JutawanGold diasaskan pada 17 Januari 2011 oleh saya,Nor Fazilah Abd Mohd.Sebelum mempunyai blog,saya banyak berkongsi ilmu tentang emas di forum-forum di internet.
Terlibat dalam bidang emas sejak tahun 2008,dan bermula sebagai pengedar emas secara aktif pada tahun 2010.
Saya adalah seorang guru Matematik yang sudah mengajar sejak tahun 2005, isteri kepada suami tercinta,Mohd Selodi bin Md Ghazali (Eddy) dan ibu kepada 4 orang anak. Selain tugas hakiki sebagai seorang guru,saya menjalankan perniagaan emas,menjual dan membeli emas,perak, barang kemas serta berkongsi ilmu tentang emas.
Saya dan suami juga menjalankan perniagaan gerai nangka madu dan sedang dalam proses untuk mengembangkan lagi bisnes kami dari semasa ke semasa.Untuk maklumat lanjut anda boleh layari blog saya iaitu Nangka Madu 916
Setakat ini saya menjalankan perniagaan secara ‘online’ 95% dan ‘offline’ 5%.Saya berpengalaman sebagai penceramah dalam seminar-seminar tentang emas.
Sejak berkecimpung dalam bidang emas ini,saya telah melatih beratus orang pengedar dan beribu pelanggan.Manakala pengedar under Rangkaian Dealer Jutawangold sahaja mencecah hampir 300 orang.Majoritinya saya kenali secara online,biasanya dari blog>facebook dan sebaliknya.
Saya menyediakan platform khas untuk mereka yang berminat dengan emas ini di alam maya (Secara online).Sama ada anda baru ingin belajar mahupun bergelar dealer.
Matlamat utama saya ialah ingin mendidik masyarakat tentang sebab-sebab perlu simpan emas dan kepentingannya.”Educate first,profit will come later”.
Beli Emas Mestilah Dengan Ilmu!
ILMU + EMAS + MENTOR + TINDAKAN = UNTUNG
Bagaimana anda boleh mempercayai saya dalam urusan jual beli emas?
Urusniaga yang saya lakukan juga kebanyakannya secara online dan hujung jari sahaja. Di zaman yang moden ini,amat praktikal menggunakan teknologi yang ada kerana ia menjimatkan masa,tenaga, kos minyak dan lain-lain. Setakat ini saya telah mempunyai pelanggan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Dealer atau rakaniaga rangkaian kami juga berada di seluruh negara.
Saya tidak ada apa-apa kelulusan dalam bidang perniagaan,tetapi saya belajar tentang ekonomi,kewangan dan perniagaan secara tidak formal. Sama ada melalui pembacaan di internet,rujukan dengan orang-orang yang sudah berjaya,bacaan buku-buku penulis terkemuka serta melalui pengalaman sendiri.
Saya bersedia berkongsi tentang pengalaman saya dan masih dalam proses belajar dan belajar tanpa jemu. Hasilnya,kini saya telah meluaskan perniagaan di bidang lain pula.
Nak jadi macam saya? Jom jadi rakan saya. Add saya di Facebook @ Nor Fazilah Abd Mohd 🙂