Simpanan Emas (Basic)
Adakah Simpanan Emas & Silver Dapat Menjamin Kewangan Anda?
Pengenalan
- Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri
- Selepas kejatuhan ekonomi,baru ramai yang sedar di sebalik kejatuhan yang tidak diduga rupa-rupanya ada benda yang tidak tergugat iaitu emas
- Negara yang mempunyai rizab emas yang banyak,ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas
Mengapa Emas mahal?
Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana 2 sebab utama,iaitu sama ada kerana ianya sedikit ataupun kerana ianya mempunyai banyak kelebihan. Emas memiliki kedua-dua ciri ini.
- Permintaan melebihi penawaran
- Suasana politik,bencana alam,kenaikan harga komoditi terutamanya minyak-mampu member kesan kepada harga emas
Faktor utama ialah kenaikan kadar inflasi.Inflasi secara mudah membawa maksud penyusutan nilai wang.Kesan inflasi dapat diperhatikan pada kenaikan harga barang.Kesan inflasi menyebabkan wang fiat yang disimpan semakin menurun nilainya.
Apa itu Wang fiat?
Wang digunakan sebagai medium pertukaran. Wang kertas yang kita gunakan dalam urusan jual beli seharian dikenali sebagai wang fiat.Wang fiat bermakna wang yang hanya mempunyai nilai muka,tetapi tidak ada nilai intrinsik.Nilai intrinsik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda.Nilai muka pula bermaksdu nilai yang tertera pada wang kertas itu.
Pada hakikatnya kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai.mungkin hanya lebih kurang satu sen sahaja. Wang fiat dicipta oleh pihak bank melalui system Fractional reserved banking.Ia dihasilkan tanpa disandarkan pada sebarang aset berharga. Tambatlah nilai menggunakan emas kerana nilainya tidak jatuh.
Apakah Keistimewaan Emas?
- Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik. Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
- Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
- Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
- Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
- Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
- Mudah untuk menukarkan kepada duit
- Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.
“Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan serta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda dari terus miskin”
Sebab Apa Perlu Menyimpan Emas?
1.Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..
3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.
Keistimewaan perak ( silver)
- Bekalan global perak hanya boleh didapati 30 ribu juta di mana 1/5 daripada bekalan emas dunia
- Permintaan industri dan permintaan utk pelaburan menyebabkan bekalan berkurangan
- Harganya meningkat lebih pantas dari logam berharga yang lain
- Perak meningkat 280% dlm msa 8 tahun
- Pulangan pelaburan yang tinggi
- Risiko yg minimum kerana perak adalah aset yg berharga dan tidak akan menjadi sesuatu yg tdk bernilai
- Berharga untuk selama-lamanya
- Pelindung kekayaan
- Kalis inflasi
Kenapa kita perlu membeli emas atau perak?
1. Emas dan perak mempunyai nilai intrinsik.
Emas dan perak tidak seperti duit kertas yang hanya mempunyai nilai disebabkan keyakinan anda sahaja. Tahukan anda berapa kos mencetak duit kertas RM50 dll? 30 sen? 20sen?
Bank-bank pusat senantiasa menganggap emas sebagai duit tetapi masih ramai pelabur masakini menganggap emas hanyalah komoditi biasa. Pada akhir tahun 2009, emas sekali lagi menjadi matawang setelah bank-bank pusat dunia termasuk bank pusat China, India dan Russia menjadi pembeli emas setelah hampir 20 tahun. Dan dipercayai bahawa bank-bank pusat tersebut sedang bersiap sedia untuk mengembalikan sistem matawang yang bersandarkan emas (Gold standard).
2. Harga emas dan perak masih murah.
Sekiranya harga emas dan perak dikira berdasarkan keadaan inflasi sekarang harga emas berada pada paras USD2300 – 5000 dan harga perak pula pada paras USD150-300.
Boleh dikatakan hanya 1.5% daripada jumlah aset seluruh dunia disimpan dalam bentuk emas. Dengan hanya 1.5% daripada jumlah aset harga emas sudah pun USD1474,bayangkan sekiranya jumlah tersebut meningkat ke 10% atau 20%?
3. Emas dan perak tidak boleh dicetak sebagaimana matawang kertas.
Yang peliknya apabila matawang dicetak tanpa kebenaran kerajaan ianya dikira wang palsu, akan tetapi apabila ia dicetak dengan kebenaran kerajaan ia adalah duit yang sah sekalipun kualiti kedua-duanya hampir sama.
4. Index USD dan kuasa membeli dollar semakin jatuh.
Gambarajah di atas menunjukkan semakin rendah index dollar semakin tinggi harga emas.
5. Dapat menyelamatkan kewangan daripada kesan inflasi.
Kuasa membeli dollar Amerika menurun dari USD1 kepada USD0.02. Ini bermakna kuasa membeli dollar sudah hilang lebih daripada 96%.
Kaitan dollar Amerika dengan matawang ringgit.
Banyak yang tidak mengetahui kaitan antara dollar dengan RM. Perkaitannya amat mudah sekali kerana matawang ringgit merupakan matawang yang dipanggil basket currency yang mana RM di back up dengan USD, Euro, renmimbi dll. Sekiranya dollar jatuh, secara tidak langsung nilai matawang ringgit juga akan jatuh.
Pernahkah anda melihat atau mendengar tentang Amero?
Sudah tentu tidak bukan. Amero merupakan matawang kesatuan amerika utara yang terdiri daripada US, Canada dan Mexico. Tujuan matawang tersebut ialah untuk memudahkan urusan ekonomi antara ketiga-tiga negara. Buat masa sekarang Amerika mungkin tidak menunjukkan minat kepada matawang tersebut akan tetapi apabila index dollar jatuh menjunam sudah pastinya amerika akan menggunakan matawang Amero.
Matawang Amero ini dicetak oleh Federal Reserve dan percetakannya adalah dikatakan berpunca daripada penyingkiran USD sebagai matawang simpanan dan urusan jual beli antarabangsa yang mana akan menjadi lebih teruk tidak lama lagi disebabkan oleh percetakan dollar tanpa di back up dengan emas.
Persoalan yang timbul sekarang ialah bilakah kita akan melihat Amero sebagai matawang rasmi Amerika dan Amerika Utara? Tahun ini 2012, ataupun tahun hadapan??!
Kenapa harga emas akan terus meningkat?
a) Polisi kewangan US yang membawa kepada inflasi, polisi fiskal US yang tidak rasional, hutang US yang tinggi dan kejatuhan nilai dolar kesemuanya menyumbang kepada meningkatnya inflasi di US. Meningkatnya inflasi membawa kepada meningkatnya harga emas.
Hutang terkini US ialah USD14.311 trillion dan siling hutang US ialah USD14.294 trillion. Ini bermakna hutang kerajaan US sudah pun melebihi had yang dibenarkan. US sebenarnya sudah bankrap!!!!. Tapi kenapa US belum lagi diisytiharkan bankrap?!! Ini kerana, jumlah yang dikira layak untuk diisytiharkan bankrap ialah jumlah hutang sebenar ( public debt ) sehingga hari ini berjumlah USD 14.24 trillion.
Menurut Geithner, Setiausaha Kewangan US, US mempunyai beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan negara itu daripada bankrap sehingga 8 Julai 2011. Sekiranya langkah-langkah tersebut gagal, US akan menggunakan senjatanya yang terakhir iaitu dengan meningkatkan lagi siling hutang.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas dan perak melonjak tinggi.
Gambarajah di atas menunjukkan hutang US dari tahun 1939 sehingga tahun 2015. Peningkatan hutang adalah secara parabolik.Tidak hairanlah sekiranya harga emas dan perak juga akan meningkat secara parabolik.
b) Tidak ada jalan penyelesaian yang mudah atau cepat di dalam krisis ekonomi negara-negara Eropah.
c) Minat orang di negara China terhadap perhiasan dan pelaburan emas semakin meningkat dan keadaan ini akan berterusan dengan berkembangnya ekonomi, peningkatan kadar pendapatan individu, kebimbangan terhadap inflasi dan juga polisi kerajaan China yang menggalakkan rakyatnya membeli emas.
d) Meningkatnya keperluan emas jangkamasa panjang di India dan China.
e) Meningkatnya minat bank-bank pusat dunia terhadap emas sebagai simpanan berbanding dollar US.
f) Pengeluaran emas dari lombong yang sedikit ataupun statik untuk jangkamasa 5 tahun mendatang. Negara-negara pengeluar emas seperti China dan Russia menyerap lebih banyak hasil pengeluaran emas mereka berbanding tahun sebelumnya untuk memenuhi keperluan dalam negara.
g) Harga emas dan perak masih rendah berbanding dengan harga sebenar berdasarkan inflasi. Sebagaimana yang diterangkan di atas harga emas USD2300 paling rendah dan perak USD150. Oleh itu, harga kedua-dua komoditi tersebut masih mempunyai potensi untuk naik sehingga harga tersebut. Sekiranya US mencetak sekali lagi duit dollar pada tahun ini, nescaya harga emas dan perak berdasarkan inflasi akan meningkat lagi.
Jumlah peratusan keuntungan masih jauh. Berbanding dahulu hutang negara US hanyalah lebih kurang 1.5 trillion dan kuasa membeli dollar US adalah 10 kali ganda lebih besar daripada sekarang. Jadi emas dan perak masih mempunyai potensi yang cukup besar untuk sampai ke kemuncak harga yang lebih tinggi.
Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyimpan di dalam emas dan perak ialah :
- Margin yang rendah.
- Jual dan beli semula.
- Kualiti komoditi. Preferably 999.9
- Syarikat yang besar dan kukuh.
- Mudah didapati.
- Khidmat menyimpan.
Terdapat pelbagai syarikat atau institusi yang menawarkan pelaburan emas dan perak ini. Antara institusi-institusi tersebut ialah:
- Bank Negara Malaysia – Kijang Emas
- Maybank Bhd – Kijang Emas
- Public Gold Marketing Sdn Bhd – Public Gold bar, Public Dinar, Public Jewellery, i-series
- Gold Crest Pavillion (GCP) – Gold bar,Brg Kemas 999,Dinar 999
- Kelantan Gold Trade Sdn Bhd – Dinar Kelantan (KGT)
- UOB Bank – Canadian Gold Maple Leaf, Swiss Kinebar etc
- Kuwait Finance House – Gold Accout – i
- Habib Jewel – Pamp Suisse Gold Bar
- Poh Kong – Bunga Raya Gold Bar
- GSR – emas dan silver coin/bar
- Tomei – gold bar klcc
- Alliance gold – alliance gold bar
- Sinar Gold – barang kemas
- Amsyik Gold – dinar,brg kemas,dirham
- Sri Ayu – dinar,bar,barang kemas
Jenis –jenis emas
- Barang kemas
- Bar
- Syiling emas
- dinar
- Nugget emas
Gred emas
- 24k – 999
- 23k-950
- 22k – 916
- 18k-750
- 14k -583
- 10k -417
- 9k -375
Harga barang kemas di Malaysia boleh disemak di web : FGJAM (susut nilai =25%).
Perancangan Sebelum Menyimpan
- Membuat Analisis dasar dan teknikali – Analisis dasar (analisis fundamental) dan Analisis Teknikal, analisis Penawaran dan permintaan, trend pergerakan harga, pengaruh ekonomi dan pasaran,trend pasaran emas,pegangan emas oleh sesebuah Negara,bank2 pusat dan sebagainya,boleh rujuk World Gold Council (WGC) mengenai trend yang disebut yang dikeluarkan oleh WGC dalam laporan bertajuk Gold Investment Digest – www.gold.org, Harga pasaran semasa dan sejarahnya Boleh rujuk di www.kitco.com, Senario Global dan Keadaan ekonomi dan kewangan
- Menetapkan Matlamat
- Membuat perancangan simpanan emas yang munasabah
- Menyediakan rekod catatan
- Menyusun strategi
- Berdisiplin
Empat Jenis Pembeli :
- Membeli semasa harga emas tinggi
- Membeli semasa harga emas rendah
- Membeli kerana orang lain beli
- Membeli kerana ada ilmu tentang emas
Misi kami di Jutawangold.com
- Menyampaikan info tentang emas agar masyarakat sedar kepentingan menyimpannya
- Mengikis kekaratan fikiran bahawa menyimpan wang kertas lebih baik,sebaliknya kami ingin masyarakat celik emas
- Memperkenalkan dinar dan dirham
- Seterusnya melaksanakan penggunaan dinar dan dirham untuk muamalat (jual beli)
Dinar dan dirham adalah matawang Islam yang digunakan untuk tujuan muamalat. Untuk lebih info anda boleh mengikuti group @ facebook : Dinar Dinihari dan group Dinar dan Dirham. Ada banyak doc yang boleh membantu anda memahami tentang DnD.
Siapa kami ?
Interaksi online bersama kami. kemukakan sebarang persoalan dan ikuti perkembangan semasa dunia emas di group Gold Investor Club @ Facebook
Simpanan Emas (Advanced)
KUASAI fakta dan jadi PENYIMPAN emas yang HEBAT
Anda akan dapat info berkenaan perkara di bawah :
- Pengenalan mengenai emas,termasuk sejarah mengenainya.
- Wang kertas vs Emas
- Perbezaan di antara wang dan matawang
- Hakikat mengenai wang kertas ,riba serta sistem kapitalis
- Keistimewaan emas
- Sebab -sebab anda perlu menyimpan emas
- Kenapa harga emas naik untuk jangka masa panjang
- Inflasi dan kesannya kepada kewangan anda untuk jangka masa panjang
- Rahsia emas,tip-tip,panduan dan teknik simpanan emas secara selamat yang harus anda tahu
- Tip elak tertipu dengan skim pelaburan emas,saham emas maya,dan sistem ar rahnu
Anda juga boleh baca artikel-artikel berkaitan di web ini.Berikut saya listkan sebahagian artikel yang MESTI anda baca :
Sejarah Wang Kertas :
– http://jutawangold.com/artikel/wang-kertas-vs-emas-sejarah-untuk-dikaji.html
– http://jutawangold.com/artikel/penipuan-terhebat-wang-kertas.html
Nak lebih advanced :
Ini adalah Siri 1,sila baca kesemua 4 siri yang dicadangkan di bawah artikel di link ini :
Memahami tentang Riba :
– http://jutawangold.com/artikel/bagaimana-bank-mencipta-wang-riba.html
– http://jutawangold.com/artikel/ekonomi-ribapencetakan-wang-atas-angin-punca-krisis.html
Artikel Pilihan tentang Emas :
– http://jutawangold.com/artikel/emas-sebagai-simpanan-atau-pelaburan.html
– http://jutawangold.com/artikel/kenapa-kita-perlu-membeli-emas-dan-perak.html
– http://jutawangold.com/artikel/cerita-emas/panduan-meningkatkan-simpanan-emas-keluarga.html
– http://jutawangold.com/artikel/inflasi-simpan-emas-atau-wang-kertas.html
– http://jutawangold.com/artikel/modal-emas-vs-tabungan-emas.html
– http://jutawangold.com/artikel/buta-emas-vs-celik-emas.html
Koleksi artikel berkaitan Dinar dan Dirham,sila klik sini :
– http://jutawangold.com/category/pengenalan/dinar-dan-dirham
Berkenaan Syarikat GCP boleh baca di sini :
Pengenalan syarikat dan produk :
– http://jutawangold.com/pengenalan/kenali-goldcrest-pavilion.html
– http://jutawangold.com/pengenalan/produk-emas/produk-keluaran-goldcrest-pavilion-gcp.html
Keistimewaan dan kelebihan sebagai pengedar :
– http://jutawangold.com/artikel/tawaran-menjadi-pengedar-gcp-masih-rm1k-kenapa-gcp.html
– http://jutawangold.com/artikel/13-sebab-mengapa-anda-harus-menjadi-pengedar-gcp.html
– http://jutawangold.com/artikel/10-keraguan-anda-terhadap-emas-dan-syarikat-gcp-terjawab.html
Cara membeli @ mendaftar sebagai dealer :
– http://jutawangold.com/cara-mendaftar-sebagai-dealer
– http://jutawangold.com/cara-membeli-produk
Tak ada masa untuk membaca semua link di atas?
Jom dengar saya di radio ,bersiaran sebanyak 4 kali,3 yang dirakam.
Buka link ini ,download dan dengar :
– http://jutawangold.com/admin-jutawangold-on-air-radio
Adakah saya telah membantu ramai orang ?Jawapannya ye dan ianya TERBUKTI ,boleh rujuk link di bawah :
– http://jutawangold.com/category/pengenalan/testimoni-pengguna-emas
FAST action FAST result…JANGAN tunggu lagi
Awas Elakkan dari terjebak :
– http://jutawangold.com/artikel/7-jangan-dalam-simpanan-emas.html
– http://jutawangold.com/artikel/sistem-ar-rahnu-bukan-perniagaan.html
– http://jutawangold.com/artikel/scam-virgin-gold-mining-corporation-vgmc.html
– http://jutawangold.com/artikel/adakah-genneva-dan-pageantry-gold-scam.html
– http://jutawangold.com/artikel/genneva-dah-sah-haram-next-skim-emas-vgmcecmc-dan-rgcx.html
Semoga membantu 🙂
– Nor Fazilah Abd Mohd @ Founder of Jutawangold
Kalau rajin,galilah lagi..ada banyak lagi artikel2 menarik di web ini..
Asas simpanan emas: yang perlu anda tahu
Ramai orang yang baru kenal emas sebagai simpanan dan pelaburan tertanya-tanya banyak soalan dan ingin tahu banyak perkara.Mereka akan tertanya-tanya apakah simpanan emas ini,bagaimana hendak untung dan macam-macam lagi.
Saya cuba senaraikan apa yang anda perlu tahu dari sudut pandangan saya yang secara tak langsung terlibat dengan simpanan emas sejak penghujung tahun 2008.
1.Sebaik sahaja anda sedar tentang kepentingan emas,anda buat sedikit kajian.Mudah sahaja,maklumat kini hanya di hujung jari,pakcik google sedia membantu.
-kini terdapat banyak blog tentang emas,kebanyakkannya adalah kepunyaan dealer PG,GCP dan beberapa syarikat lain.Forum yang membincangkan tentang emas juga membantu kerana anda boleh membaca komen/pendapat dari ramai orang.Forum yang saya paling minati ialah carigold.com.Di sinilah saya mula berkongsi pengalaman dengan orang lain sehingga saya melangkah satu demi satu hingga ke tahap ini.Alhamdulillah.
-namun awas!membaca di internet sahaja tidak mencukupi.Anda boleh menghubungi mana-mana dealer/individu yang diyakini boleh membantu anda menjadi lebih faham tentang emas.
2.Boleh melihat web syarikat yang menjual emas ini untuk mengetahui serba sedikit tentang syarikat,produk,harga dan pelbagai maklumat lagi yang mungkin membantu anda membuat pilihan nanti.Antara web yang anda boleh lihat ialah produk Public Gold dan GCP.Klik sahaja di ‘banner’ yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan di web ini.Selain itu,anda boleh melihat beberapa produk lain di menu bahagian bawah sebelah kanan web ini untuk membuat perbandingan.
3.Faktor yang anda perlu ambil kira:
jenama- pentingkah jenama?ada pro dan kontra nya.Emas tetap emas tak kira jenama apa.Apa yang penting ialah ketulenan dan beratnya betul.Jenama penting juga apabila anda berkira-kira untuk menjadikan emas sebagai simpanan+pelaburan.Dari segi ini saya boleh katakan,emas yang dikenali ramai lebih mudah dijual semula.Contohnya emas pilihan masa kini,Public Gold dan GCP.Jenama tidak penting jika anda pasti ia memang untuk simpanan semata-mata,tujuan memajak atau untuk peleburan bagi proses menjadikan ia barang kemas.
harga/spread -kedua faktor ini memainkan peranan kerana saling bersangkut paut antara satu sama lain.
Apakah spread?
1. SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula mengira SPREAD adalah sebagaimana berikut:
2. SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY
3. Peratusan SPREAD = (Jumlah SPREAD / Harga WE BUY) x 100
Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Di website syarikat emas akan tertera harga ‘we buy’ (kami jual)-ini maksudnya harga jualan syarikat/dealer manakala ‘we buy’(kami beli) adalah harga belian balik syarikat/dealer jika anda ingin menjual kembali.
Bagi yang menjadikan emas sebagai pelaburan-buy low sell high (beli rendah jual tinggi)-spread dan harga ini penting diketahui.
Emas Murah spread tinggi atau Emas Mahal spread rendah menjadi pilihan anda?Tepuklah dada tanya selera.
Masing-masing mempunyai kelebihan dan emas dengan harga murah spread tinggi kini boleh diatasi masalah spread tersebut dengan cara pemberian diskaun oleh dealer.
ketulenan -emas mempunyai banyak gred.Paling digemari emas dengan ketulenan 916 (22k) dan 999.9 (24k).Emas 916 biasanya dinar dan barang kemas.Manakala emas 999 pula dalam bentuk gold bar.Namun kini ada pilihan dinar 999 (GCP) dan barang kemas 999 (Rantai tangan/rantai leher GCP).
Kos pergram bagi emas 999 beza antara rm8-rm9 dengan emas 916.Maka kenaikan ketara pada harga ialah emas 999.Jika ingin untung yang lebih,maka emas 999 dicadangkan.
4. Jenis-jenis simpanan/pelaburan emas :
-Pelaburan melalui buku aka emas maya seperti GSPA (Public Bank) GIA (Maybank) dan KFH.Setakat ini yang patuh syariah adalah KFH,yang lain tidak digalakkan kerana haram.Ini kerana beli emas tidak dapat emas,maka ia tidak memenuhi hukum sah jual beli dalam Islam
-Pelaburan emas fizikal-dalam bentuk dinar,syiling dan jongkong (gold bar)
5.Bagaimana bermula?Berapa harus saya simpan/laburkan dalam emas ?
Sebaiknya anda memahami dahulu dan kutip seberapa banyak ilmu tentang emas ini.Ini akan membantu anda membuat keputusan kelak termasuk tentang berapakah yang harus dilaburkan dalam simpanan emas ini.Anda juga boleh memohon pendapat/pandangan dari individu yang sudah berpengalaman dalam simpanan/pelaburan emas.Anda juga boleh baca di menu Soalan Lazim/FAQ di web ini.
6.Perkaitan emas dan wang kertas
Ini antara bahagian penting dalam memahami tentang emas.Tahukah anda emas adalah wang yang sebenar?Pada zaman dahulu emas dan perak dijadikan wang.Wang kertas pernah bersandarkan emas,namun sejak 1971 ia tidak lagi bersandarkan apa-apa.Ini menyebabkan wang kertas sebenarnya hanyalah nilai yang diperakukan oleh sesebuah negara.Negara yang menguasai matawang semua negara adalah USD.Mereka boleh mencetak wang sesuka hati mereka dan ‘merompak’ hak negara lain dengan wang kertas ciptaan mereka.
Lihat sahaja di sekeliling kita,harga barang semakin naik.Inflasi menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurangan dan wang kertas semakin susut nilai.Contoh inflasi yang jelas,dulu dengan rm10 pergi ke pasar kita dapat beli macam-macam.Tapi sekarang dengan nilai wang yang sama iaitu rm10 kita hanya dapat membeli sedikit sahaja barang.
Wang kertas susut nilai,emas ?Emas semakin bernilai.Selagi matawang tidak bersandarkan emas,selagi itu harga emas akan naik untuk jangka masa panjang.Penurunan jangka masa pendek adalah sesuatu yang normal kerana harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor lain juga yang akan dibincangkan di artikel lain nanti.
Semoga artikel ini boleh memberi penerangan serba sedikit tentang asas dalam simpanan emas.