company lain,silalah rujuk di web company masing-masing atau baca blog-blog dealer mereka.
Kenapa mesti beli produk GCP ? Apa kelebihannya berbanding beli di pasaran biasa.
1.Murah sangat.
Penjimatan berganda.
2. Tiada upah tukang.
Kenapa bayar lebih?
3.Syarikat bumiputra muslim 100%.
Sokong perniagaan orang Islam kita,mereka bayar zakat.
4.Bersistem
Boleh tempah 24 jam 7 hari seminggu dan harga berubah 2 kali sehari.
5.Stok mudah didapati.
Konsep Tempah-Bayar-Tunggu.
6.Calar,bengkok,buka plastik diterima.
Dinilai pada berat dan ketulenan,bukan pada rupanya.
7.Setiap belian disertakan sijil dan resit.
Boleh dipercayai (trusted),jika tidak,anda boleh ambil tindakan.
8.Mempunyai pengedar di seluruh Negara.
Nak jumpa pun boleh untuk membeli by hand dan penerangan lebih lanjut.
9.Kos penghantaran PERCUMA
Kalau boleh jimat masa,tenaga dan kos,apa lagi yang anda inginkan?
10.Rundingan dan bimbingan PERCUMA
Tak perlu bayar walaupun sebenarnya ianya PRICELESS..

1.Buat sedikit research mengenai company tersebut
– Survey web mereka
– Hubungi agen untuk bertanya kerana melihat pada web sahaja tidak mencukupi
– Agen yang bagus akan menceritakan dengan jujur mengenai company yang disertai dan tidak menjanjikan pulangan yang bukan-bukan atau jaminan keuntungan yang tidak munasabah.Semuanya atas usaha masing-masing.Anda buat,anda dapat.
2. Servis yg ditawarkan
– Kaji apa servis dan apa yang ditawarkan,dan adakah ianya berbaloi untuk anda.Jangan mudah terpedaya dengan pelbagai tawaran yang kebanyakannya anda tak perlukannya pun.Lebih bagus jika ada bantuan dari segi pemasaran yang diakui memakan kos yang tinggi,tapi agak berbaloi untuk pengedar kerana boleh dijadikan marketing tool dan alat untuk “branding” diri sendiri.
3.Pastikan Bersistem
-Pilih syarikat yang ada sistem kerana hanya syarikat seperti ini yang memudahkan urusan pengedar dan boleh pergi jauh
-Perlu ambil tahu bagaimana fungsinya dan apa bagaimana anda boleh manfaatkannya.
4. Kenali Produk
– Kenali pilihan-pilihan produk yang ditawarkan oleh company dan kaji harga dan spread (susut nilai).Tetapi jika anda berniat untuk menjadi seorang penyimpan,bukan pelabur maka spread tidak begitu penting buat anda.
-Company yang bagus akan menawarkan pelbagai jenis emas fizikal :
i) Barang kemas 916/999 -sesuai untuk jangka masa panjang /pendek.Mudah dipajak di mana-mana
ii)Dinar /gold bar – lebih sesuai untuk jangka masa panjang ,jangka masa pendek pun boleh jika kena cara
iii) Selain emas menawarkan produk perak (silver ) yang semakin mendapat perhatian orang ramai sekarang
p/s: Nasihat saya,kenalpasti matlamat simpanan anda dan simpan dalam semua bentuk kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri.


5. Pilih Introducer
Pilihlah orang yang memperkenalkan anda dengan emas dan sesuatu company,tapi jika anda tidak yakin dengan kemampuannya,pilihla orang yang boleh membimbing anda.Banyak yang terjadi,ramai yang tersalah langkah memilih introducer yang tidak membantu,perkara asas contohnya cara nak menempah produk pun tak tahu.
Bagaimana Introducer membantu anda?
1.Memberi penerangan yang jelas kepada anda tentang simpanan/pelaburan/bisnes emas
2.Memberi panduan kepada anda cara-cara untuk membuat tempahan,prosedur syarikat,dan bagaimana anda perlu restock/top up semula stok anda setiap kali berlaku jualan
3.Menerangkan proses jual dan beli dengan pelanggan dan cara ia dilakukan
4.Menyediakan platform untuk anda gunakan supaya boleh berinteraksi secara online dengannya
5.Menyediakan platform untuk anda mengenali dan berhubung dengan ramai peniaga-peniaga emas pelbagai produk di seluruh negara supaya anda mempunyai ‘link’ yang baik untuk menambah ilmu atau membeli/menjual stok.
6.Membantu serba sedikit mengenai marketing (pemasaran)
7.Menggalakkan anda menyebarkan tentang emas,perak,dan kepentingannya.
Tapi,jangan mengharapkan Introducer anda boleh lakukan semua ini tanpa ada kesungguhan dari pihak anda.Apa yang harus anda lakukan jika benar-benar ingin berjaya ialah bertanya..yang kedua bertanya..yang ketiga pun..bertanya.
Saya berminat lah nak jadi pengedar sebab :
– Nak dapatkan stok murah untuk simpanan sendiri
– Sambil menyimpan saya nak ajak orang lain pun simpan emas dan jana pendapatan dengan meniaga emas
Apa Langkah pertama selepas menjadi pengedar ?
1. Kenali lebih dekat Company yang anda sertai
2.Tahu perkara basic,cara membeli /menempah produk,cara menjual balik,cara mendapat keuntungan dan sebagainya
3.Kenalpasti apa matlamat anda,adakah menjadi pengedar dengan tujuan menyimpan untuk diri sendiri atau sambil ingin menjana pendapatan.
4.Susun strategi mengikut matlamat yang ingin anda capai.Sebagai contoh,jika ingin menyimpan sambil menjana pendapatan,anda haruslah ada sikap untuk belajar dan terus belajar selok belok perniagaan emas dan disertai tindakan
5.Terus tambah ilmu dari semasa ke semasa dan update info-info terkini di group-group support di fb.Jika tidak ada fb,bolehla hubungi introducer dari semasa ke semasa untuk bertanyakan info terkini.
6.Sentiasa berkongsi (Sharing) dan niatlah untuk menambah nilai (add value) kepada hidup orang lain.Usaha pengedar emas mengajak orang ramai menyimpan emas sangat murni sebenarnya dan anda sedang berjihad memerangi riba yang ada dalam wang kertas (walaupun kita tidak dapat keluar sepenuhnya).
Perniagaan yang memberi nilai tambah kepada orang lain boleh bertahan lebih lama dan berkat
7. Konsisten dengan apa yang anda usahakan,biarpun sedikit usaha itu tetapi yang penting ialah istiqamah (berterusan).Berkat kesabaran dan usaha anda,pasti akan diberi ganjaran,jika tidak di sini,di akhirat sana,InsyaAllah.
8.Belajar dari kesilapan
Sekiranya dah berusaha macam-macam tapi semuanya tak tercapai,ambillah masa untuk melihat kembali kesilapan dan kelemahan diri.Orang yang berjaya pada hari ini belajar dari kegagalan mereka di masa lalu.Tidak ada orang yang terus berjaya sekelip mata.Pengalaman adalah guru yang paling kejam,tapi dalam masa yang sama sejarah yang paling bagus.
Kesimpulannya,tanyalah diri anda,mahu yang bagaimana dan bertindaklah sewajarnya.Tak perlu kaya untuk anda bermula dengan simpanan emas ini sebenarnya.Buat anjakan paradigma mengikut kemampuan anda dan bukan sebab nak ikut orang lain semata-mata.
Sekian,jumpa lagi.
Salam Ramadhan dan mohon kemaafan jika ada salah dan silap admin sepanjang menulis di web ini.

http://jutawangold.com/cara-mendaftar-sebagai-dealer
Ingin membeli ?Klik sini : http://jutawangold.com/cara-membeli-produk